Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah motivasi keibubapaan. Mulai esok sibuk dengan motivasi zon pula manakala di sekolah, aktiviti bulan bahasa berjalan seperti yang dirancang.

Monday, April 18, 2011

Cikgu...

Baru ada masa membaca majalah Solusi isu 26 padahal dekat sebulan sudah ku beli, hmmm begitulah sibuknya aku dalam bulan ni. Patutlah ku rasa seakan-akan stress, tapi syukur alhamdulillah dapat ku tangani dengan sebaiknya (banyakkan berzikir adalah ubat yang paling mujarab). Berbalik kepada majalah, aku membaca kolum favourite 'Cetusan Prof. Dr. Sidek Baba' bertajuk 'Aku Dipanggil Cikgu'. Ya, sememangnya tugas sebagai cikgu sangat mulia kerana menyalurkan ilmu kepada anak-anak didik. Cikgu juga tidak meminta sebarang balasan atas setiap kejayaan anak muridnya. Yang pasti, apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengannya, insyaAllah :)

Monday, April 11, 2011

Kertas kerja

Mentally exhausted tapi tidaklah sampai burnout hehehe...kepenatan akibat menyiapkan 4 kertas kerja untuk 4 projek yang bakal menyusul dalam bulan ni. Besok kena menghadap GB untuk discuss pasal projek ni walaupun secara lisannya GB sudah setuju. Harapnya untuk program motivasi nanti YB dapat datang merasmikan majlis. Dalam minggu ni juga aku mesti buat meeting untuk bulan bahasa, time frame suda lari hehehe...nanti tiada pula wakil ke pertandingan bercerita & pidato peringkat daerah. Tengah hari tadi, PK Kokum pula minta kertas kerja untuk motivasi peringkat zon. Insyallah, esok atau lusa aku start buat...Buat masa ni aku mahu menenangkan mental dulu sebab stress berhadapan dengan budak2 tahun 6. Sememangnya tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar, aku hanya mampu mencuba, berusaha, berdoa & bertawakal. Ya Allah permudahkanlah urusanku dan terangkanlah hati murid-muridku dalam menerima ilmuMu, amin...

Friday, April 8, 2011

Jumpa kawan

Pagi tadi kawan lama call dan ajak keluar, memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa jadi aku pun cancel tuition untuk hari ni. Masa temankan dia shopping, aku yang sekadar window shopping ni pun sempat juga terbeli beberapa benda (hmmm bilalah azam berjimat cermat ni akan terlaksana). Sebelum balik, dia bagi souvenir yang dibeli masa melancong ke Europe tahun lepas. Terima kasih daun keladi As, semuanya ku suka :)

Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat Excel

Menghadiri mesyuarat ecxel 3 hari di SPA. Tugasan kumpulan kami sudah beres, jadi aku pun mengambil kesempatan untuk melawat blog ni. Lamanya nda update blog ni. Aktiviti hari ni pemurnian item sahaja, lepas tu bolehlah chow hehehe...