Monday, September 21, 2009

Rezeki jangan ditolak

Alhamdulillah, banyak rezeki masuk dalam perut hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah menjadi tradisi kami sekeluarga akan menziarahi saudara-mara sebelah arwah ayah pada raya kedua. Pada tahun ni kami hanya sempat menziarahi rumah makcik di Kg Pandan & Kg Peringatan Petagas sahaja, pakcik yang tinggal di Taman Sri Gaya pula beraya di Labuan maka tak dapat la beraya ke sana hari ni. Sebelum balik sempat singgah sekejap di Survey, tiba-tiba teringat janji membeli toys untuk Afiq tdan Adib..so akupun ambik jer la robot transformer yang color kuning, sebab aku tahu yang dia memang minat warna tu. Belum sempat bagi, dia sudah kata yang mainan tu untuk dia..hmmm mcm tau2 jer hehe..sepanjang perjalanan, Afiq tersenyum lebar dan happy sebab dapat hadiah..akupun tumpang gembira. Teringat zaman kanak-kanakku yang agak susah kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan betapa beruntungnya anak-anak pada hari ini yang dapat hidup lebih mewah dan boleh meminta apa sahaja yang diingini daripada ibu bapa. Tapi, semua itu mengajar aku untuk lebih memahami erti kehidupan...

No comments:

Post a Comment