Tuesday, September 24, 2013

Kursus...

Menyampaikan kursus lagi..hmmm itulah antara tugas yang perlu digalas. Kesibukan yang melanda membolehkan aku melupakan seketika 'hal' itu...syukur alhamdulillah :)

Monday, July 22, 2013

Kesibukan melanda...

Sepanjang minggu ni sibuk dengan coaching dan mentoring dan menghadiri dialog prestasi di sekolah rendah dan menengah. Sesuatu perkara baru yang menarik sebenarnya apabila mengikuti dialog prestasi akademik ni, walaupun badan terasa letih tapi ada kepuasan sekiranya kita dapat membantu guru dan memberikan intervensi yang sesuai untuk peningkatan pdp mereka. 

Saturday, July 6, 2013

Duduk Rumah

Hujung minggu yang santai, aku dapat berehat dalam erti kata sebenar walaupun hanya duduk di rumah seharian. Berkesempatan membelek-belek fb yang jarang diupdate, rupa-rupanya aku sudah kena block oleh seseorang...tak mengapa, asalkan dia bahagia dengan pilihannya aku pun tumpang gembira. Situasi yang kedua, aku akhirnya dapat tahu status seorang kawan ni, 'in relationship'...alhamdulillah tahniah, moga berkekalan ke jinjang pelamin. Mudah-mudahan hidupku juga akan sentiasa diberkati, dipermudahkan segala urusan  dan paling penting aku dapat menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah.....

Monday, July 1, 2013

Puas hati...

Hari yang sangat memuaskan hati. Sesi coaching berjalan dengan lancar, guru-guru memberikan reaksi positif dan guru yang dibimbing pun sangat gembira kerana pdp nya mencapai objektif dan berkesan. Apabila seseorang guru mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diterima, aku berasa sangat gembira. Guru tersenyum puas apabila murid-muridnya dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Aku tumpang gembira dan bersyukur, akhirnya guru mula memahami apa yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa da selepas pdp.....alhamdulillah :)

Saturday, June 29, 2013

Minggu yang sangat sibuk dengan tugasan dan kenduri-kendara. Bilakah ada masa untuk berehat ni? Letih yang teramat sangat namun bersyukur juga sebab ada orang yang selalu membuatkan aku ketawa dan hilang stress. Khamis ni kursus terakhir untuk guru yang kami bimbing tapi bermula pada hari Rabu kami diminta  mengadakan program utk guru di sebuah sekolah menengah pada setiap Rabu selama 3 mingu. Tujuannya utk meningkatkan keberkesanan pdp guru di sekolah berkenaan. Hmmm puasa lagi tu, tp itu bukanlah penghalang untuk aku menjalankan tugas :)

Thursday, June 27, 2013

Kerja, kerja dan kerja...tidak akan pernah selesai. Aku cuba buat yang terbaik dan termampu. Mudah-mudahan aku dapat menjadi seorang manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah. 
Persoalan hidup dan masa depan? Just wait n see, what next... :)  

Thursday, June 20, 2013

Sedang membaca news feed di fb, sy terbaca kata-kata motivasi daripada Ustaz Zamri...La Tahzan, 'Jangan pernah menyesali satu hari pun dari hidup kita kerana semuanya adalah perancangan daripada Allah....' walau apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan...

Friday, June 7, 2013

Kursus yang berbaloi-baloi...

Agak sibuk dalam minggu ni dengan kursus selama 4 hari. Persepsi kami sebelum mengikuti kursus ni  agak negatif kerana kami mengharapkan slot yang ringan dan rilek2 gitu...tapi tak logik pula kan? Akhirnya, walaupun penat tapi berbaloi kerana input yang diberi sangat menarik untuk dikongsi dengan guru-guru. Kehadiran 'seorang kawan lama' turut menambah umphhhh kursus ni. Tak sabar pula rasanya menunggu kursus yang akan diadakan selepas ni. Walaupun tak dapat bercuti ke mana-mana tapi hati tetap gembira ; D




Friday, May 31, 2013

Hari ulang tahun ibuku...

Hari ni 31 Mei kami menyambut hari ulang tahun ibu atau panggilan manja kami 'babu" yang ke-76. Sebagai anak, aku mendoakan semoga babu diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan amal ibadah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt, amin.. 

