Friday, December 16, 2011

Te Anau

Menariknya di sini kedai ditutup agak lewat iaitu pada pukul 8.00pm. Kami juga mudah mencari guesthouse yang ditempah. Selesai check in kamipun melilau ke kedai-kedai yang ada dan harga barangan di sini agak murah berbanding Queenstown. Kami sempat membeli tiket Milford Sound Scenic Cruise di office Southerndiscoveries yang berharga $76.00. Pembelian melalui internet lagi murah sebenarnya sebab dapat diskaun 10%. Selepas tu, kami sempat membeli beberapa souvenir dan t.shirt. Dalam perjalanan balik, kami terjumpa Turkish Kebab sekali lagi tapi kali ini di Te Anau dan ia terletak dalam stesen minyak Shell. Syukur Alhamdulillah, dapat juga kami makan nasi malam tu. Habis makan aku bersiap tidur awal sebab esoknya nak menjelajah Milford Sound pulak, tak sabarrrr rasanya...

Saturday, December 10, 2011

Queenstown ke Te Anau (Day 3)



Dari Lake Tekapo kami menuju ke Queenstown sebelum bermalam di Te Anau. Perjalanan mengambil masa lebih daripada 6 jam namun pemanduan tidak terasa memenatkan kerana mata disajikan dengan panorama indah di kiri dan kanan jalan. Dalam perjalanan kami bertembung dengan sekumpulan biri-biri seperti yang selalu aku lihat dalam majalah.

Lake Tekapo (Day 2)



Alice telah menguruskan bab sewa kereta lebih awal so kami hanya perlu isi borang dan bayar. Sewa yang dikenakan $28 perday dan kami sewa untuk 4 hari. Memandangkan kereta yang disediakan auto maka Yatie mengambil tugas sebagai 1st pilot, aku pula co-pilot and navigator. Dengan bantuan map lukis tangan dari Alice maka kami dapat keluar dari bandar Christchurch dengan mudah, tqvm my dear friend. Memandu di NZ amat mudah kerana hanya terdapat 1 sahaja jalan utama dan kebarangkalian untuk sesat adalah amat2 kurang sekali, kecualilah kita tidak peka dengan signboard yang ada disepanjang jalan. Jarak perjalanan ke Lake Tekap mengambil masa le bih kurang 2 jam setengah. Kami melewati beberapa buah bandar antaranya Burnham, Rakaia, Ashburton, Geraldine, dan Fairlie. Di sepanjang perjalanan mata dijamu dengan keindahan alam yang memukau pandangan ditambah lagi dengan biri-biri dan lembu tenusu. Sampai di Lake Tekapo, kami terus check in..selepas itu tidak sabar-sabar untuk menikmati kesegaran udara & panorama yang indah.

Trip ke New Zealand (1st day)




Aku bersama Yatie & Vevian telah memulakan trip ke negara Kiwi pada 21-28 Nov. Sepanjang penerbangan KL-CHC melenguhkan kaki dan badan. Perasaan tidak sabar untuk tiba ke destinasi menyebabkan mata tidak lelap. Akhirnya setelah 10 jam berada dlm pesawat kami pun tiba di Christchurch International Airport. Umpama mimpi dalam mimpi kerana impian menjadi kenyataan. Sementara menunggu Alice (my bff) kami tidak sabar-sabar utk mengambil gambar, maklumlah perasaan begitu teruja sekali. Alice sempat membawa kami menjelajah beberapa shopping mall sebab c Vevian nak beli kasut. Kebanyakan mall di sini tutup jam 5pm, so masa kami agak terhad dan terpaksa la rushing.

