Monday, April 18, 2011

Cikgu...

Baru ada masa membaca majalah Solusi isu 26 padahal dekat sebulan sudah ku beli, hmmm begitulah sibuknya aku dalam bulan ni. Patutlah ku rasa seakan-akan stress, tapi syukur alhamdulillah dapat ku tangani dengan sebaiknya (banyakkan berzikir adalah ubat yang paling mujarab). Berbalik kepada majalah, aku membaca kolum favourite 'Cetusan Prof. Dr. Sidek Baba' bertajuk 'Aku Dipanggil Cikgu'. Ya, sememangnya tugas sebagai cikgu sangat mulia kerana menyalurkan ilmu kepada anak-anak didik. Cikgu juga tidak meminta sebarang balasan atas setiap kejayaan anak muridnya. Yang pasti, apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengannya, insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment