Wednesday, September 16, 2009

Solat Terapi Fizikal

best kalau selalu dpt makan sama2...


budak kecik ni Airin...2yrs old..



Awal pagi my sis dtg rumah ajak pegi shopping d kk...rasanya malas jalan hari ni sebabnya mesti jammed, maklumlah cuti 16 September tentu ramai orang yg ambil kesempatan buat persiapan raya. Selepas berbincang tempat2 yang hendak dituju, akhirnya aku membuat keputusan pergi ke survey putatan saja sebab lebih dekat dan yg paling penting utk mengelak jammed..nasib baik la my sis setuju lagipun hanya shopping barang2 dapur jer..petangnya pula kitorang sambut bday my nephew & niece Khairul Daniel, Khaireez Adib & Khaireen Najeeha di Beringis..lepas makan perut terasa sebu sebab terlalu kenyang, biasanya aku makan sedikit sahaja sewaktu berbuka & hari ini lain dari kebiasaan. Nasib baiklah solat banyak membantu & terapi fizikal yg paling mujarab...syukur alhamdulillah, kalau tidak pastinya aku akan sakit perut..

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Antaranya:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



No comments:

Post a Comment