Friday, November 11, 2011

Lama tidak menjenguk dan menulis di ruanganku ini. Tuntutan tugas menyebabkan diri ini terasa lemas dan malas untuk menulis. Musim cuti akan bermula seminggu dari sekarang, perasaanku amat gembira sekali. Akhirnya aku dapat merehatkan mental dan fizikal walaupun buat seketika. Di kesempatan itu nanti, aku akan bercuti sepuas-puasnya memandangkan tahun ini agak mencabar bagiku. Sepanjang aku berada di sekolah ini, dapat ku rasakan tahun ini merupakan tahun yang amat melelahkan sehingga kesihatan turut terganggu. Syukur alhamdulillah, yang maha esa masih memberi peluang kepadaku untuk berbakti dan meraih seberapa banyak mungkin nikmat kurniaanNya.
Aku juga cuba membayangkan trip bersama kawan-kawan pada cuti sekolah nanti yang pastinya menyeronokkan dan penuh adventure, insyaAllah. Tidak sabar rasanya menunggu cuti persekolahan bermula untuk ku meluahkan segala-gala rasa yang ku alami sepanjang tahun ini. Namun, menunggu berakhirnya tempoh seminggu lagi seolah-olah masa itu lambat berlalu...

Tuesday, September 27, 2011










Selesai UPSR, kena merancang program pasca pula. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku telah menyediakan program untuk 5 minggu. Aktiviti pada tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana murid-murid pada tahun ini perlu diberi input yang banyak untuk menambah pengetahuan mereka. Justeru, aku telah cuba untuk merancang aktiviti yang melibatkan penerokaan maklumat sama ada dalam bidang akademi, kerjaya & lawatan yang bakal diadakan. Dua minggu awal ini murid-murid sibuk dengan projek buku skrap, latihan koir, menghias kelas supaya kelihatan patriotik, dan pameran kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat depan. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan pameran kelas yang julung-julung kali diadakan. Tanpa usaha kamu, aktiviti ini tidak akan berjalan dengan jayanya...

Wednesday, June 29, 2011

Hari-hari biasa yang dilalui dengan penuh kesibukan membawa murid menyertai beberapa pertandingan. Syukur alhamdulillah kami muncul sebagai johan dalam pertandingan model kerjaya & pidato BM. Segala penat lelah berbaloi dengan kemenangan ini. Satu lagi pencapaian yang membanggakan apabila sekolah meraih anugerah cemerlang kurikulum sempena sambutan hari guru baru-baru ini. 3-6 Julai ni terlibat dlm karnival bahasa peringkat negeri pula dan akan diadakan di Tawau.

Monday, June 20, 2011

Persiapan Model Kerjaya

Minggu ni sibuk menyiapkan model kerjaya untuk pertandingan kerjaya dan kaunseling yang akan diadakan esok d SMK Bongawan 2. Pada mulanya ingin menarik diri memandangkan masa yang suntuk untuk membuat persediaan tapi memikirkan yang aku sudahpun bersetuju dengan sukarelanya menyertai pertandingan ni, maka teruskan jugalah. Aku dan 3 orang murid yang terpilih tu pun mula merancang agenda yang perlu dibuat dalam menyiapkan model kerjaya kami. Walaupun terpaksa meredah hujan lebat semasa membuat temu bual namun semua itu bukanlah halangan. Risau juga di hati andai budak-budak tu demam, alih-alih cikgunya pula yang demam tapi itu bukanlah penghalang. Alhamdulilah, berkat pertolongan rakan-rakan guru yang lain semuanya berjalan lancar dan kami sudah bersedia untuk bertarung esok...InsyaAllah, segalanya dipermudahkan.

Sunday, June 5, 2011

Masuk minggu ke-2 bercuti, ternyata masa cepat berlalu...Kelmarin dan hari ni sibuk memenuhi undangan kahwin. Kelmarin juga aku sempat ke 1B bersama sister & kazen2, aku singgah ke Harris dan membeli buku untuk hadiah buat anak buah. Aku pun sebenarnya mahu membeli beberapa buah buku, tiba-tiba teringat yang buku baru ku beli pada bulan lepas pun belum dibaca. Jadi terpaksalah menahan keinginan dulu buat masa ni...

Tuesday, May 31, 2011

Kenangan Menggamit Memori..

