Tuesday, September 22, 2009

Raya Ketiga



Semalam dapat sms daripada ex-student di SM St Mary yang mengatakan hendak datang beraya. Aku berasa gembira kerana sudah lama tidak berjumpa dengan budak-budak tu (hmmm budak? hehe) semakn meningkat dewasa semuanya nampak cantik dan bergaya, mengalahkan cikgunya hehe..anyway, aku rasa happy sebab dapat jumpa dgn mereka setelah hampir 7 tahun meninggalkan sekolah tersebut. Ada juga di kalangan mereka yang marah kerana aku berpindah sekolah dan tidak memberitahu kepada mereka. Bukan bersembunyi tetapi tidak sampai hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada student yang sangat berdisiplin & baik seperti mereka..teringat banyak kenangan manis semasa bertugas di sekolah tu & menjadi guru kelas ting. 2 D iaitu kelas yang bijak. Paling tidak dapat aku lupakan apabila mereka membuat surprise birthday party untukku sedangkan pada masa itu aku hanya main2 sahaja dengan mengatakan 16 September adalah tarikh lahirku, namun mereka bersungguh-sungguh mengadakannya...thank u very much cikgu ucapkan kerana bersusah payah menyiapkannya untuk cikgu. Berbalik kepada reunion hari ni, banyak sangat cerita terkini & perubahan imej mereka tapi apa yang pasti aku berbangga kerana kesemua mereka kini sedang menuntut di ipta/s...tahniah cikgu ucapkan dan teruskan usaha untuk mencapai cita-cita. Sememangnya cikgu berbangga dengan kamu & sayang kamu semua...

No comments:

Post a Comment