Saturday, May 29, 2010

Geng 5one

Geng 5one (As & Leez)


Hari ni dapat jumpa kawan2 lama semasa di 5one dulu As & Leez. Banyaknya cerita terkumpul & cerita kami banyak mengimbas semula memori dulu yang sudah lebih 20 tahun berlalu (1987-1989). Banyak juga cerita yang aku lupa tetapi yang masih malar segar (evergreen) lagi banyak. Hmmmm, cepatnya masa berlalu ya...dulu zaman anak2 kita diajar menjadi dewasa di sekolah berasrama penuh yang dihuni oleh pelbagai ragam rakan-rakan dari seluruh negeri di Malaysia. Kini, selepas melaluinya aku berasa rindu akan suasana itu yang tidak mungkin dpt ku cari di mana-mana. Bersekolah dengan budak2 yang pintar dari segi akademik sebenarnya tidaklah menyebabkan aku 'stress' sebab aku sedar akan kemampuan diri & berusaha sekadar yang perlu. Tapi, ilmu yang aku pelajari di sana sememangnya merupakan asas kepada pembentukan sikapku pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ustaz, ustazah & guru yang telah mendidik aku menjadi manusia yang berguna. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana pernah menjadi salah seorang warga 5one yang bukannya mementingkan akademik semata-mata bahkan penerapan ukhrawi..

Monday, May 17, 2010

Usaha Berbaloi-baloi




Alhamdulillah, akhirnya Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah telahpun selesai tadi. Nampaknya, pada tahun ni rezeki menyebelahi sekolah kami apabila diumumkan sebagai johan bagi kedua-dua tahap. Syabas dan tahniah kepada Khairul Daniel (Tahap 1) dan Bibiana Fridolin (Tahap 2) yang muncul sebagai juara. Segala penat lelah sepanjang melatih mereka terbalas akhirnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar, pen2. kanan, dan semua guru atas sumbangan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan kamu semua pastinya program ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Harapanku semoga kerjasama yang jitu sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan pastinya kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar kelak, insyallah. Cabarannya sekarang ialah untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan dan semoga usaha murni ini sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t...

Persiapan Menjelang Pertandingan Bercerita Daerah

Hari ni agak sibuk sedikit dengan persiapan pertandingan esok tetapi kerja yang berat akhirnya menjadi ringan apabila semua guru turut mengambil peranan & tanggungjawab yang diberikan. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru. Bahagian belakang Dewan sudah siap ditutup dan tadi aku pergi Putatan membeli bunga untuk hiasan backdrop. Walaupun hujan lebat tapi Hasni sanggup datang ke sekolah menolong memasang bunga2 tu. Syukran jazilan ya Hasni, mudah2an bakal mendapat cahayamata yang rajin macam 'mama'nya :)...GB & staf sokongan juga bertungkus lumus menyiapkan belakang dewan & memasang langsir hinggakan dewan terbuka kini berubah wajah..Harapnya, esok majlis berjalan dengan lancar, insyallah...

Friday, May 7, 2010

Taklimat LDP

Hari ni berlalu macam biasa cuma ada sedikit jamuan di sekolah sempena birthday Linda...hepi bday my pren, mudah2an bahagia di dunia & akhirat amin. 10.10am aku mengadakan mesyuarat LDP kali pertama dan memberi taklimat pelaksanaan utk tahun ni. Seperti yang dijangka, ramai yang agak terkejut dengan format kursus tahun ni yang memberi penekanan kepada perkongsian ilmu. Manakan tidak, setiap guru dikehendaki membaca 1-7 buah buku dan membentangkan dapatan daripada buku itu. Namun, atas semangat warga SKRP yang jitu semua guru memberikan kerjasama yang baik dan telah meminta aku membeli buku-buku ilmiah dengan menggunakan baki bajet tahun lepas. Hmmmmm, aku kalau bab shopping memang pantang disuruh bak org mengantuk disorongkan bantal. Lebih-lebih lagi kalau pasal buku. Tanpa membuang masa, petang tadi aku terus mencari buku-buku yang sesuai. Akhirnya, usahaku berbaloi dan dapatlah membeli 15 buah sebagai permulaan dalam usaha kami utk mewujudkan ruangan ilmu di bilik guru. Mudah-mudahan ia dapat digunakan dengan sebaiknya.

