Friday, October 2, 2009

Rutin yang sama

2 hari ni rutin di sekolah sama...Pagi buat protim pastu practise koir budak2 utk final sambutan bulan kemerdekaan pada 9 okt nanti. Nasib baiklah budak2 aku ni bersemangat so akupun mahu tidak mahu kena ikut semangat sekali. Lepas tu, memantau budak menyiapkan buku skrap pulak, syukurlah sebab ada 4 kumpulan yang sudah menghantar. Kalau tidak, habislah budak2 ni kena ceramah + laser hehe... Di sekolah tadi diadakan jamuan pengat durian memandangkan sekarang ni musim buah dan durian pun agak murah. Kelmarin aku, Linda & Hasni pergi mencari durian di Kg.Limbahau dan dapat membeli berbiji2 durian hehe... Balik sekolah tadi beraya ke open house Zuliah yg 1st time beraya d rumah baru, banyak makanan yg dihidangkan tapi aku nda dapat makan semuanya sebab kenyang dek pulut di sekolah tadi. Nda lama di rumah Zuliah aku minta diri sebab jam 2pm ada tuisyen pulak. Fung tanya bila aku mau buat open house..jawapannya insyallah lepas aku habis puasa 6 :)

No comments:

Post a Comment