Wednesday, October 7, 2009

Hujan Rahmat

Sepanjang hari sampai ke petang hujan turun dengan lebatnya tapi itu tidak membataskan aktiviti yang sepatutnya dibuat hari ni. Di sekolah seperti biasa aku menjalankan protim tapi hari ni budak tu datang mungkin disebabkan hujan lebat, lagipun dia ke sekolah menunggang basikal. Nda apalah, dapat juga aku berehat sehari memandangkan setiap hari, aku mengajarnya start jam 7.10 - 10.10. Hampir seminggu mengikuti protim, aku mendapati yang budak ni boleh membaca walaupun belum lancar dan perlu mengeja terlebih dahulu. Apa yang dapat aku kenal pasti ialah sikap malasnya yang ditahap maksimum. Kalau sikap malas sudah menguasai diri, sesiapa pun nda boleh membantu kecuali diri sendiri yang mengubahnya. Bebuih sudah mulut mbagi nasihat tapi masih ada yang buat-buat tuli. Walaupun begitu, aku gembira sebab ramai yang mendengar kata dan boleh dilihat perubahan sikap mereka...Alhamdulillah.
Waktu rehat tadi ada meeting kokum berkaitan pengisian markah murid. Nasib baik tahun ni aku bukan ketua guru penasihat jadi dapatlah rilek sikit hehe, tapi sebagai guru kelas tetap juga nda boleh escape dari mengisi markah kokum ni. Dibincangkan juga tadi beberapa hal dan salah satunya mengadakan kelab Bimbingan, kebanyakan rakan bersetuju dengan cadangan ni. Kalau bab bimbingan ni tidak lain dan tidak bukan, akulah yang menjadi target. Bagus juga cadangan ni tapi yang aku kurang gemar persatuan ni baru hendak ditubuhkan. Untuk memulakan sesuatu bukannya mudah dan kita kena berfikir dari A - Z, banyak yang perlu dirancang dan diteliti supaya penubuhan kelab ni menepati matlamatnya.

No comments:

Post a Comment