Thursday, September 24, 2009

Beraya ke KB

Jauh perjalanan raya tahun ni, apa tidaknya beraya sampai ke Kota Belud iaitu rumah sepupu. Hajat hendak pergi 2 buah rumah tetapi sepupu yang sorang lagi balik kampung, nampaknya tiada rezeki. Sepanjang jalan ke KB ramai pula gerai menjual durian dan harga pun agak murah berbanding Papar. My mom & sis sempat membeli 3 ikat durian dengan harga RM40.00 sahaja, dengan menggunakan bahasa isyarat sebab penjual tu pekak & bisu serta tidak pandai mengira. Pada mulanya dia hanya meminta bayaran sebanyak RM24.00 sahaja, bayangkan sekiranya pembeli bersikap tidak jujur...alangkah ruginya si penjual tu. Dalam perjalanan balik sempat singgah di 1B & membeli bekas biskut yang tidak sempat dibeli semalam (terlupa la pulok)..

No comments:

Post a Comment