Saturday, October 3, 2009

Taufan Parma

Sepanjang hari ni cuaca mendung & hujan...dapat sms daripada Linda mengatakan tengah malam ni taufan Parma akan melanda Filipina dengan kelajuan 222kmp, kemungkinan besar angin kuat juga akan mengenai Sabah jadi kena berhati-hati dan duduk di rumah untuk keselamatan. Begitulah jika Allah ingin menunjukkan sedikit kuasanya kepada kita sebagai hamba-Nya. Kejadian gempa bumi yang berlaku di Padang Indonesia dan Tsunami di Samoa & Samoa Amerika juga merupakan peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan sebagai khalifah yang dilantik di muka bumi, kita seharusnya berusaha memurnikan bumi tanpa membuat sebarang kerosakan kerana kita juga yang akan menanggung akibatnya. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang malapetaka dan sentiasalah mengingati Allah s.w.t, mensyukuri nikmat-Nya dan bertakwa kepadan-Nya.

No comments:

Post a Comment