Friday, September 25, 2009

Beraya lagi...

Memandangkan cuti hanya tinggal 2 hari saja lagi maka akupun mula beraya ke rumah kawan2 area ni. Hari ni sempat beraya 4 rumah sahabat baik & yang lama tidak bertemu (Zahara, Rozy a.k.a 'Kot', Zana & Sofia). Hari ni aku ditemani oleh anak2 saudara yang beria2 hendak ikut beraya, sesi beraya aku hari ni terbahagi 2 iaitu pagi & petang. Sesi pagi pergi rumah zahara & Kot manakala petang pula ke tempat sahabat karib zaman sekolah rendah lagi, siapa lagi kalau bukan suzana & sofia. Rindunya dengan kenangan lama zaman sekolah dulu, kalau aku flashback kisah dulu mesti tersenyum sendiri. Apakan tidak, zaman sekolah rendah dulu aku merupakan seorang ketua kelas yang garang dan ditakuti oleh rakan2 sekelasku. Walaupun berbadan kecil namun aku agak tegas terutamanya ketika guru tiada di dalam kelas, sambil memegang rotan aku akan memukul sesiapa sahaja yang membuat bising atau berjalan2 di dalam dan luar kelas. Nasib baiklah pada masa tu tidak ada seorang pun daripada rakan yang kena rotan tadi melaporkan kepada ibu bapa masing2...kalau tidak abislah akuuuuu...

Rasanya sikap tegas aku bawa hingga ke hari ni kerana murid2 di sekolah juga selalu mengatakan yang aku seorang guru yang tegas. Pada pendapat aku, seorang guru yang baik perlu memiliki sikap tegas di samping toleransi kepada para pelajarnya. Selain itu, sikap mesra dan prihatin kepada murid juga penting supaya murid berasa selesa dengan kita...tegas tetapi bertempat dan untuk mendidik murid menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja aspek akademik bahkan juga sahsiah mereka.

No comments:

Post a Comment