Sunday, January 24, 2010

Latihan Kawad

Rabu lepas meeting kokum & tiba2 aku teringat persiapan utk peserta perbarisan belum lagi dibuat walhal PK Kokum dah mengingatkan pasal tu awal2 lagi. Aku jadi kelam kabut & besoknya terus mengadakan pemilihan & latihan kawad sekaligus. Tinggal seminggu lagi sukan zon akan diadakan tapi, persiapan kontingen perbarisan masih ditahap 30%. Sudahlah stress dengan prestasi kawad budak2 , bendera sekolah plak hilang. Habis semua tempat kami selongkar tapi belum ada rezeki lg jumpa bendera tu. Kalau masih tak jumpa jugak, alamat kena tempah yang baru padahal bendera tu baru ditempah tahun lepas. Aku jadi geram dgn diriku sendiri yang cuaiiiii...betul2 menyusahkan. Start besok latihan kawad secara intensif & GB dah bagi kebenaran tak payah masuk kelas dalam minggu ni, thanks GB sebab memahami kesusahan kami..insyallah kami buat yg terbaik utk sekolah...

Friday, January 8, 2010

Lamanya aku tidak update blog, ni posting pertama aku d tahun 2010. Byk perkara & peristiwa yang berlaku di sekeliling yang boleh aku ambil dan jadikan pengajaran dalam hidup. Minggu pertama sesi persekolahan sememangnya amat memenatkan, mentally mahupun fizikal tetapi demi mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah s.w.t aku berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang hambaNya yang terbaik, insyallah. Aku amat bersyukur kerana di beri peluang meniti tahun 2010 dengan kesihatan yang baik di samping limpahan rezeki daripada Allah s.w.t, alhamdulillah. Justeru, apa lagi yang aku harapkan selain daripada memanjatkan kesyukuran terhadap kurniaanNya. Semoga segala kelebihan yang kumiliki tidak akan membawa kelalaian kepada diriku kerana aku memahami bahawa setiap sesuatu yang kita miliki itu sebenarnya adalah pinjaman semata-mata dan kepunyaan mutlak Allah s.w.t. Aku juga mengharapkan agar 1431H & 2010 akan lebih menjanjikan kejayaan yang lebih bermakna dalam kerjaya sekiranya murid-muridku berjaya mencapai 100% dalam UPSR bagi subjek yang ku ajar, insyallah. Untuk itu, aku harus bekerja dan berusaha semaksimum yang mungkin untuk mencapai target.

Saturday, December 12, 2009

Azam tahun baru hijrah...

apa ya? hmmmm.....minggu depan tahun 1431H bakal menjelma. Biarlah aku simpan dulu dalam hati dan mudah2an diberkati Allah s.w.t...

Sunday, November 29, 2009

Hikmah Tersembunyi...

Sayu dan sedih menyelubungi diri sewaktu mendengar berita kejadian bot karam di Pulau Banggi kerana aku turut mengenali beberapa orang mangsa...namun janji Allah kepada hamba-Nya pasti tiba, tidak cepat atau lambat walau sesaat pun. Sesungguhnya sebagai hamba-Nya yang lemah, peristiwa ini memberi banyak iktibar kepada kita yang masih diberi peluang untuk hidup agar lebih bersyukur atas kurniaan nikmat yang diberi. Kejadian ini mengingatkan kita bahawa mati itu sudah pasti tidak kira tua ataupun muda...Aku sering bertanya kepada diri tentang bekalan menuju alam yang seterusnya......

Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam." (Ali Imran: 102)

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Ada tiga perkara yang menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu akan tetap tinggal menemaninya. Ahli keluarga dan harta akan kembali, yang bakal menemani bersama ialah amalannya."


...apa yang aku dapati, setelah seseorang itu mati segala yang dia miliki akan dibahagi kepada empat bahagian:
1. Harta akan pergi kepada warisnya
2. Anggota badan (daging) akan pergi kepada ulat dan cacing
3. Tulang belulang akan pergi kepada tanah
4. Amal ibadat akan pergi kepada orang itu


Semoga hidup dan mati kita sentiasa berada di bawah rahmat, taufik dan hidayah Allah s.w.t...al-fatihah kepada semua mangsa nahas & semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kepada keluarga mangsa banyakkan bersabar dan berdoa kerana yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala kelemahan itu datangnya daripada kita sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan..buat semua sahabat, bersama-samalah kita memperbaiki diri demi kehidupan yang lebih abadi...

Thursday, October 15, 2009

Pelbagai...


Ceramah Alam Tingakatan 1 disampaikan oleh En. Mazlan Jusoh dr SMK St Mary

Suasana persiapan sambutan raya.....
di dewan....


di bilik guru....
Khusyuknya belajar menganyam....

budak2 yang semangat menolong cigu....

