Saturday, May 29, 2010

Geng 5one

Geng 5one (As & Leez)


Hari ni dapat jumpa kawan2 lama semasa di 5one dulu As & Leez. Banyaknya cerita terkumpul & cerita kami banyak mengimbas semula memori dulu yang sudah lebih 20 tahun berlalu (1987-1989). Banyak juga cerita yang aku lupa tetapi yang masih malar segar (evergreen) lagi banyak. Hmmmm, cepatnya masa berlalu ya...dulu zaman anak2 kita diajar menjadi dewasa di sekolah berasrama penuh yang dihuni oleh pelbagai ragam rakan-rakan dari seluruh negeri di Malaysia. Kini, selepas melaluinya aku berasa rindu akan suasana itu yang tidak mungkin dpt ku cari di mana-mana. Bersekolah dengan budak2 yang pintar dari segi akademik sebenarnya tidaklah menyebabkan aku 'stress' sebab aku sedar akan kemampuan diri & berusaha sekadar yang perlu. Tapi, ilmu yang aku pelajari di sana sememangnya merupakan asas kepada pembentukan sikapku pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ustaz, ustazah & guru yang telah mendidik aku menjadi manusia yang berguna. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana pernah menjadi salah seorang warga 5one yang bukannya mementingkan akademik semata-mata bahkan penerapan ukhrawi..

Monday, May 17, 2010

Usaha Berbaloi-baloi




Alhamdulillah, akhirnya Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah telahpun selesai tadi. Nampaknya, pada tahun ni rezeki menyebelahi sekolah kami apabila diumumkan sebagai johan bagi kedua-dua tahap. Syabas dan tahniah kepada Khairul Daniel (Tahap 1) dan Bibiana Fridolin (Tahap 2) yang muncul sebagai juara. Segala penat lelah sepanjang melatih mereka terbalas akhirnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar, pen2. kanan, dan semua guru atas sumbangan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan kamu semua pastinya program ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Harapanku semoga kerjasama yang jitu sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan pastinya kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar kelak, insyallah. Cabarannya sekarang ialah untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan dan semoga usaha murni ini sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t...

Persiapan Menjelang Pertandingan Bercerita Daerah

Hari ni agak sibuk sedikit dengan persiapan pertandingan esok tetapi kerja yang berat akhirnya menjadi ringan apabila semua guru turut mengambil peranan & tanggungjawab yang diberikan. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru. Bahagian belakang Dewan sudah siap ditutup dan tadi aku pergi Putatan membeli bunga untuk hiasan backdrop. Walaupun hujan lebat tapi Hasni sanggup datang ke sekolah menolong memasang bunga2 tu. Syukran jazilan ya Hasni, mudah2an bakal mendapat cahayamata yang rajin macam 'mama'nya :)...GB & staf sokongan juga bertungkus lumus menyiapkan belakang dewan & memasang langsir hinggakan dewan terbuka kini berubah wajah..Harapnya, esok majlis berjalan dengan lancar, insyallah...

Friday, May 7, 2010

Taklimat LDP

Hari ni berlalu macam biasa cuma ada sedikit jamuan di sekolah sempena birthday Linda...hepi bday my pren, mudah2an bahagia di dunia & akhirat amin. 10.10am aku mengadakan mesyuarat LDP kali pertama dan memberi taklimat pelaksanaan utk tahun ni. Seperti yang dijangka, ramai yang agak terkejut dengan format kursus tahun ni yang memberi penekanan kepada perkongsian ilmu. Manakan tidak, setiap guru dikehendaki membaca 1-7 buah buku dan membentangkan dapatan daripada buku itu. Namun, atas semangat warga SKRP yang jitu semua guru memberikan kerjasama yang baik dan telah meminta aku membeli buku-buku ilmiah dengan menggunakan baki bajet tahun lepas. Hmmmmm, aku kalau bab shopping memang pantang disuruh bak org mengantuk disorongkan bantal. Lebih-lebih lagi kalau pasal buku. Tanpa membuang masa, petang tadi aku terus mencari buku-buku yang sesuai. Akhirnya, usahaku berbaloi dan dapatlah membeli 15 buah sebagai permulaan dalam usaha kami utk mewujudkan ruangan ilmu di bilik guru. Mudah-mudahan ia dapat digunakan dengan sebaiknya.