Tuesday, January 4, 2011

Murid2ku yang bestari...

Dalam 2-3 hari ni aku asyik berfikir tentang cara@teknik terbaik yg boleh aku gunakan utk membantu murid2 ku 6 Bestari...setakat hari ni apa yg aku nampak mereka perlukan latih tubi yang banyak, di samping tu mesti banyak membaca sebab kebanyakannya tidak mampu mengeluarkan idea semasa sesi p&p dijalankan. Kena galakkan mrk slalu masuk ke Bilik Bimbingan nih utk membaca majalah. Mgkn utk sem.1 aku akan hanya fokus binaan ayat sahaja utk mereka ni. Mudah2an pada sem.2 nnt budak2 ni akan blh membuat krgn yg mudah...Teknik ni mmg aku gunakan utk budak2 lemah sblm ni & berkesan, kecualilah bg yg memang tidak menguasai 2M...hmmm yg tu aku hanya ajar kemahiran asas saja..

Sahabatku...

Hari ni berjalan spt biasa tp yg bestnya sudah dpt jadual baru & masaku telah dikurangkan..alhamdulillah & makasih byk2 Nurli :)....sambil menyiapkan kerja d staffroom aku sempatlah borak2 sikit dgn geng kamceng...hmmm banyak pla topik kami hari ni dr hal teknik utk membantu budak2 lemah Th6, lepas tu masuk bab politik, kemudian personal, then masuk bab agama pla...gitu la kalu kita ada 'bestfriend' & boleh berborak pasal apa2 saja tanpa menyedari masa berlalu dgn pantas... tiba2 kami dgr bell dibunyikan & kami pun pulang :) mudah2an hari esok & seterusnya akan lbh baik dr hari ini, insyallah.....

Monday, January 3, 2011

Hari pertama...

Lamanya aku nda update cerita wpun tersangat byk cerita yg boleh ku tuliskn d sini, tp memandangkan mood & masa yg tidak menyebelahi rasanya azamku 2011 ni akan lebih rajin utk menulis d sini, insyallah...
Hari pertama ke sekolah perasaanku sedikit teruja kerana beberapa perkara. Antaranya masih tertanya-tanya siapakah gerangan guru besar baharu. Akhirnya d maklumkan new gb ialah seorang wanita dr daerah Beaufort, alhamdulillah....
Hari pertama masuk kelas Th6 & mengajar binaan ayat...rasa2nya aku kena berusaha 200% pada tahun ni. Aku juga perlukan tenaga extra utk memikirkn strategi & teknik yg terbaik dlm membantu murid2 ku..ya Allah berilah aku kekuatan & kesabaran utk menjalankan amanahMu...
Hari pertama sesi persekolahan, rasanya macam tidak cukup masa utk ku menyiapkan tugas2 yg ada bak kata pepatah 'tidak menang tangan'..
Hari pertama juga aku menjenguk bilik bimbingan selepas dilanda banjir beberapa kali, hmmm nampak gayanya terpaksa la aku 'ot' supaya bilik tu kembali pulih...tp bila ya???

Saturday, May 29, 2010

Geng 5one

Geng 5one (As & Leez)


Hari ni dapat jumpa kawan2 lama semasa di 5one dulu As & Leez. Banyaknya cerita terkumpul & cerita kami banyak mengimbas semula memori dulu yang sudah lebih 20 tahun berlalu (1987-1989). Banyak juga cerita yang aku lupa tetapi yang masih malar segar (evergreen) lagi banyak. Hmmmm, cepatnya masa berlalu ya...dulu zaman anak2 kita diajar menjadi dewasa di sekolah berasrama penuh yang dihuni oleh pelbagai ragam rakan-rakan dari seluruh negeri di Malaysia. Kini, selepas melaluinya aku berasa rindu akan suasana itu yang tidak mungkin dpt ku cari di mana-mana. Bersekolah dengan budak2 yang pintar dari segi akademik sebenarnya tidaklah menyebabkan aku 'stress' sebab aku sedar akan kemampuan diri & berusaha sekadar yang perlu. Tapi, ilmu yang aku pelajari di sana sememangnya merupakan asas kepada pembentukan sikapku pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ustaz, ustazah & guru yang telah mendidik aku menjadi manusia yang berguna. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana pernah menjadi salah seorang warga 5one yang bukannya mementingkan akademik semata-mata bahkan penerapan ukhrawi..

Monday, May 17, 2010

Usaha Berbaloi-baloi




Alhamdulillah, akhirnya Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah telahpun selesai tadi. Nampaknya, pada tahun ni rezeki menyebelahi sekolah kami apabila diumumkan sebagai johan bagi kedua-dua tahap. Syabas dan tahniah kepada Khairul Daniel (Tahap 1) dan Bibiana Fridolin (Tahap 2) yang muncul sebagai juara. Segala penat lelah sepanjang melatih mereka terbalas akhirnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar, pen2. kanan, dan semua guru atas sumbangan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan kamu semua pastinya program ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Harapanku semoga kerjasama yang jitu sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan pastinya kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar kelak, insyallah. Cabarannya sekarang ialah untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan dan semoga usaha murni ini sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t...

Persiapan Menjelang Pertandingan Bercerita Daerah

Hari ni agak sibuk sedikit dengan persiapan pertandingan esok tetapi kerja yang berat akhirnya menjadi ringan apabila semua guru turut mengambil peranan & tanggungjawab yang diberikan. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru. Bahagian belakang Dewan sudah siap ditutup dan tadi aku pergi Putatan membeli bunga untuk hiasan backdrop. Walaupun hujan lebat tapi Hasni sanggup datang ke sekolah menolong memasang bunga2 tu. Syukran jazilan ya Hasni, mudah2an bakal mendapat cahayamata yang rajin macam 'mama'nya :)...GB & staf sokongan juga bertungkus lumus menyiapkan belakang dewan & memasang langsir hinggakan dewan terbuka kini berubah wajah..Harapnya, esok majlis berjalan dengan lancar, insyallah...

Friday, May 7, 2010

Taklimat LDP

Hari ni berlalu macam biasa cuma ada sedikit jamuan di sekolah sempena birthday Linda...hepi bday my pren, mudah2an bahagia di dunia & akhirat amin. 10.10am aku mengadakan mesyuarat LDP kali pertama dan memberi taklimat pelaksanaan utk tahun ni. Seperti yang dijangka, ramai yang agak terkejut dengan format kursus tahun ni yang memberi penekanan kepada perkongsian ilmu. Manakan tidak, setiap guru dikehendaki membaca 1-7 buah buku dan membentangkan dapatan daripada buku itu. Namun, atas semangat warga SKRP yang jitu semua guru memberikan kerjasama yang baik dan telah meminta aku membeli buku-buku ilmiah dengan menggunakan baki bajet tahun lepas. Hmmmmm, aku kalau bab shopping memang pantang disuruh bak org mengantuk disorongkan bantal. Lebih-lebih lagi kalau pasal buku. Tanpa membuang masa, petang tadi aku terus mencari buku-buku yang sesuai. Akhirnya, usahaku berbaloi dan dapatlah membeli 15 buah sebagai permulaan dalam usaha kami utk mewujudkan ruangan ilmu di bilik guru. Mudah-mudahan ia dapat digunakan dengan sebaiknya.