Wednesday, September 23, 2009

Beraya bersama Yatie

Awalnya cadangan hendak beraya dalam 4 buah rumah tapi nampaknya tiada rezeki, so hanya dapat pergi beraya rumah Sal sahaja. Pastu kami pun beraya di 1B sekadar untuk cuci-cuci mata maklumlah lama tidak berjumpa. Banyak juga kedai yang tutup, mungkin cuti raya kot...Tiada apa sebenarnya yang hendak dibeli tetapi sempat juga membeli beberapa benda. Memandangkan muka aku ni sudah 2 bulan tidak facial jadi akupun membeli scrub simple. Nampaknya harga produk tu di antara guardian & watson tidak sama. Nasib baik aku membelinya di watson, dapatlah less 15%. Dalam berfoya2 tu sempat juga aku membelikan buku cerita utk Adib (anak buah yg agak brutal tapi manja) yang suka membaca & sangat meminati Ben10. Hampir jam 8pm kami beredar balik memandangkan abang Yatie buat open house malam ni. Aku hanya menghantar Yatie di depan rumah sahaja & tidak singgah sebab takut pula lewat balik ke rumah (drive sorang2, serammm). Kalau ada masa & open house lg tahun depan, insyaallah aku singgah :)

No comments:

Post a Comment