Dalam masa yang sama aku terjumpa dengan kawan sekolah di 5one dulu. Sempatlah juga update cerita terkini padahal hampir setiap hari bersembang di wechat tapi tak sama dengan face to face kan :) 

Wednesday, May 29, 2013

Projek Membuat Nota dan Ulang kaji

Sebagai menyahut saranan master trainer yang berulang kali mengingatkan kami tentang pentingnya penguasaan ilmu untuk memantapkan diri sebagai coaches maka aku pun memulakan langkah pertama. Membeli buku bukanlah satu masalah, klik jer website yang kita nak, yang menjadi masalahnya selepas buku dah sampai tibalah masa untuk membeleknya pula. Hmmmm tu la masalahnya, liat sangat nak membaca. Kalau berterusan macam ni sampai bila-bila pun buku tak disentuh. Apabila nak coaching guru mestilah dengan ilmu dan fakta bukan dengan cakap kosong. Setiap intervensi yang diberikan mestilah relevan dan mampu membantu p d p guru agar lebih efektif. Mudah-mudahan aku diberi kesihatan yang baik agar dapat menggali seberapa banyak ilmu yang bermanfaat untuk ku kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain. Usaha tangga kejayaan dan perlu sentiasa fokus pada visi yang telah ditetapkan...insyaAllah

Tuesday, May 28, 2013

Cuti sekolah yang sudah ditinggalkan....

Cuti semester kedua ni adalah pengalaman kedua ku menghabiskan masa di pejabat menyiapkan kerja yang patut disiapkan..tapi
sempat jugalah aku mengambil cuti selama 2 hari, dapatla juga rehat dan tidur sepuasnya...sedang menaip kerja di pejabat tiba-tiba dapat sms daripada nombor yang tidak dikenali. Hmmm siapakah gerangan? Akhirnya ku tahu siapakah dia dan apa mahunya...Memandangkan sekarang ni kami dalam bidang yang sama mungkin banyak cerita menarik yang boleh dikongsi nanti...

Akhirnya aku terbuka hati untuk menyambung study memandangkan keperluan kerjayaku pada masa kini dan akan datang. Kawan-kawan pula ramai yg supportive dan akupun mulalah mendaftarkan diri di UMS, mudah-mudahan adalah rezeki aminnn...

Sunday, May 12, 2013

Transformasi Imej

Selain mencabar fizikal dan mental, kerjaya baru ni juga memerlukan kami berpersonaliti menarik pada setiap masa, bak kata master trainer "kasut hitam dan berkilat itu mesti" dan penampilan tak boleh sama dengan guru yang lain. Tanpa berlengah, ada yang buat rebonding, beli mekap, baju dan kasut. Bermula hari Isnin kami pergi ke pejabat dengan imej yang baharu, siap pesan lagi dengan kawan-kawan supaya jangan hairan kalau kami kelihatan merelip nanti hehe. 

Saturday, April 13, 2013

2013...Menguji keupayaanku

Lamanya blog ni terbiar sampaikan kawanku Yatie balik2 mesej suruh update hehe...Bulan April sudah ni, sejak bertugas di PPD bukan main sibuk lagi melawat ke sekolah-sekolah yang berkenaan. Maklumlah tugas baru jadi banyak yang perlu dipelajari dan disesuaikan. Tugas sebagai SISC+ agak mencabar mental dan fizikal, manakan tidak..aku perlu berhadapan dengan guru-guru subjek matter yang pastinya mempunyai pelbagai ragam. Perjalanan pula bolehlah dikatakan agak mencabar juga, sekolah yang paling hampir 6km jer dan yang paling jauh 48km..haaa yg 48km ni kena naik 4wd faham2 la mcmana jalannya. Sebelum sampai sekolah tu kena lalu satu jambatan gantung tapi tak lah menakutkan sebab aku dah biasa naik jambatan gantung, no hal punya hehehe...untuk kali ni aku kongsi cerita sekolah paling jauh yang aku mesti kunjungi pada hampir setiap minggu iaitu SK Kaiduan. Memang best kalau pergi ke sekolah ni sebab kita dikelilingi hutan dan sejuk pada waktu pagi. Sekolah ni ada 11 orang guru dan kesemuanya lelaki sebab tiada guru perempuan yang sanggup melalui jalannya (aku terkecuali ya hehe)..Sebelum pergi ke sekolah tu aku diingatkan supaya membawa bekal sebab tiada kantin, anyway itu bukan masalah besar..aku share sedikit gambar yang sempat aku ambik di sana. 

Perjalanan ke sekolah, kabus pada waktu pagi..

 Aku suka loceng unik ni., teringat zaman ku bersekolah dulu..

 Senamrobik sebagai penutup aktiviti 1M 1S 

 Aku dihidangkan sarapan pagi...terima kasih

 Waktu rehat aku dikejutkan dengan hidangan special daripada chef cgu Shamran 

 Hidangan tradisional 'lauk ampap' yang dibawakan khas untukku..terima kasih daun keladi

Minggu depan aku datang lagi ke skolah ni, mungkin ada lagi kejutan untukku hehehe...terima kasih buat semua guru SK Kiduan...untuk next post aku akan uplod gambar jambatan pula :)