Sunday, October 4, 2009

Rumah di atas bukit





Hari ni dapat jemputan beraya ke rumah Linda yang tinggal di Kg. Dambai. Jalan menuju ke rumahnya sempit dan hanya boleh memuatkan sebuah kereta sahaja. Memandangkan first time beraya ke sana, agak ragu-ragu jugalah dan takut tersalah rumah tapi aku redah je. Sampai di simpang aku terus call Hasni untuk bertanyakan jalan. Sampai sahaja di sana, dapat dilihat pemandangan sawah dan bukit-bukit yang indah dan luas mata memandang. Angin yang bertiup juga menambah keseronokan berada di sana. Rumah keluarga Linda berkonsepkan resort, dan mempunyai pelbagai ruang yang boleh digunakan untuk bersantai. Disediakan juga 2 buah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga beberapa kolam ikan bagi mereka yang sememangnya kaki pancing. Terletak di atas bukit, kita dapat melihat suasana persekitaran kampung tersebut yang banyak ditanam dengan pelbagai jenis buah terutamanya durian tapi orang lain yang punya hehe...

2 comments:

  1. uiiii na....besarnya rumah ni noey.Siapa Linda ni?

    ReplyDelete
  2. my colleague..mmg besar rumah tu. Nda sempat ambik pic tpt2 lain, lalai becerita hehe..

    ReplyDelete