Seharian keluar dengan kawan-kawan exmajakir, reunion diadakan di 1B. Walaupun aku hanya sempat bersekolah di sana selama 2 tahun tapi ia tidak membataskan aku untuk mengenali kawan-kawan yang lain (majakir senior citizen hehehe)...macam-macam gelagat dan cerita lucu yang menggamit semula memory lama ketika bersekolah di sana. Terasa seolah-olah kembali ke zaman itu, aah betapa segarnya memory indah zaman sekolahku dulu. Sesungguhnya mengenali mereka buat pertama kalinya membuatkan aku mengalami kejutan budaya (maklumlah suasana yg berbeza dr sekolahku sebelum ni). Lama-kelamaan, persahabatan kami semakin berkembang sehinggalah aku tidak menyedari bahawa rupa-rupanya aku adalah orang yang bertuah kerana dapat mengenali mereka yang mempunyai pelbagai karekter. Amat banyak kenangan ku bersama mereka sepecially (Yatie, Tom, Rosdi, A.Suhaini, Suzana, Naga), kenakalan semasa tinggal di asrama, escape ke pekan semata-mata ingin membeli roti canai, prep malam memakai kain sarung, bersembunyi sebab takut kena minta makanan (ternyata, kalau ku tuliskan di sini sehari semalam pun takkan habis)..harapanku mudah-mudahan kita akan tetap menjadi "Sahabat untuk Selamanya" & terima kasih kawan-kawanku kerana menerima aku seadanya :)

Wednesday, May 11, 2011

Yeahh...

Alhamdulillah, rezeki kemenangan pertandingan bercerita peringkat daerah masih memihak kepada sekolah kami. Syabas kepada Khairul Daniel & Khaireez Adib yang telah menjuarai kedua-dua kategori. Penat lelah berlatih siang dan malam selama 2 minggu akhirnya berbaloi. Semoga kamu berdua akan membuat persembahan terbaik di peringkat negeri nanti..

Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah motivasi keibubapaan. Mulai esok sibuk dengan motivasi zon pula manakala di sekolah, aktiviti bulan bahasa berjalan seperti yang dirancang.

Monday, April 18, 2011

Cikgu...

Baru ada masa membaca majalah Solusi isu 26 padahal dekat sebulan sudah ku beli, hmmm begitulah sibuknya aku dalam bulan ni. Patutlah ku rasa seakan-akan stress, tapi syukur alhamdulillah dapat ku tangani dengan sebaiknya (banyakkan berzikir adalah ubat yang paling mujarab). Berbalik kepada majalah, aku membaca kolum favourite 'Cetusan Prof. Dr. Sidek Baba' bertajuk 'Aku Dipanggil Cikgu'. Ya, sememangnya tugas sebagai cikgu sangat mulia kerana menyalurkan ilmu kepada anak-anak didik. Cikgu juga tidak meminta sebarang balasan atas setiap kejayaan anak muridnya. Yang pasti, apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengannya, insyaAllah :)

Monday, April 11, 2011

Kertas kerja

Mentally exhausted tapi tidaklah sampai burnout hehehe...kepenatan akibat menyiapkan 4 kertas kerja untuk 4 projek yang bakal menyusul dalam bulan ni. Besok kena menghadap GB untuk discuss pasal projek ni walaupun secara lisannya GB sudah setuju. Harapnya untuk program motivasi nanti YB dapat datang merasmikan majlis. Dalam minggu ni juga aku mesti buat meeting untuk bulan bahasa, time frame suda lari hehehe...nanti tiada pula wakil ke pertandingan bercerita & pidato peringkat daerah. Tengah hari tadi, PK Kokum pula minta kertas kerja untuk motivasi peringkat zon. Insyallah, esok atau lusa aku start buat...Buat masa ni aku mahu menenangkan mental dulu sebab stress berhadapan dengan budak2 tahun 6. Sememangnya tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar, aku hanya mampu mencuba, berusaha, berdoa & bertawakal. Ya Allah permudahkanlah urusanku dan terangkanlah hati murid-muridku dalam menerima ilmuMu, amin...

Friday, April 8, 2011

Jumpa kawan

Pagi tadi kawan lama call dan ajak keluar, memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa jadi aku pun cancel tuition untuk hari ni. Masa temankan dia shopping, aku yang sekadar window shopping ni pun sempat juga terbeli beberapa benda (hmmm bilalah azam berjimat cermat ni akan terlaksana). Sebelum balik, dia bagi souvenir yang dibeli masa melancong ke Europe tahun lepas. Terima kasih daun keladi As, semuanya ku suka :)

Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat Excel

Menghadiri mesyuarat ecxel 3 hari di SPA. Tugasan kumpulan kami sudah beres, jadi aku pun mengambil kesempatan untuk melawat blog ni. Lamanya nda update blog ni. Aktiviti hari ni pemurnian item sahaja, lepas tu bolehlah chow hehehe...

