Tuesday, December 30, 2008

Bercuti Bersama Keluarga




Baru balik dari bercuti di Poring, Ranau. Tempat yang popular di Sabah dengan kolam air panas. Kami bermalam di Homestay Kg. Sinisian Kundasang. Rumahnya agak selesa dan mempunyai pemandangan indah iaitu menghadap gunung Kinabalu. Amat cantik sekali dilihat pada waktu pagi, begitulah kebesaran Allah yang maha esa...walaupun sudah mendaki gunung kinabalu pada 1996 rasanya ingin sekali lagi aku mendakinya. Memandangkan stamina yang agak lemah (kurang bersenam hehe) maka hajat tersebut terpaksa ditangguhkan dahulu buat masa ini...Berbalik kepada cerita di Poring, malam sebelum kami sampai hujan lebat telah melanda Poring hingga menyebabkan kesemua kolamnya dipenuhi tanah hitam. Pada pagi tersebut, pihak taman telah berusaha membersihkan kawasan tersebut dan para pengunjung terpaksa menunggu dlm 3 jam sebelum kesemua kolam dapat digunakan. Aku membuat aktiviti sendiri iaitu berjalan menaiki canopy yg belum pernah aku jejaki walaupun telah beberapa kali pergi ke sana. Akhirnya, aku, kakak & Farah (anak saudara) dengan semangat waja telah meredah hutan & bukit untuk berjalan di canopy.

No comments:

Post a Comment