Thursday, April 29, 2010

LDP tahun ni berbeza dengan tahun lepas dari segi pelaksanaannya di sekolah. Kali ni lebih berkonsepkan perkongsian ilmu. Setiap guru dikehendaki membaca 7 buah buku. Temph membantang hanya 3 hari saja. Hmmmm camana aku mau buat ahhh supaya semua guru dapat membentang buku yang dibaca..mungkin aku buat jadual pembentangan..

Tuesday, April 27, 2010

Pagi tadi diadakan karnival sokongan bahasa Zon Padawan di SK Kayau bagi aktiviti bercerita Tahap 1 dan 2. Sekolah kami turut menghantar 2 orang wakil dan kedua-duanya membuahkan hasil apabila muncul juara. Alhamdulillah, usaha selama ini berhasil...walau bagaimanapun banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki, maklumlah 18 Mei pertandingan peringkat daerah menyusul dan kami adalah tuan rumah bagi Tahap 1. Menang kalah adat pertandingan tetapi sebelum mengaku kalah lebih baik berusaha sebaik mungkin untuk menampilkan yang 'terbaik'...

Friday, April 23, 2010

'PANASss'

Hari ni nda pegi skolah sebab dijemput jadi hakim pertandingan syarahan SJKC peringkat daerah. Ingatkan cepatlah program tu habis, rupa-rupanya bersambung dengan syarahan BI...Program tamat pukul 12.30, hmmmm baik lagi aku di sekolah tapi menyesal pun tiada maknanya..Petangnya pula renew insuran yang bakal expired pada hari Ahad ni, harap2 Isnin tiada polis@JPJ buat road block...lepas dari Takaful sempat singgah Karamunsing, niat utk window shopping ja tapi 'terbeli' pula...tengah fitting baju dpt call dr Linda & PK1 yang menyuruh isi NKRA sekolah yang belum lengkap. Ni yang bikin aku 'panas' sebab ingatkn sudah habis bab2 nkra segala ni, rupa2nya ada lagi yg minta diisi. Aku rasa next year nda payah la buat progam yg akhirnya aku jugak yg susahhhhh...

Wednesday, April 21, 2010

Projek Batu Sungai

Pagi tadi selepas waktu rehat, kami ber7 termasuklah (nurli, hasni, louie, yassin, pk hem & kokum) dengan penuh semangat pergi mengambil batu sungai di Kg. Kambizaan. Tugasku sbg driver & yg lain2 tu tukang kutip batu hehehe...Perjalanan mengambil masa dlm 30 minit untuk sampai ke tebing sungai Kambizaan. Ni lah kali pertama aku masuk ke kampung tu dan melihat sekolah yang sering disebut2 dalam mesyuarat. Yang menariknya ialah air sungai yang jernih, sejuk, & deras. PK Kokum & Cgu Yassin sempat membasahkan badan kununlah... padahal mandi, sementara yg ppuan pula memilih batu-batu yang sesuai utk projek mengecat hari Sabtu ni. Dengan penuh semangat guru2 lelaki mengangkat batu2 dari tebing wpun berat tp kedua2nya gagah & kuat. Sampai di sekolah, gb tanya "ini saja batunya?" kueng3.... walaupun tidak begitu banyak batu yang kami bawa tapi harap2 dpt membantu menceriakan sekolah..

Tuesday, April 20, 2010

Tahniah..

Selesai sudah pertandingan folio sempena karnival kerjaya peringkat daerah. Apa yang membanggakan aku, folio kami mendapat tempat ke-3 walaupun inilah kali pertama kami menyertai pertandingan. Kata salah seorang AJK yang bertugas, kesilapan kami ialah menggunakan teknik tampalan yang lebih sesuai untuk pertandingan buku skrap tapi dia memuji bahan-bahan kami yang dikatakan bagus. Insyallah, tahun depan kami akan turut mengambil bahagian dan kemungkinan akan mencuba pula Model Kerjaya. Tahniah juga kepada murid-muridku yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengingati setiap kerjaya dalam folio itu. Kamu sememangnya boleh!!! dan dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Jadikan ini sebagai satu pembakar semangat untuk kita mengorak langkah yang lebih jauh lagi. Cikgu bangga dengan kamu semua :)

Sunday, April 11, 2010

PENAT

Tiada istilah lain dalam minggu ni selain 'PENAT'. Walaupun kursus tamat pukul 11.30, sblm balik sempat singgah Kompleks Karamunsing beli cartridge. Lepas tu ke T&C di Penampang beli kertas warna. Mulai malam ni struggle pula menyiapkan folio kerjaya utk pertandingan peringkat daerah 20 April ni. Teringat pula peserta sajak yang belum sempat practise sedangkan Selasa hari pertandingan...hmmm, rasanya macam mau bahagi2kn saja tangan & badan ni supaya kerja2 tu dapat di bereskan. Mulai minggu ni, aktiviti bulan akademik pula menyusul & diikuti dengan zon & daerah...belum lagi ditambah dgn meeting, kursus dll. Akhirnya, p&p aku yg tetinggal..oh tidak!! Aku mesti cover balik masa2 yang hilang tu, kesian dgn budak2 lagipun target tahun ni 100% lulus..insyallah. Nasiblah Fahrizah tolong buatkan iklan panitia BM, kalu tidak...maunya aku meraung warrrrrrggggghhh...makasih byk ya :)

Wednesday, April 7, 2010

Kursus Tatabahasa

Balik dari Langkawi, aku terus menghadiri kursus pemantapan tatabahasa di IP Kampus Gaya bermula 7 - 9 April. Banyaknya input yang kena upload di kepala otak harap-harap aku boleh ingat dan dapat disampaikan kepada murid-muridku yang tersayang. Sepanjang kursus ni banyak perkara yang menarik dan tidaklah membosankan kerana peserta diberikan beberapa tugasan seperti berlakon tanpa suara dan mestamo...yang paling best, group kami ni ahli-ahlinya sporting..walaupun penat tetapi berbaloi kerana mendapat info terkini memandangkan guru-guru sekolah menengah juga terlibat dalam kursus ni.

Wednesday, March 31, 2010

1 Guru 1 Bunga

Hari ni berjalan program SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) dengan setiap guru menanam 1 bunga sambil dibantu oleh murid. Selepas rehat, murid tahap1 mewarna manakala tahap2 pula melukis poster yang bertemakan alam sekitar. Habis saja tanam bunga, hasni mencadangkan ditanam pokok palma supaya nampak lebih cantik. Mendengar saja idea tu, kami pun setuju & terus collect duit & pergi mencari & membeli pokok2 yang sesuai. Dengan menaiki pesawat SAA2001K, kamipun menuju ke 2 buah nursery. Berpeluh jugaklah dibuatnya sebab kawasan tu luas sampai kami kehausan..Menawar pokok yang dibeli 1 hal, soalan yang biasa aku tanya "yang paling murah berapa?" direct to d point hehehe...maklumlah, sekolah kecil jadi kewangan tentu masalah utama. Wpun begitu, aku bersyukur sebab sekolahku ceria & kata penyelia d PPD, dlm byk2 sek ren d Papar, sekolah kami paling cantik sebab tu dicalonkan utk pertandingan ni..ada masa nnt aku upload gmbr..

Sunday, March 21, 2010

Agak letih hari ni, baru balik dari trip ke Lahad Datu-Tawau..Sampai rumah jam 7.00pm. Nasib baik semua persediaan p&p & baju untuk dipakai besok sudah aku siapkan awal2, kalau tidak mengelabah jugaklah jawabnya. Bertolak ke LD hari Jumaat & habis sahaja majlis persandingan anak sedara di sana, kami terus ke Tawau. Balik dari tawau melalui jalan Kalabakan-Keningau, perjalanan mengambil masa 7 jam utk sampai ke Papar. Dalam letih2 begini, sempat juga online ...rindu pulak tidak menjenguk FB selama 3 hari hehe..

Thursday, March 18, 2010

Malam ni sempat tengok program TV adik2ku yang mengetengahkan bakat bercerita & pidato. Apa yang dapat aku katakan ialah, anak2 ini memang berbakat dan petah dalam menyampaikan pidato mereka. Pidato yang disampaikan sangat menarik dan mampu menarik minat bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa termasuklah aku sendiri. Selain itu, aku juga dapat mempelajari serba sedikit teknik dalam penyampaian yang boleh diajarkan kepada anak didikku. Tahniah diucapkan kepada pemenang & para peserta yang layak ke final. Memandangkan tidak lama lagi pertandingan bercerita & pidato peringkat daerah akan diadakan, rasanya aku telah mendapat sedikit idea untuk mencorakkan persembahan anak2 muridku. Apa yang ku harapakan ialah segala perancangan dipermudahkan Allah swt dan semoga mendapat keberkatan daripadaNya...amin

Saturday, March 13, 2010

Tujuan hidup...

Apakah yang kita cari dalam hidup???

