Tuesday, December 30, 2008

Azam Tahun Baru

Apa ya?? Setiap tahun ramai yang akan bertanya azam baru...Bagi aku, setiap perkara baik yg dilakukan haruslah konsisten dan semakin meningkat kualitinya dari tahun ke tahun...Aku lebih suka menetapkan matlamat jangka panjang yang boleh aku capai dalam tempoh beberapa tahun. Untuk 2009, yang aku harapkan hanyalah dapat menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Sebagai guru, aku amat berharap ilmu yang aku sampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan sebaiknya dan memberi manfaat yg berguna dlm kehidupan mereka. Kepada kawan2 SKRP, jgn lupa ya 01 Januari 2009 adalah hari pendaftaran murid...see u guys :-)

Bercuti Bersama Keluarga




Baru balik dari bercuti di Poring, Ranau. Tempat yang popular di Sabah dengan kolam air panas. Kami bermalam di Homestay Kg. Sinisian Kundasang. Rumahnya agak selesa dan mempunyai pemandangan indah iaitu menghadap gunung Kinabalu. Amat cantik sekali dilihat pada waktu pagi, begitulah kebesaran Allah yang maha esa...walaupun sudah mendaki gunung kinabalu pada 1996 rasanya ingin sekali lagi aku mendakinya. Memandangkan stamina yang agak lemah (kurang bersenam hehe) maka hajat tersebut terpaksa ditangguhkan dahulu buat masa ini...Berbalik kepada cerita di Poring, malam sebelum kami sampai hujan lebat telah melanda Poring hingga menyebabkan kesemua kolamnya dipenuhi tanah hitam. Pada pagi tersebut, pihak taman telah berusaha membersihkan kawasan tersebut dan para pengunjung terpaksa menunggu dlm 3 jam sebelum kesemua kolam dapat digunakan. Aku membuat aktiviti sendiri iaitu berjalan menaiki canopy yg belum pernah aku jejaki walaupun telah beberapa kali pergi ke sana. Akhirnya, aku, kakak & Farah (anak saudara) dengan semangat waja telah meredah hutan & bukit untuk berjalan di canopy.

Salam Ma'al Hijrah 1430

Buat semua teman-teman, selamat menyambut Ma'al Hijrah. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dan sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri. Harapanku pada tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan dimurahkan rezeki. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t serta diberi hidayahNya dalam menjalani kehidupan seharian...

Thursday, December 25, 2008

Happy Birthday...


Walaupun sdh wish tp tidak salah utk mengucapkannya sekali lagi di sini... Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada 4 orang yg rapat dengan aku...uniknya kesemua mereka ni GG@Zailah (kawan aku yg baik hati) Fairuz & Faridzuan (anak sedara) & tk ketinggalan Nadia (anak kawan baik aku) menyambutnya pada tarikh yang sama 23 Disember walaupun tahunnya berbeza. Doa ku setiap tahun untuk kalian, semoga diberkati selalu, dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. amin..Sebelah ni gambar Nadia bersama Onel semasa sambutan raya aidil fitri di sekolah baru2 ni...

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan...












Singgah sekejap d 1Boeneo..budak2 ni pantang ternampak playground, utk puaskan hati kasi chance la main sekejap rupa2nya lama pula sampai lapar barula berenti...sblm balik jln2 sekejap, byk pula decoration sempena krismas so kami pun pose la beramai2...

Janji Tetap Janji



Janji membawa anak2 sedara ke akuarium di UMS byk kali tertangguh sejak cuti sekolah Mei lepas...time2 cuti panjang ni la dorang menagih janji makciknya nih. Kesian pulak dgn dorang ni yg begitu excited mau bjln2. ramai yg ikut sampaikn sanggup cuti sekolah terutamanya c Adib & Girl yg masi bersekolah di Taska Sri Bintang. Peningnya kepala aku membawa budak2 ni dgn macam2 peel..ada yg lapar, haus, penat dll..lps makan ada pla yg mau muntah sbb kekenyangan...apa blh buat, terpaksa la melayan kerenah budak2 kecik nih...gmbr atas tu Adib & Girl tengah pose dgn penyu..yg bawah pose ramai2 Girl, Onel, Adib, Ana & Bella..

Handle...



Ni la rupa handle pintu kereta aku yang patah...ganas agaknya ataupun memang kualiti made in Malaysia mcm tu, entah la...ingat kn masih under warranty rupa2nya tidak lagiii...aduyaiiii terpaksa la sediakan bajet utk beli handle baru + cat + pasang, nasib baik ada bonus hehe...ingatkan harganya mahal, cuma dlm RM24.00 + kos cat RM20.00...Isnin lepas aku ke eon Inanam sekali lagi utk pasang, alhamdulillah murah pla rezeki...nda payah bayar kos pasang. aku pun balik ke rumah dgn senyuman lebar :-)