Friday, November 7, 2014

Sesi Menambah Ilmu

Lebih setahun aku tidak menulis di ruang maya ini dan terasa begitu pantas sekali masa berlalu. Tahun ini amat mencabar bagiku kerana terlalu banyak peristiwa yang ku alami yang membawa pelbagai rencah rasa pahit, manis, masam dan tawar. Aku sedar bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendakNya jua dan aku yakin pasti ada hikmah yang terselit di sebalik ujian yang diberi. Syukur alhamdulillah ku panjatkan kepadaMu ya Allah atas setiap nikmat dan rezeki yang Engkau limpahkan ke atas diri ini.  

Menulis sambil mata menghadap televisyen kerana menonton rancangan kegemaran iaitu Iron Chef Amerika iaitu pertarungan memasak antara chef yang berbakat menentang Iron Chef yang hebat. Perkara yang paling aku  gemari ialah betapa tingginya kreativiti serta inovasi kedua-dua pesaing dalam menghasilkan hidangan yang berbeza walhal menggunakan bahan asas yang sama. Aku amat berharap situasi yang sama juga turut berlaku dalam kalangan guru-guru yang ku bimbing kerana asasnya sudah mereka miliki, dan sekarang hanya tinggal menggilap semula kemahiran tersebut untuk mereka bersinar kembali. Aku yakin mereka juga sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan menampilkan kreativiti dan mula melangkah ke arah inovasi dengan bantuan serta kolaboratif dalam kalangan guru dan mentor.  




Tuesday, September 24, 2013

Kursus...

Menyampaikan kursus lagi..hmmm itulah antara tugas yang perlu digalas. Kesibukan yang melanda membolehkan aku melupakan seketika 'hal' itu...syukur alhamdulillah :)

Monday, July 22, 2013

Kesibukan melanda...

Sepanjang minggu ni sibuk dengan coaching dan mentoring dan menghadiri dialog prestasi di sekolah rendah dan menengah. Sesuatu perkara baru yang menarik sebenarnya apabila mengikuti dialog prestasi akademik ni, walaupun badan terasa letih tapi ada kepuasan sekiranya kita dapat membantu guru dan memberikan intervensi yang sesuai untuk peningkatan pdp mereka. 

Saturday, July 6, 2013

Duduk Rumah

Hujung minggu yang santai, aku dapat berehat dalam erti kata sebenar walaupun hanya duduk di rumah seharian. Berkesempatan membelek-belek fb yang jarang diupdate, rupa-rupanya aku sudah kena block oleh seseorang...tak mengapa, asalkan dia bahagia dengan pilihannya aku pun tumpang gembira. Situasi yang kedua, aku akhirnya dapat tahu status seorang kawan ni, 'in relationship'...alhamdulillah tahniah, moga berkekalan ke jinjang pelamin. Mudah-mudahan hidupku juga akan sentiasa diberkati, dipermudahkan segala urusan  dan paling penting aku dapat menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah.....

Monday, July 1, 2013

Puas hati...

Hari yang sangat memuaskan hati. Sesi coaching berjalan dengan lancar, guru-guru memberikan reaksi positif dan guru yang dibimbing pun sangat gembira kerana pdp nya mencapai objektif dan berkesan. Apabila seseorang guru mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diterima, aku berasa sangat gembira. Guru tersenyum puas apabila murid-muridnya dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Aku tumpang gembira dan bersyukur, akhirnya guru mula memahami apa yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa da selepas pdp.....alhamdulillah :)

Saturday, June 29, 2013

Minggu yang sangat sibuk dengan tugasan dan kenduri-kendara. Bilakah ada masa untuk berehat ni? Letih yang teramat sangat namun bersyukur juga sebab ada orang yang selalu membuatkan aku ketawa dan hilang stress. Khamis ni kursus terakhir untuk guru yang kami bimbing tapi bermula pada hari Rabu kami diminta  mengadakan program utk guru di sebuah sekolah menengah pada setiap Rabu selama 3 mingu. Tujuannya utk meningkatkan keberkesanan pdp guru di sekolah berkenaan. Hmmm puasa lagi tu, tp itu bukanlah penghalang untuk aku menjalankan tugas :)

Thursday, June 27, 2013

Kerja, kerja dan kerja...tidak akan pernah selesai. Aku cuba buat yang terbaik dan termampu. Mudah-mudahan aku dapat menjadi seorang manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah. 
Persoalan hidup dan masa depan? Just wait n see, what next... :)