Monday, March 28, 2011

Rilek, tapi nda juga...

Hari ni terasa lapang sedikit duniaku, masuk kelas macam biasa. Aku terlupa yang esok ada ujian jadi terpaksalah aku memfotostat soalan, nasib baik sempat aku siapkan semuanya sebelum 12.20 tadi. Tengah aku klip soalan, dapat pula sms dari nombor yang tidak familiar yang meminta aku buka emel dan download apa yang ada. Aku agak mungkin kawan send soalan-soalan ramalan atau plan strategik, rupa-rupanya dapat lagu daripada seseorang yang agak lama menghilangkan dirinya. Kalau setakat untuk berterima kasih, tidak perlulah sampai menggubah lagu. Aku ikhlas menolong, bukan saja untuk dia tapi juga sesiapa yang memerlukan pertolonganku selagi aku terdaya. Lepas aku dengar lagu tu, jujur ku katakan yang aku tidak faham apa yang cuba disampaikan sebab liriknya berulang-ulang mengatakan perkara yang sama. Tq anyway sebab bersusah payah compose lagu tu walaupun objektif sebenar nda tercapai...

Thursday, March 24, 2011

Kesibukan melanda diriku sejak buka sekolah sampailah hari ni. Beberapa program sama ada di sekolah, zon atau daerah yang aku kena handle. Hari ni alhamdulillah, selesai sudah bengkel pembinaan item untuk semua guru BM. Daripada feedback yang aku dapat tadi, ramai yang mengatakan yang mereka faham apa yang diterangkan + dibengkelkan tadi, alhamdulillah. Itulah yang ku harap-harapkan daripada program ini. Fokus utamaku sebagai ketua PGSD BM ialah untuk memantapkan guru-guru dengan ilmu khusunya BM1 & BM2. Kalau gurunya sudah mantap, barulah dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang :)

Wednesday, March 9, 2011

Sehari Suntuk di Sekolah

Hampir seharian di sekolah, nasib la juga murid-murid tahun 6 sedang ujian. Habis saja aktiviti kokum, semua guru menghadiri (LDP) ceramah motivasi yang disampaikan oleh PPD Sipitang. Tajuknya ESQ dalam Pendidikan. Ceramah tadi memberi banyak input yang berguna untuk kami semua sebagai seorang pendidik. Memang betul, setiap apa yang kita lakukan itu hendaklah bersistem supaya tidak menimbulkan kecelaruan khusunya dalam menjalankan tugas. IQ, EQ, dan SQ perlulah seimbang supaya kita mampu menjadi seorang pendidik yang berkesan dan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Namun, apa yang lebih penting daripada kesemua itu ialah visi kita. Persoalannya tadi, apakah visi utama kita? Agak sukar juga untuk aku memikirkan apakah sebenarnya kehendak soalan ni. Selepas semua guru memberikan jawapan masing-masing, barulah kami faham apakah visi utama itu. Ya, memang tepat sekali visi yang telah disebutkan oleh penceramah. Walaupun kami balik lewat tetapi ceramah tadi tidak membosankan dan mengantuk juga tidak datang bertandang hehe...

Tuesday, March 8, 2011

MC

2 hari berturut-turut menjalani medical check up, alhamdulillah semuanya in good condition. Kelmarin buat ultrasound manakala hari ni pula chest xray dan blood test. Kata doktor, semuanya normal, blood test result pula kena ambil selepas 3 hari. Mudah-mudahan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Thursday, March 3, 2011

post mortem

Kulit muka rasa panas & terbakar, walaupun cuaca di padang tadi redup tapi bahangnya tetap ada. Tahun ni team perbarisan kami tidak tersenarai dalam top 3 MSSD. Apa tidaknya, pasukan lain yang bertanding semuanya mantap-mantap berbanding tahun lepas. Walau apa pun, aku amat berbangga dengan prestasi pasukan kami yang berkawad dengan baik berbanding beberapa pasukan yang menang...bukanlah menyalahkan judges, mungkin kekurangan kami dari segi bilangan ahli pasukan dan uniform. Tahun depan kami akan menambah jumlah ahli, mencari uniform baru dan mencari maskot pasukan...yeahhh!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Baru menerima berita yg mengejutkan & menyedihkan, apabila diberitahu my eldest sis kena diagnosis cancer level 4. Mendengar saja berita ni degupan jantungku seolah-oleh terhenti seketika. Ya Allah, berilah dia dan kami kekuatan utk menghadapi ujianMu ini ya Allah...sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu sedangkan kami tidak mengetahui satu apa pun. Ya Allah tabahkanlah hatinya menempuhi musibahMu ini...Amin
Kalau ikutkan hati, boleh stress hari ni...nasib baiklah aku melatih budak2 perbarisan so ambiklah kesempatan utk berteriak, dpt juga release sikit...Awal pagi masuk kelas, lepas tu incharge perbarisan sampilah waktu balik sekolah...Lepas tu kelas tambahan pula....Petangnya pergi PPD, cadang ambil modul saja tapi penyelia mencadangkan supaya aku datang next week utk disscus program BM daerah...memandangkan aku sudah terpacul di sana, kamipun berbincanglaah beberapa aktiviti yang sudah dirancang. Kesemua aktiviti akan dijalankan pada Mac dan April ni....

Thursday, February 24, 2011

Aktiviti sana sini...

Huh!!! sibuk memanjang dengan aktiviti sekolah & lepas sekolah...di sekolah, kursus kepimpinan pengawas masih berjalan & tamat hari ni (Jumaat). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna, lepas ni Unit Disiplin pula yang take over...Guru Disiplin berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus, aku?puas hati yang teramat...Lepas sekolah lain pula aktiviti, 'berjoli' dgn kawan2 hingga lewat pula balik padahal besoknya hari bekerja...next week punya plan, boling antara SKRP vs SKK...

Tuesday, February 22, 2011

Hipokrasi....

Naaah kedapatan suda d fb ada org menipu, pandai dia berlakon di depanku. Sungguh kesian org tu sebab dia fikir aku nda tau kehipokritannya tu. Kalaulah aku ni jenis pendendam, pasti aku sudah remove org tu, tp itu mcm perangai org yg takut berhadapan dgn realiti...Lagipun siok jg melayan org begitu & aku mau tengok sampai mana actingnya ni. Yang pastinya aku malas mahu mencari gaduh & musuh. Aku sentiasa ingat firman Allah "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim"...nauzubillahiminzalik..

Kursus Kepimpinan Pengawas (Hari 1)





Alhamdulillah, kursus berjalan seperti yang dirancang. Semua guru yang terlibat memberi kerjasama yang baik. Aktiviti pada hari ini:
1. Ice breaking
2. Ceramah ciri-ciri pengawas
3. Kajian kes 1
4. Penulisan skrip pengendalian perhimpunan
5. Doa

Mudahan-mudahan esok cuaca cerah dan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insyaAllah...

Friday, February 18, 2011

Hari ni sekolah ganti, jadi aku ambil keputusan untuk mengadakan Bengkel Bina Item utk guru. Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar dan tidak perlu disambung pada hari Isnin. Kerjasama semua guru BM amat membanggakan. Lepas ni bolehlah aku hantar laporan ke SPA :)

