Tuesday, September 22, 2009

Makan, makan & makan...

Pagi ni aku terasa sakit perut, mungkin sebab makan banyak masa beraya semalam. Jauh perjalanan raya aku kelmarin, tapi hanya 3 buah rumah sahaja yg dapat dikunjungi. Mula-mula pergi open house pakcik Daud di Membakut, lepas tu beraya ke Beaufort tpt Lis & Nuria. Sahabatku Lis, telah menghidangkan kami seraga rambutan yang masak ranum maklumlah musim buah-buahan dan tanpa dipelawa kami terus ngap hehe. Sempat juga yg lain2 menjengok2 rumahnya yang baru siap tu...anyway congrats, sempat juga beraya d rumah baru. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah ke rumah Nuria si pakar masak, puji ikhlas ok..kami dihidangkan dengan aneka kek yg sedap (coklat, cheese & carrot). Tqvm sebab menapaukan aku kek2 yg very the lazat tu :) next year aku akan oder.

No comments:

Post a Comment