Monday, April 11, 2011

Kertas kerja

Mentally exhausted tapi tidaklah sampai burnout hehehe...kepenatan akibat menyiapkan 4 kertas kerja untuk 4 projek yang bakal menyusul dalam bulan ni. Besok kena menghadap GB untuk discuss pasal projek ni walaupun secara lisannya GB sudah setuju. Harapnya untuk program motivasi nanti YB dapat datang merasmikan majlis. Dalam minggu ni juga aku mesti buat meeting untuk bulan bahasa, time frame suda lari hehehe...nanti tiada pula wakil ke pertandingan bercerita & pidato peringkat daerah. Tengah hari tadi, PK Kokum pula minta kertas kerja untuk motivasi peringkat zon. Insyallah, esok atau lusa aku start buat...Buat masa ni aku mahu menenangkan mental dulu sebab stress berhadapan dengan budak2 tahun 6. Sememangnya tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar, aku hanya mampu mencuba, berusaha, berdoa & bertawakal. Ya Allah permudahkanlah urusanku dan terangkanlah hati murid-muridku dalam menerima ilmuMu, amin...

No comments:

Post a Comment