Hasni...ketua AJK hadiah..

Padat betul jadual hari ni, pagi ada ceramah Tahun 6 dan aku pula terlibat secara langsung memandangkan program unit bimbingan. Di dewan pula, kawan2 sedang sibuk membuat persiapan sambutan raya besok. Dalam pada tu dibuat juga saringan pertandingan karaoke sebab penyertaan yang ramai...sampai berpeluh-peluh hakim menunggu kesemua peserta. Lepas ceramah aku pun tolong Wan menganyam ketupat sebagai hiasan dewan..ramai pula budak2 berminat mau menolong, c Linda pula tukang gantung je sebab dia tinggi hehe...Cadangan awal GB hari ni balik jam 12.00 memandangkan petang ada LDP guru di PKG, tapi nda kesampaian sebab saringan karaoke habis jam 12.30 tapi aku minta kebenaran balik sebelum jam 12.30..nasib baik GB ok ja..

Petang 2.00-4.30 semua guru terlibat dengan LDP bengkel Plan Tindakan Panitia Teras 2010. Sebenarnya, aku yang mencadangkan bengkel ni untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang program panitia masing-masing. Di samping tu, dapat meringankan tugas KP yang sebelum ni terpaksa berfikir sorang2 dalam merancang takwim panitia. Ternyata bengkel ni dapat memberi ruang kepada guru untuk meluahkan segala idea & permasalahan serta dapat membincangkan sesuatu isu dengan lebih terperinci. Program panitia juga telah ditambah supaya lebih mantap dan menepati objektifnya. Beberapa cadangan akan aku kemukakan kepada pihak sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik 2010. Harapnya, cadangan ni dapat diterima oleh pentadbir.

Friday, October 9, 2009

Tahniah untuk murid2ku

Menghadiri bengkel KLMDP di PKG yang sepatutnya dari jm 8.00 - 5.00pm tapi macam biasa, bengkel ni cepat selesai jadi kami boleh balik awal kira-kira jm 10.00am. Malas mau balik ke sekolah memandangkan hari Jumaat jadi aku pun terus ke KK untuk mengambil wayar rice cooker yang tertinggal di Parkson kelmarin, menyusahkan betul la promoter tu. Nasib baik aku sabar sikit, kalau tidak pasti melatop. On the way balik, Zahara sms & bagitau kelas aku johan 3 kategori dalam penutupan bulan kemerdekaan tadi. Yeaaaah....kelas aku conqure kelas patriotik, koir & buku skrap, aku puas hati sebab usaha bersama murid-murid selama lebih sebulan berbaloi :) Congrats untuk murid2ku sebab selalu membuat yang terbaik dan mendengar arahan, selain tu pandai berdikari dan suka bersaing. Harap2 si Linda ambik gambar aktiviti tadi, mau juga ditingu aksi dorang tu.

Thursday, October 8, 2009

Karaoke di hari raya :(

Pagi tadi staff meeting & banyak pesanan penaja drp GB & PPD antaranya persediaan 2010, cuti rehat, bla...bla...bla... dibincangkan juga program sambutan aidilfitri 2009 yang akan dibuat Jumaat depan. Kelmarin, kami ber3 (aku, Zahara & Linda) sudah berbincang dgn penyelaras tentang aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya, anugerah pakaian tercantik dan menghafaz Ayat-ayat Lazim, aku juga sudah mendapat sponsor hadiah untuk pertandingan hafazan. Semasa berbincang tadi, tiba-tiba ada pulak cadangan untuk mengadakan pertandingan karaoke dan cadangan ini datangnya daripada seorang ustazah. Alangkah terkejutnya kami sebab nda sangka cadangan tu keluar daripada mulutnya.. Dengan sokongan beberapa orang guru yang lain, kami 3 orang speechless...Akhirnya, pertandingan menghafaz Ayat-ayat Lazim pun dibatalkan..
Punyalah kami kecewa, dan aku bagitau hadiah sponsor dibatalkan. Sepatutnya dalam bulan Syawal yang mulia ini, kita sama-sama mengucapkan tanda kesyukuran dengan memuji2 kebesaran Allah s.w.t dan bukannya dengan melalak berkaraoke. Mungkin dalam sambutan perayaan yang lain, guru-guru yang kemaruk menyanyi ni bolehlah menyumbangkan suara biarpun sampai ke malam. Aku yang bertugas sebagai pengurus pertandingan malas mau ambil tahu pasal karaoke ni dan aku pass sama Naimah, nasib baiklah dia ok jer. Malas aku dengan sikap yang kureng membina nih...