Friday, March 12, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Pagi tadi sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan antara pengisian ialah pertandingan nasyid antara kelas. Kesemua kelas berusaha membuat persembahan yang terbaik dan menampilkan kelainan tersendiri. Hakim pula ialah 2 orang guru besar dari sekolah yang berdekatan. Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap tahap dan kepada yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan. Aktiviti ini sememangnya memberi satu motivasi kepada murid-murid untuk saling bersaing di antara satu sama lain. Di samping itu, guru-guru juga berpeluang menunjukkan kreativiti dalam mencorak persembahan murid.

Dalam kemeriahan majlis, dapat diperhatikan kedaifan pakaian segelintir murid-murid yang mengikuti acara ini. Ada yang hanya memakai uniform sekolah agama, mungkin tidak mempunyai baju melayu yang sesuai. Ada pulak yang tidak memiliki kain sampin manakala baju melayu dan kurung mereka sudah lusuh. Namun, di sebalik semua itu mereka tetap menunjukkan semangat yang tinggi...sememangnya mengajar di sebuah sekolah kecil luar bandar amat banyak memerlukan pengorbanan sseeorang guru terutamanya aspek material dan mental.

Di sebalik semua ini aku bersyukur kerana berpeluang mengenali mereka iaitu sebahagian daripada anak bumi Sabah yang agak ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar. Sebagai pendidik, aku mahukan mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kemahiran. Tekadku hanya satu iaitu ingin memajukan anak bangsaku...semoga niat dan usahaku ini dipermudahkan Allah swt, insyallah..

No comments:

Post a Comment