Thursday, February 17, 2011

Penatnya hari ni hanya Allah saja yang tahu, kena menghadiri 3 meeting sekali gus (SAGA Zon, SAGA Daerah & PLBS Negeri). Akhirnya aku terpaksa absent SAGA Zon dan hanya berkirim cadangan aktiviti saja. Nasib la meeting PLBS tu di Sembulan jadi tidak juga jauh sangat berbanding tahun lepas di SMK Perempuan Likas, jalan juga kurang jammed tadi, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Habis meeting PLBS bergegas lagi balik ke PPD utk meeting SAGA pula, nasib baik penyelia tolong handle. Aku? pukul 2.40 baru sampai....alhamdulillah, selesai pelantikan AJK & aktiviti di peringkat daerah. Apa yang ku harapkan pada tahun ni guru-guru BM di daerah ni akan lebih mantap terutama dlm aspek p&p. Mudaha-mudahan juga daerah kami akan terus mencatat pencapaian yang memberangsangkan spt 2010.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidur Rasul 1432H, sesungguhnya Rasulullah adalah contoh teladan sepanjang zaman...suka sangat mendengar nasyid Hijjaz 'Dia Kekasih Allah' sebab liriknya yang simple tapi menyentuh perasaan & menambah kerinduan kepadanya. Cadangan awal, konon mau menyambung hobi yg terbengkalai sejak last year tp nampaknya lain pla yang aku buat...nampak bilik yang agak serabut akupun terus kemas, dr semalam lg projek mengemas bilik ni & disambung pagi tadi...masa mengemas terbayang2 mau membaca sirah Nabi Muhammad yang dibeli tahun lepas tp baru dibaca sampai bab 2...dan yg satu lagi Kisah-kisah para Nabi & Rasul...hmmmm sudalah buku2 tu tebal, bilalah mau khatam ni hehe...

Tgh2 0n9 tiba2 d sapa oleh 'org tu' dgn pertanyaan ala2 sindiran (mau kawin?)...nda suka mencari musuh, jd aku jawab saja apa yg d tanya. Mudah2an dia bakal ketemu dgn wanita impiannya (yg gemuk berkrim d sukai ramai tu hehehe), amin...

Saturday, February 12, 2011

Dalam 2 hari ni kerja keras sikit menyiapkan cerita 'Maryam Puteri Imran' utk MTQ zon. Memangkan cerita yang diberikan tu kurang menarik dan kronologinya tidak jelas, maka aku pun edit la...mula2 tu edit sikit lama kelamaan terpaksa buat semula keseluruhan cerita. Syukur la Sucen bagi komen & tolong edit, rupa-rupanya tersilap konsep pula...nasib juga ada tafsir al-Quran, majalah Solusi & buku Kisah2 Para Nabi, senanglah buat rujukan...

Thursday, February 10, 2011

Tengah2 on9 tiba2 muncul pla 'org tu'...pastu mulalah buat posting yg mcm minta puji, mcm sengaja mau menunjuk2 & kasi jeles konon dia suda ada some1...so what? aku nda dengki la... n from the bottom of my heart, i pray 4 ur happinest...

MSSZ Padawan

Selesai sukan, rasa mcm tebakar kulit muka kena sunburned ni...walaupun hanya 1/2 hari ja d padang tp panasnya meruap2...tahniah kpd team perbarisan sekolah yg telah mengekalkan kejuaraan pada tahun ni, alhamdulillah...sesungguhnya aku amat gembira kerana murid2 berusaha bersungguh2 untuk menampilkan yg terbaik wpun latihan intensif hanya 3 hari sahaja. Lepas ni kena prepare utk mssd pula, 2010 naib johan, mudah2an tahun ni dpt mencapai keputusan yg memuaskan..mau target tinggi pun nda juga berani sebab zon2 lain pun mantap lorhh...tp we try our best, cayok2...

Tuesday, February 8, 2011

Knapa mlm ni hatiku rasa nda tenang????

Monday, February 7, 2011

Peningnya mencari cap & glove budak2 perbarisan, satu staffroom suda d geledah tapi nda jg jumpa...besok aku geledah d stor pula, kalau nda jumpa jg tambah pening la kepala pk kokum ni mau membeli yg baru....baru2 ni aku perasan yg ada sorg kwn tu 'agak pelik' sikit...hmmmm, napa ya??? atau memang orgnya begitu??

Sunday, February 6, 2011

Fresh energy...

Sudah puas bercuti 3 minggu lamanya, rasa rindu pula dengan sekolah...energy pun suda d charge dgn ion2 tve hehehe....wpun hujan aktiviti tetap berjalan spt biasa especially latihan kawad utk MSSZ 9hb ni...hmmm nampaknya mcm susa jg nih mau mempertahankan kejuaraan memandangkan masa latihan yg suntuk tp just try our best lah...thanks 2 my dear bestfriend yg membagi shawl, br semalam aku survey2 d blog konon2 mau mengoder shawl...tup2 ari ni dpt pla gift yg sememangnya ku suka, mcm tau2 ja apa yg ku fikirkn...once again, thanks ya :)

Thursday, February 3, 2011

Bowling Practise...

