Sunday, September 27, 2009

Beraya lagi...

Hmmmm.. penatnya, baru balik dari beraya di rumah pakcik d Tmn. Sri Gaya & rumah kazen yang buat open house d Tmn Bersatu Putatan. Nasib baiklah esok sekolah kami cuti, bolehlah berehat...Kelmarin aku menjemput sahabat2 datang ke rumah, bukan la buat open house sebenarnya tetapi hanya sekadar menjemput kawan2 terdekat sahaja...tidak disangka ramai pula yang sudi datang, terima kasih banyak2 diucapkan atas kehadiran kalian...memandangkan ramai tetamu yg dtg pada sebelah tengah hari, maka kawanku c Rozy@kot menolong membasuh piring di dapur...tqvm atas pertolongan yang dhulurkan. Kelmarin, sempat berbual dgn Suzana & Sofia tentang cerita terbaru dan kisah dolu2 semasa zaman di sekolah rendah...Zana & husband sempat juga bercerita pengalaman mereka yang bertugas di SK Tidung yang terletak di hutan simpan Tabin Sandakan. Agak menakutkan juga pengalaman yang ditempuhi tetapi aku tabik dengan mereka ni sebab sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman tersebut. Sebelah malam pula beraya ke rumah suhaini yang sudah 3 tahun tidak beraya bersama. Aku hanya menumpang manakala c kot yg drive, disebabkan gelap maka tayar depan telah termasuk ke dalam parit...nasib baiklah suhaini & beberapa org kampung menolong kami, alhamdulillah kreta pun tiada kerosakan memandangkan parit tu hanya ditumbuhi rumput sahaja. Suhaini mengajak berfoya2 ke KL tapi aku & kot hanya sengih2 saja sebab kami ada planning yang baek punya hehe...insyallah kalau ada rezeki & kesihatan yang mengizinkan...

2 comments: