Friday, March 12, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Pagi tadi sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan antara pengisian ialah pertandingan nasyid antara kelas. Kesemua kelas berusaha membuat persembahan yang terbaik dan menampilkan kelainan tersendiri. Hakim pula ialah 2 orang guru besar dari sekolah yang berdekatan. Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap tahap dan kepada yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan. Aktiviti ini sememangnya memberi satu motivasi kepada murid-murid untuk saling bersaing di antara satu sama lain. Di samping itu, guru-guru juga berpeluang menunjukkan kreativiti dalam mencorak persembahan murid.

Dalam kemeriahan majlis, dapat diperhatikan kedaifan pakaian segelintir murid-murid yang mengikuti acara ini. Ada yang hanya memakai uniform sekolah agama, mungkin tidak mempunyai baju melayu yang sesuai. Ada pulak yang tidak memiliki kain sampin manakala baju melayu dan kurung mereka sudah lusuh. Namun, di sebalik semua itu mereka tetap menunjukkan semangat yang tinggi...sememangnya mengajar di sebuah sekolah kecil luar bandar amat banyak memerlukan pengorbanan sseeorang guru terutamanya aspek material dan mental.

Di sebalik semua ini aku bersyukur kerana berpeluang mengenali mereka iaitu sebahagian daripada anak bumi Sabah yang agak ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar. Sebagai pendidik, aku mahukan mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kemahiran. Tekadku hanya satu iaitu ingin memajukan anak bangsaku...semoga niat dan usahaku ini dipermudahkan Allah swt, insyallah..

Tuesday, March 9, 2010

Kelmarin, hari yang memenatkan...balik dari kelas tambahan, terus menghadap laptop menyiapkan laporan 2009 SAGA BM zon sebelum mesyuarat. Dalam kepala sedang mencari idea untuk sudut PPDa memandangkan sekolah kami dicadangkan menyertai pertandingan pada tahun ini. Rasa macam kepala hendak pecah apabila memikirkan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan, itu pun belum termasuk minggu akademik dan pertandingan bercerita dan pidato peringkat daerah. Pagi tadi mesyuarat berjalan dengan lancar dan beberapa cadangan telah dikemukakan oleh guru-guru untuk penambahbaikan program di peringkat zon. Apa yang aku harapkan ialah zon kami akan sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mampu bersaing dengan zon-zon yang lain di daerah ini. Aku turut berbangga apabila 4 buah sekolah dalam zon kami termasuklah sekolahku tersenarai dalam top 10 dalam % pencapaian tertinggi daerah, dan sekolahku menduduki rank#6 (70%)...syukur alhamdulillah. Kepada kawan2 esp guru subjek tahun 6 (Zahara, Linda, Nurli & Hasni) teruskan usaha & semangat pada utk mencapai visi 80% pada tahun ini..ingat motto "Dispilin Tonggak Kejayaan"..

Sunday, March 7, 2010

Sepanjang hari ni panas sampai ke malam . Kadang-kala awan kelihatan mendung tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda hujan nak turun. Ramai yang mengeluh apabila diuji dengan cuaca panas termasuklah aku tetapi kini aku sedar bahawa semua ini merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya. Ini kerana puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kita. Satu perkara yang sering tertanam dalam benakku ialah sepanas-panas cuaca di dunia, panas lagi api yang ada di SANA..pengajarannya kepada diriku ialah bersabarlah menerima ujian ini, kurangkan mengeluh dan sentiasa bersyukur...

Petang tadi membeli barang dapur di Servey Putatan. Dalam list barang yang patut dibeli sebenarnya sedikit saja, sampai di sana banyak pulak barang lain yang tidak masuk list yang turut terbeli...nilah yang dikatakan nafsu. Susah untuk mengawalnya tetapi dalam fikiran, aku menganggap apa yang dibeli sebagai rezeki untuk orang lain djuga dan utk dikongsi bersama-sama esp makanan la.

Besok pulak perlu menghadiri meeting PPDA daerah di PPD. Ada beberapa agenda yang akan dibincangkan & aku harap meeting ni tidak mengambil masa yang lama sebab aku 'mau masuk kelas' yang banyak suda tertinggal, 12.30 pulak ada kelas tambahan...cayok! cayok! motivasi utk diri sendiri :)

Saturday, March 6, 2010

Apa yang aku mau tulis ya? hmmm banyak sebenarnya hal yang berlaku sampai ke hari ni. Satu hari ni sibuk melatih anak buah bercerita bagi persiapan minggu akademik peringkat sekolah. harap2 boleh menang & mewakili sekolah ke peringkat daerah pulak. Lepas maghrib pergi rumah pakcik di Taman Sri Gaya, my cousin hantar tunang..malas rasanya mau jalan tapi pergi jugaklah sebab nanti nampak janggal kalau tidak nampak muka. Hari Khamis penutupan MSSM daerah, team perbarisan kami dapat no.2 dan aku berasa sangat bangga dengan budak2 yang sanggup berpanas & dimarah oleh gurunya yang 'garang' ni. Memandangkan inilah penyertaan pertama kami mewakili zon, target hanyalah untuk buat yang terbaik saja. Nampaknya rezeki menyebelahi kami dan kemenangan ni sungguh di luar dugaan. Apa yang pasti, semua warga sekolah amat berbangga dan gembira dengan pencapaian ini. Selaku 'juruletih' aku & Zahara sememangnya mempunyai perancangan untuk tahun depan & berharap agar sekolah kami akan disegani dan dikenali bukan sahaja dalam akademik tapi juga kokurikulum dan semestinya 'perbarisan.'

Thursday, February 11, 2010

Johan Kawad MSS Zon

biar di padang, tatap maintain....






Alhamdulillah, akhirnya usaha + penat lelah kami berbaloi dan dapat menebus kehampaan tahun lepas. Kali ni, sekali lagi kami diramal muncul juara & ia menjadi kenyataan. Aku berbangga dgn skuad cilik mcm cikgunya hehehe yg begitu semangat & komited setiap kali menjalani latihan. Walaupun dimarah+rotan mereka tetap bersemangat & tidak mengalah dengan kegarangan guru esp. aku laaa..sekarang ni sedang sibuk semula dengan latihan bagi mssd pada 1-4 mac nanti. Dengan motto "SKRP, Best & Power& betul2 how liou ah" kami akan berusaha memberikn cabaran kpd kontinjen yg lain...insyallah..

Sunday, January 24, 2010

Latihan Kawad

Rabu lepas meeting kokum & tiba2 aku teringat persiapan utk peserta perbarisan belum lagi dibuat walhal PK Kokum dah mengingatkan pasal tu awal2 lagi. Aku jadi kelam kabut & besoknya terus mengadakan pemilihan & latihan kawad sekaligus. Tinggal seminggu lagi sukan zon akan diadakan tapi, persiapan kontingen perbarisan masih ditahap 30%. Sudahlah stress dengan prestasi kawad budak2 , bendera sekolah plak hilang. Habis semua tempat kami selongkar tapi belum ada rezeki lg jumpa bendera tu. Kalau masih tak jumpa jugak, alamat kena tempah yang baru padahal bendera tu baru ditempah tahun lepas. Aku jadi geram dgn diriku sendiri yang cuaiiiii...betul2 menyusahkan. Start besok latihan kawad secara intensif & GB dah bagi kebenaran tak payah masuk kelas dalam minggu ni, thanks GB sebab memahami kesusahan kami..insyallah kami buat yg terbaik utk sekolah...

Friday, January 8, 2010

Lamanya aku tidak update blog, ni posting pertama aku d tahun 2010. Byk perkara & peristiwa yang berlaku di sekeliling yang boleh aku ambil dan jadikan pengajaran dalam hidup. Minggu pertama sesi persekolahan sememangnya amat memenatkan, mentally mahupun fizikal tetapi demi mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah s.w.t aku berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang hambaNya yang terbaik, insyallah. Aku amat bersyukur kerana di beri peluang meniti tahun 2010 dengan kesihatan yang baik di samping limpahan rezeki daripada Allah s.w.t, alhamdulillah. Justeru, apa lagi yang aku harapkan selain daripada memanjatkan kesyukuran terhadap kurniaanNya. Semoga segala kelebihan yang kumiliki tidak akan membawa kelalaian kepada diriku kerana aku memahami bahawa setiap sesuatu yang kita miliki itu sebenarnya adalah pinjaman semata-mata dan kepunyaan mutlak Allah s.w.t. Aku juga mengharapkan agar 1431H & 2010 akan lebih menjanjikan kejayaan yang lebih bermakna dalam kerjaya sekiranya murid-muridku berjaya mencapai 100% dalam UPSR bagi subjek yang ku ajar, insyallah. Untuk itu, aku harus bekerja dan berusaha semaksimum yang mungkin untuk mencapai target.