Friday, March 12, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Pagi tadi sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan antara pengisian ialah pertandingan nasyid antara kelas. Kesemua kelas berusaha membuat persembahan yang terbaik dan menampilkan kelainan tersendiri. Hakim pula ialah 2 orang guru besar dari sekolah yang berdekatan. Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap tahap dan kepada yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan. Aktiviti ini sememangnya memberi satu motivasi kepada murid-murid untuk saling bersaing di antara satu sama lain. Di samping itu, guru-guru juga berpeluang menunjukkan kreativiti dalam mencorak persembahan murid.

Dalam kemeriahan majlis, dapat diperhatikan kedaifan pakaian segelintir murid-murid yang mengikuti acara ini. Ada yang hanya memakai uniform sekolah agama, mungkin tidak mempunyai baju melayu yang sesuai. Ada pulak yang tidak memiliki kain sampin manakala baju melayu dan kurung mereka sudah lusuh. Namun, di sebalik semua itu mereka tetap menunjukkan semangat yang tinggi...sememangnya mengajar di sebuah sekolah kecil luar bandar amat banyak memerlukan pengorbanan sseeorang guru terutamanya aspek material dan mental.

Di sebalik semua ini aku bersyukur kerana berpeluang mengenali mereka iaitu sebahagian daripada anak bumi Sabah yang agak ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar. Sebagai pendidik, aku mahukan mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kemahiran. Tekadku hanya satu iaitu ingin memajukan anak bangsaku...semoga niat dan usahaku ini dipermudahkan Allah swt, insyallah..

Tuesday, March 9, 2010

Kelmarin, hari yang memenatkan...balik dari kelas tambahan, terus menghadap laptop menyiapkan laporan 2009 SAGA BM zon sebelum mesyuarat. Dalam kepala sedang mencari idea untuk sudut PPDa memandangkan sekolah kami dicadangkan menyertai pertandingan pada tahun ini. Rasa macam kepala hendak pecah apabila memikirkan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan, itu pun belum termasuk minggu akademik dan pertandingan bercerita dan pidato peringkat daerah. Pagi tadi mesyuarat berjalan dengan lancar dan beberapa cadangan telah dikemukakan oleh guru-guru untuk penambahbaikan program di peringkat zon. Apa yang aku harapkan ialah zon kami akan sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mampu bersaing dengan zon-zon yang lain di daerah ini. Aku turut berbangga apabila 4 buah sekolah dalam zon kami termasuklah sekolahku tersenarai dalam top 10 dalam % pencapaian tertinggi daerah, dan sekolahku menduduki rank#6 (70%)...syukur alhamdulillah. Kepada kawan2 esp guru subjek tahun 6 (Zahara, Linda, Nurli & Hasni) teruskan usaha & semangat pada utk mencapai visi 80% pada tahun ini..ingat motto "Dispilin Tonggak Kejayaan"..

Sunday, March 7, 2010

Sepanjang hari ni panas sampai ke malam . Kadang-kala awan kelihatan mendung tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda hujan nak turun. Ramai yang mengeluh apabila diuji dengan cuaca panas termasuklah aku tetapi kini aku sedar bahawa semua ini merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya. Ini kerana puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kita. Satu perkara yang sering tertanam dalam benakku ialah sepanas-panas cuaca di dunia, panas lagi api yang ada di SANA..pengajarannya kepada diriku ialah bersabarlah menerima ujian ini, kurangkan mengeluh dan sentiasa bersyukur...

Petang tadi membeli barang dapur di Servey Putatan. Dalam list barang yang patut dibeli sebenarnya sedikit saja, sampai di sana banyak pulak barang lain yang tidak masuk list yang turut terbeli...nilah yang dikatakan nafsu. Susah untuk mengawalnya tetapi dalam fikiran, aku menganggap apa yang dibeli sebagai rezeki untuk orang lain djuga dan utk dikongsi bersama-sama esp makanan la.

