Wednesday, March 9, 2011

Sehari Suntuk di Sekolah

Hampir seharian di sekolah, nasib la juga murid-murid tahun 6 sedang ujian. Habis saja aktiviti kokum, semua guru menghadiri (LDP) ceramah motivasi yang disampaikan oleh PPD Sipitang. Tajuknya ESQ dalam Pendidikan. Ceramah tadi memberi banyak input yang berguna untuk kami semua sebagai seorang pendidik. Memang betul, setiap apa yang kita lakukan itu hendaklah bersistem supaya tidak menimbulkan kecelaruan khusunya dalam menjalankan tugas. IQ, EQ, dan SQ perlulah seimbang supaya kita mampu menjadi seorang pendidik yang berkesan dan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Namun, apa yang lebih penting daripada kesemua itu ialah visi kita. Persoalannya tadi, apakah visi utama kita? Agak sukar juga untuk aku memikirkan apakah sebenarnya kehendak soalan ni. Selepas semua guru memberikan jawapan masing-masing, barulah kami faham apakah visi utama itu. Ya, memang tepat sekali visi yang telah disebutkan oleh penceramah. Walaupun kami balik lewat tetapi ceramah tadi tidak membosankan dan mengantuk juga tidak datang bertandang hehe...

No comments:

Post a Comment