Plan hari ni main bowling dgn cousins, konon2 practise session utk tournament Mac nanti...alah, pertandingan mencari champion di kalangan yg nda champion ni...byk btul senario yg melucukan td maklumlah ada yg first time main, akupun nda terkecuali hehehe....habis bowling, kami pegi kbox utk melonggarkan urat leher pula...apa lagi, brabis la melontarkan vokal yg mantap nih hehe...ada 'org tu' berjanji mau join sama & siap pilih lagu utk duet lg, tp org tunggu nda pula pndai sampai2....hmmmm entahlah, no comment...

Tuesday, February 1, 2011

on my bday...

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, skali lg aku dpt menikmati hidup hingga ke hari ni...aku rasa amat bertuah kerana di kelilingi oleh insan2 yg prihatin & menyanyangiku...terima kasih yg tidak terhingga kpd semua ahli keluarga & sahabat2 yang telah mendoakan kesejahteraanku pada hari ini...mudah2an kita semua mdpt keredhaan Allah s.w.t...amin :)

Meeting1...selesai

Selesai meeting......mentang2 la aku pakai spek, kwn d ppd tadi ckp aku mcm saloma...uwaaaaaa aku nada mauuuu...berbalik kpd fokus meeting td, aku tambah bingung dgn senari AJK yg baru dibentuk memandangkan terdapat pertindanan. Anyway, aku yg menurut perintah & akan menjalankan tanggung jawab yg diamanahkan saja, insyallah...Lepas ni aku akan lebih fokus kepada aktiviti zon tapi dlm masa yg sama aktiviti daerah jg perlu dijalankan & utk bln Mac saja sekurang-kurangnya 5 kali aku kena keluar dari sekolah utk melaksanakan bengkel skema pemarkahan utk guru2 setiap zon (Kinarut, Padawan, Benoni, Bongawan, Pekan, & SJKC) hmmmmm, kesian la dgn budak2 ku d kelas tu...rasanya aku akan start bengkel 8.30 supaya aku sempat masuk kelas dulu....cayok2, yeahhh!!! :)

Sunday, January 30, 2011

Appointment..

Dlm aku bercuti 2 minggu, rupa2nya pihak sekolah telah membuat keputusan yg cuti TBC selama seminggu, nasib baiklah Zahara bgtau...klu inda, alamat aku sajalah sorg2 yg pegi skolah td...tiba2 teringat yg hari ni aku ada appointment doktor d hospital, ni yg plg aku malas wpun 6 bln skali...berurusan d hospital kerajaan ni mcm sama jg dgn dulu2, punyalah lama menunggu...segala urusan settle dlm 3 jam...nda pernah pula aku terjumpa doktor yg sepatutnya memeriksa pesakit hanya bertanya saja tanpa melakukan medical check up yg rutin, heran la...mcamana dia boleh tau tahap kesihatan patient...mgkn jg dia ada ilmu psikik..

Majlis Perpisahan GB...





(29.01.2011) diadakan d Novotel 1B, smua guru hadir sbg tanda sokongan kpd GB yg begitu prihatin & telah membawa byk perubahan & pencapaian yg membanggakan kpd sekolah...sesungguhnya, SKRP amat bertuah kerana mendapat seorg exGB yg handyman...perubahan plg ketara ialah aspek keceriaan sekolah. Wpun mata masih sakit tetapi aku pegi jg sbb tidak mahu terlepas peluang & sebg rasa hormat kpd beliau...semasa berucap GB begitu sebak sekali & berasa sgt sedih kerana syg utk meninggalkn sekolah, katanya SKRP mmg sekolah yg terbaik & mempunyai guru2 yg begitu komited jika dibandingkan dgn sekolahnya yg lama...segala tugasnya menjadi ringan kerana guru2 fhm dgn tugas masing2...