Besok pulak perlu menghadiri meeting PPDA daerah di PPD. Ada beberapa agenda yang akan dibincangkan & aku harap meeting ni tidak mengambil masa yang lama sebab aku 'mau masuk kelas' yang banyak suda tertinggal, 12.30 pulak ada kelas tambahan...cayok! cayok! motivasi utk diri sendiri :)

Saturday, March 6, 2010

Apa yang aku mau tulis ya? hmmm banyak sebenarnya hal yang berlaku sampai ke hari ni. Satu hari ni sibuk melatih anak buah bercerita bagi persiapan minggu akademik peringkat sekolah. harap2 boleh menang & mewakili sekolah ke peringkat daerah pulak. Lepas maghrib pergi rumah pakcik di Taman Sri Gaya, my cousin hantar tunang..malas rasanya mau jalan tapi pergi jugaklah sebab nanti nampak janggal kalau tidak nampak muka. Hari Khamis penutupan MSSM daerah, team perbarisan kami dapat no.2 dan aku berasa sangat bangga dengan budak2 yang sanggup berpanas & dimarah oleh gurunya yang 'garang' ni. Memandangkan inilah penyertaan pertama kami mewakili zon, target hanyalah untuk buat yang terbaik saja. Nampaknya rezeki menyebelahi kami dan kemenangan ni sungguh di luar dugaan. Apa yang pasti, semua warga sekolah amat berbangga dan gembira dengan pencapaian ini. Selaku 'juruletih' aku & Zahara sememangnya mempunyai perancangan untuk tahun depan & berharap agar sekolah kami akan disegani dan dikenali bukan sahaja dalam akademik tapi juga kokurikulum dan semestinya 'perbarisan.'

Thursday, February 11, 2010

Johan Kawad MSS Zon

biar di padang, tatap maintain....






Alhamdulillah, akhirnya usaha + penat lelah kami berbaloi dan dapat menebus kehampaan tahun lepas. Kali ni, sekali lagi kami diramal muncul juara & ia menjadi kenyataan. Aku berbangga dgn skuad cilik mcm cikgunya hehehe yg begitu semangat & komited setiap kali menjalani latihan. Walaupun dimarah+rotan mereka tetap bersemangat & tidak mengalah dengan kegarangan guru esp. aku laaa..sekarang ni sedang sibuk semula dengan latihan bagi mssd pada 1-4 mac nanti. Dengan motto "SKRP, Best & Power& betul2 how liou ah" kami akan berusaha memberikn cabaran kpd kontinjen yg lain...insyallah..

Sunday, January 24, 2010

Latihan Kawad

Rabu lepas meeting kokum & tiba2 aku teringat persiapan utk peserta perbarisan belum lagi dibuat walhal PK Kokum dah mengingatkan pasal tu awal2 lagi. Aku jadi kelam kabut & besoknya terus mengadakan pemilihan & latihan kawad sekaligus. Tinggal seminggu lagi sukan zon akan diadakan tapi, persiapan kontingen perbarisan masih ditahap 30%. Sudahlah stress dengan prestasi kawad budak2 , bendera sekolah plak hilang. Habis semua tempat kami selongkar tapi belum ada rezeki lg jumpa bendera tu. Kalau masih tak jumpa jugak, alamat kena tempah yang baru padahal bendera tu baru ditempah tahun lepas. Aku jadi geram dgn diriku sendiri yang cuaiiiii...betul2 menyusahkan. Start besok latihan kawad secara intensif & GB dah bagi kebenaran tak payah masuk kelas dalam minggu ni, thanks GB sebab memahami kesusahan kami..insyallah kami buat yg terbaik utk sekolah...

Friday, January 8, 2010

Lamanya aku tidak update blog, ni posting pertama aku d tahun 2010. Byk perkara & peristiwa yang berlaku di sekeliling yang boleh aku ambil dan jadikan pengajaran dalam hidup. Minggu pertama sesi persekolahan sememangnya amat memenatkan, mentally mahupun fizikal tetapi demi mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah s.w.t aku berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang hambaNya yang terbaik, insyallah. Aku amat bersyukur kerana di beri peluang meniti tahun 2010 dengan kesihatan yang baik di samping limpahan rezeki daripada Allah s.w.t, alhamdulillah. Justeru, apa lagi yang aku harapkan selain daripada memanjatkan kesyukuran terhadap kurniaanNya. Semoga segala kelebihan yang kumiliki tidak akan membawa kelalaian kepada diriku kerana aku memahami bahawa setiap sesuatu yang kita miliki itu sebenarnya adalah pinjaman semata-mata dan kepunyaan mutlak Allah s.w.t. Aku juga mengharapkan agar 1431H & 2010 akan lebih menjanjikan kejayaan yang lebih bermakna dalam kerjaya sekiranya murid-muridku berjaya mencapai 100% dalam UPSR bagi subjek yang ku ajar, insyallah. Untuk itu, aku harus bekerja dan berusaha semaksimum yang mungkin untuk mencapai target.