Sunday, November 29, 2009

Hikmah Tersembunyi...

Sayu dan sedih menyelubungi diri sewaktu mendengar berita kejadian bot karam di Pulau Banggi kerana aku turut mengenali beberapa orang mangsa...namun janji Allah kepada hamba-Nya pasti tiba, tidak cepat atau lambat walau sesaat pun. Sesungguhnya sebagai hamba-Nya yang lemah, peristiwa ini memberi banyak iktibar kepada kita yang masih diberi peluang untuk hidup agar lebih bersyukur atas kurniaan nikmat yang diberi. Kejadian ini mengingatkan kita bahawa mati itu sudah pasti tidak kira tua ataupun muda...Aku sering bertanya kepada diri tentang bekalan menuju alam yang seterusnya......

Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam." (Ali Imran: 102)

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Ada tiga perkara yang menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu akan tetap tinggal menemaninya. Ahli keluarga dan harta akan kembali, yang bakal menemani bersama ialah amalannya."


...apa yang aku dapati, setelah seseorang itu mati segala yang dia miliki akan dibahagi kepada empat bahagian:
1. Harta akan pergi kepada warisnya
2. Anggota badan (daging) akan pergi kepada ulat dan cacing
3. Tulang belulang akan pergi kepada tanah
4. Amal ibadat akan pergi kepada orang itu


Semoga hidup dan mati kita sentiasa berada di bawah rahmat, taufik dan hidayah Allah s.w.t...al-fatihah kepada semua mangsa nahas & semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kepada keluarga mangsa banyakkan bersabar dan berdoa kerana yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala kelemahan itu datangnya daripada kita sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan..buat semua sahabat, bersama-samalah kita memperbaiki diri demi kehidupan yang lebih abadi...