Mood ari ni mcm malas, maklum lah cuti dekat 2 minggu...sampai di sekolah aku dpt cek takaful, patutpun subuh tadi tapak tangan kanan aku rasa gatal, rupa2nya ada rezeki mau masyuuuuk hehe...teringat praujian protim yang perlu dibuat untuk budak2 tahun 6, nasib baiklah hanya seorang saja murid yang terlibat. Aku bertapa di bilik bimbingan dengan membawa budak tu sekali, huh punyalah bikin panas tu budak...suda la nda pandai membaca, malas lagi tu. Kalau bab bermain, bising2 hah dia la raja. Aku blasah abis dgn buat 2 ujian sekaligus membaca & menulis, dari pukul 7.10 - 10.10 aku tahan budak tu...baru dia rasa nda buli mbuat apa-apa selain membaca & menulis. Akupun hampir2 tension sebab hilang sabar dgn kelembapannya, nasib baiklah ada saki-baki kesabaran tapi sempat jugalah marah hehe. Time makan d kantin sempat juga chat dgn 'geng karas' Zahara & Linda, biasaklah kalau kami sudah duduk di kantin mcm2 crita dr politik, eko, sosial, agama, dlm & luar negara kami pulun, sampaikan kdg2 nda terasa masa berlalu...nasib baik aku mengajar tahun 6 ja so buli la rilek sikit lepas upsr ni. Sampai d staffroom pula, ada beberapa borang yang menunggu utk diisi, hmmm inda pandai abis2 mengisi borang nih. Linda yg br balik dr kl sempat bagi brooch utk kami 'ber2' main tapuk2 lagi tu, takut yg lain tenampak hehe...tqvm
Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 27, 2009
Beraya lagi...
Hmmmm.. penatnya, baru balik dari beraya di rumah pakcik d Tmn. Sri Gaya & rumah kazen yang buat open house d Tmn Bersatu Putatan. Nasib baiklah esok sekolah kami cuti, bolehlah berehat...Kelmarin aku menjemput sahabat2 datang ke rumah, bukan la buat open house sebenarnya tetapi hanya sekadar menjemput kawan2 terdekat sahaja...tidak disangka ramai pula yang sudi datang, terima kasih banyak2 diucapkan atas kehadiran kalian...memandangkan ramai tetamu yg dtg pada sebelah tengah hari, maka kawanku c Rozy@kot menolong membasuh piring di dapur...tqvm atas pertolongan yang dhulurkan. Kelmarin, sempat berbual dgn Suzana & Sofia tentang cerita terbaru dan kisah dolu2 semasa zaman di sekolah rendah...Zana & husband sempat juga bercerita pengalaman mereka yang bertugas di SK Tidung yang terletak di hutan simpan Tabin Sandakan. Agak menakutkan juga pengalaman yang ditempuhi tetapi aku tabik dengan mereka ni sebab sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman tersebut. Sebelah malam pula beraya ke rumah suhaini yang sudah 3 tahun tidak beraya bersama. Aku hanya menumpang manakala c kot yg drive, disebabkan gelap maka tayar depan telah termasuk ke dalam parit...nasib baiklah suhaini & beberapa org kampung menolong kami, alhamdulillah kreta pun tiada kerosakan memandangkan parit tu hanya ditumbuhi rumput sahaja. Suhaini mengajak berfoya2 ke KL tapi aku & kot hanya sengih2 saja sebab kami ada planning yang baek punya hehe...insyallah kalau ada rezeki & kesihatan yang mengizinkan...
Friday, September 25, 2009
Beraya lagi...
Memandangkan cuti hanya tinggal 2 hari saja lagi maka akupun mula beraya ke rumah kawan2 area ni. Hari ni sempat beraya 4 rumah sahabat baik & yang lama tidak bertemu (Zahara, Rozy a.k.a 'Kot', Zana & Sofia). Hari ni aku ditemani oleh anak2 saudara yang beria2 hendak ikut beraya, sesi beraya aku hari ni terbahagi 2 iaitu pagi & petang. Sesi pagi pergi rumah zahara & Kot manakala petang pula ke tempat sahabat karib zaman sekolah rendah lagi, siapa lagi kalau bukan suzana & sofia. Rindunya dengan kenangan lama zaman sekolah dulu, kalau aku flashback kisah dulu mesti tersenyum sendiri. Apakan tidak, zaman sekolah rendah dulu aku merupakan seorang ketua kelas yang garang dan ditakuti oleh rakan2 sekelasku. Walaupun berbadan kecil namun aku agak tegas terutamanya ketika guru tiada di dalam kelas, sambil memegang rotan aku akan memukul sesiapa sahaja yang membuat bising atau berjalan2 di dalam dan luar kelas. Nasib baiklah pada masa tu tidak ada seorang pun daripada rakan yang kena rotan tadi melaporkan kepada ibu bapa masing2...kalau tidak abislah akuuuuu...
