Friday, January 2, 2009

Tugas 2009

Pada tahun ini tugas aku sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu ketua panitia, guru bimbingan & kaunseling, guru kelas tahun 6, guru subjek BM & KT tahun 6 , setiausaha guru, guru penasihat kelab seni & kebudayaan, penasihat pandu puteri tunas & penasihat kelab bola sepak walaupun tak pandai main hehe (kedua-dua ni tugas baru). KT merupakan subjek baru bagiku kerana sebelum ini aku mengajar Pend. Muzik. Walaupun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana setiap guru harus sentiasa bersedia dengan setiap perubahan. Sebagai ketua panitia aku hanya meneruskan program seperti tahun2 sudah dan hanya menambah beberapa program sahaja untuk memantapkan lagi panitia BM. Tugas sebagai guru bimbingan adalah yang paling sukar bagiku kerana tidak mempunyai sebarang latihan khusus dalam bidang ini, namun itu bukanlah alasan untuk tidak menjalankan amanah tersebut. Aku berharap pada tahun ini segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Sokongan pihak pentadbir sekolah sangat aku hargai dalam menjayakan setiap program yang aku rancang. Setiap kali aku mengemukakan kertas kerja bagi sesuatu program kepada guru besar, beliau sentiasa memberi sokongan dan komen yang positif. Ini telah memberi motivasi kepadaku untuk lebih meningkatkan prestasi kerja. Diharap tahun 2009 akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya..amin...

4 comments:

  1. Amin.....Kata-kata seperti inilah yang kita nak dengar.Positif dan membina....

    ReplyDelete
  2. Tq Tie...Sikap positif menjadikan kita sentiasa bermotivasi tinggi dlm melakukan sesuatu...

    ReplyDelete
  3. Ehem...kadang-kadang bila difikir-fikir tugas guru tiada limit. Yang bestnya guru bimbingan ni ada aura yang menarik minat murid untuk mudah disayangi dan didampingi. Apa pun program yang dibuat u memang selalu saja berjaya dan.....ada saja yang harus diperbaiki for the next year plan. Teruskan usaha gigih kerana u memang sentiasa gigih dan jangan lupa don't feel too much burden to get the perfect one but do remember that everything is about effort. Well done!

    ReplyDelete
  4. yea thats right and your support is my strength..tq my dear friend :)

    ReplyDelete