Friday, May 31, 2013

Hari ulang tahun ibuku...

Hari ni 31 Mei kami menyambut hari ulang tahun ibu atau panggilan manja kami 'babu" yang ke-76. Sebagai anak, aku mendoakan semoga babu diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan amal ibadah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt, amin.. 

Dalam masa yang sama aku terjumpa dengan kawan sekolah di 5one dulu. Sempatlah juga update cerita terkini padahal hampir setiap hari bersembang di wechat tapi tak sama dengan face to face kan :) 

Wednesday, May 29, 2013

Projek Membuat Nota dan Ulang kaji

Sebagai menyahut saranan master trainer yang berulang kali mengingatkan kami tentang pentingnya penguasaan ilmu untuk memantapkan diri sebagai coaches maka aku pun memulakan langkah pertama. Membeli buku bukanlah satu masalah, klik jer website yang kita nak, yang menjadi masalahnya selepas buku dah sampai tibalah masa untuk membeleknya pula. Hmmmm tu la masalahnya, liat sangat nak membaca. Kalau berterusan macam ni sampai bila-bila pun buku tak disentuh. Apabila nak coaching guru mestilah dengan ilmu dan fakta bukan dengan cakap kosong. Setiap intervensi yang diberikan mestilah relevan dan mampu membantu p d p guru agar lebih efektif. Mudah-mudahan aku diberi kesihatan yang baik agar dapat menggali seberapa banyak ilmu yang bermanfaat untuk ku kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain. Usaha tangga kejayaan dan perlu sentiasa fokus pada visi yang telah ditetapkan...insyaAllah

Tuesday, May 28, 2013

Cuti sekolah yang sudah ditinggalkan....

Cuti semester kedua ni adalah pengalaman kedua ku menghabiskan masa di pejabat menyiapkan kerja yang patut disiapkan..tapi
sempat jugalah aku mengambil cuti selama 2 hari, dapatla juga rehat dan tidur sepuasnya...sedang menaip kerja di pejabat tiba-tiba dapat sms daripada nombor yang tidak dikenali. Hmmm siapakah gerangan? Akhirnya ku tahu siapakah dia dan apa mahunya...Memandangkan sekarang ni kami dalam bidang yang sama mungkin banyak cerita menarik yang boleh dikongsi nanti...

Akhirnya aku terbuka hati untuk menyambung study memandangkan keperluan kerjayaku pada masa kini dan akan datang. Kawan-kawan pula ramai yg supportive dan akupun mulalah mendaftarkan diri di UMS, mudah-mudahan adalah rezeki aminnn...

Sunday, May 12, 2013

Transformasi Imej

Selain mencabar fizikal dan mental, kerjaya baru ni juga memerlukan kami berpersonaliti menarik pada setiap masa, bak kata master trainer "kasut hitam dan berkilat itu mesti" dan penampilan tak boleh sama dengan guru yang lain. Tanpa berlengah, ada yang buat rebonding, beli mekap, baju dan kasut. Bermula hari Isnin kami pergi ke pejabat dengan imej yang baharu, siap pesan lagi dengan kawan-kawan supaya jangan hairan kalau kami kelihatan merelip nanti hehe.