Rasanya sikap tegas aku bawa hingga ke hari ni kerana murid2 di sekolah juga selalu mengatakan yang aku seorang guru yang tegas. Pada pendapat aku, seorang guru yang baik perlu memiliki sikap tegas di samping toleransi kepada para pelajarnya. Selain itu, sikap mesra dan prihatin kepada murid juga penting supaya murid berasa selesa dengan kita...tegas tetapi bertempat dan untuk mendidik murid menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja aspek akademik bahkan juga sahsiah mereka.
Rasanya sikap tegas aku bawa hingga ke hari ni kerana murid2 di sekolah juga selalu mengatakan yang aku seorang guru yang tegas. Pada pendapat aku, seorang guru yang baik perlu memiliki sikap tegas di samping toleransi kepada para pelajarnya. Selain itu, sikap mesra dan prihatin kepada murid juga penting supaya murid berasa selesa dengan kita...tegas tetapi bertempat dan untuk mendidik murid menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja aspek akademik bahkan juga sahsiah mereka.
Thursday, September 24, 2009
Beraya ke KB
Jauh perjalanan raya tahun ni, apa tidaknya beraya sampai ke Kota Belud iaitu rumah sepupu. Hajat hendak pergi 2 buah rumah tetapi sepupu yang sorang lagi balik kampung, nampaknya tiada rezeki. Sepanjang jalan ke KB ramai pula gerai menjual durian dan harga pun agak murah berbanding Papar. My mom & sis sempat membeli 3 ikat durian dengan harga RM40.00 sahaja, dengan menggunakan bahasa isyarat sebab penjual tu pekak & bisu serta tidak pandai mengira. Pada mulanya dia hanya meminta bayaran sebanyak RM24.00 sahaja, bayangkan sekiranya pembeli bersikap tidak jujur...alangkah ruginya si penjual tu. Dalam perjalanan balik sempat singgah di 1B & membeli bekas biskut yang tidak sempat dibeli semalam (terlupa la pulok)..
Wednesday, September 23, 2009
Beraya bersama Yatie
Awalnya cadangan hendak beraya dalam 4 buah rumah tapi nampaknya tiada rezeki, so hanya dapat pergi beraya rumah Sal sahaja. Pastu kami pun beraya di 1B sekadar untuk cuci-cuci mata maklumlah lama tidak berjumpa. Banyak juga kedai yang tutup, mungkin cuti raya kot...Tiada apa sebenarnya yang hendak dibeli tetapi sempat juga membeli beberapa benda. Memandangkan muka aku ni sudah 2 bulan tidak facial jadi akupun membeli scrub simple. Nampaknya harga produk tu di antara guardian & watson tidak sama. Nasib baik aku membelinya di watson, dapatlah less 15%. Dalam berfoya2 tu sempat juga aku membelikan buku cerita utk Adib (anak buah yg agak brutal tapi manja) yang suka membaca & sangat meminati Ben10. Hampir jam 8pm kami beredar balik memandangkan abang Yatie buat open house malam ni. Aku hanya menghantar Yatie di depan rumah sahaja & tidak singgah sebab takut pula lewat balik ke rumah (drive sorang2, serammm). Kalau ada masa & open house lg tahun depan, insyaallah aku singgah :)
Tuesday, September 22, 2009
Makan, makan & makan...
Pagi ni aku terasa sakit perut, mungkin sebab makan banyak masa beraya semalam. Jauh perjalanan raya aku kelmarin, tapi hanya 3 buah rumah sahaja yg dapat dikunjungi. Mula-mula pergi open house pakcik Daud di Membakut, lepas tu beraya ke Beaufort tpt Lis & Nuria. Sahabatku Lis, telah menghidangkan kami seraga rambutan yang masak ranum maklumlah musim buah-buahan dan tanpa dipelawa kami terus ngap hehe. Sempat juga yg lain2 menjengok2 rumahnya yang baru siap tu...anyway congrats, sempat juga beraya d rumah baru. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah ke rumah Nuria si pakar masak, puji ikhlas ok..kami dihidangkan dengan aneka kek yg sedap (coklat, cheese & carrot). Tqvm sebab menapaukan aku kek2 yg very the lazat tu :) next year aku akan oder.
Cara terbaru menyebar kuman HIV
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .
4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja...
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.
telatah.ning.com
Subscribe to:
Posts (Atom)