Wednesday, March 31, 2010

1 Guru 1 Bunga

Hari ni berjalan program SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) dengan setiap guru menanam 1 bunga sambil dibantu oleh murid. Selepas rehat, murid tahap1 mewarna manakala tahap2 pula melukis poster yang bertemakan alam sekitar. Habis saja tanam bunga, hasni mencadangkan ditanam pokok palma supaya nampak lebih cantik. Mendengar saja idea tu, kami pun setuju & terus collect duit & pergi mencari & membeli pokok2 yang sesuai. Dengan menaiki pesawat SAA2001K, kamipun menuju ke 2 buah nursery. Berpeluh jugaklah dibuatnya sebab kawasan tu luas sampai kami kehausan..Menawar pokok yang dibeli 1 hal, soalan yang biasa aku tanya "yang paling murah berapa?" direct to d point hehehe...maklumlah, sekolah kecil jadi kewangan tentu masalah utama. Wpun begitu, aku bersyukur sebab sekolahku ceria & kata penyelia d PPD, dlm byk2 sek ren d Papar, sekolah kami paling cantik sebab tu dicalonkan utk pertandingan ni..ada masa nnt aku upload gmbr..

Sunday, March 21, 2010

Agak letih hari ni, baru balik dari trip ke Lahad Datu-Tawau..Sampai rumah jam 7.00pm. Nasib baik semua persediaan p&p & baju untuk dipakai besok sudah aku siapkan awal2, kalau tidak mengelabah jugaklah jawabnya. Bertolak ke LD hari Jumaat & habis sahaja majlis persandingan anak sedara di sana, kami terus ke Tawau. Balik dari tawau melalui jalan Kalabakan-Keningau, perjalanan mengambil masa 7 jam utk sampai ke Papar. Dalam letih2 begini, sempat juga online ...rindu pulak tidak menjenguk FB selama 3 hari hehe..

Thursday, March 18, 2010

Malam ni sempat tengok program TV adik2ku yang mengetengahkan bakat bercerita & pidato. Apa yang dapat aku katakan ialah, anak2 ini memang berbakat dan petah dalam menyampaikan pidato mereka. Pidato yang disampaikan sangat menarik dan mampu menarik minat bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa termasuklah aku sendiri. Selain itu, aku juga dapat mempelajari serba sedikit teknik dalam penyampaian yang boleh diajarkan kepada anak didikku. Tahniah diucapkan kepada pemenang & para peserta yang layak ke final. Memandangkan tidak lama lagi pertandingan bercerita & pidato peringkat daerah akan diadakan, rasanya aku telah mendapat sedikit idea untuk mencorakkan persembahan anak2 muridku. Apa yang ku harapakan ialah segala perancangan dipermudahkan Allah swt dan semoga mendapat keberkatan daripadaNya...amin

Saturday, March 13, 2010

Tujuan hidup...

Apakah yang kita cari dalam hidup???

Friday, March 12, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Pagi tadi sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan antara pengisian ialah pertandingan nasyid antara kelas. Kesemua kelas berusaha membuat persembahan yang terbaik dan menampilkan kelainan tersendiri. Hakim pula ialah 2 orang guru besar dari sekolah yang berdekatan. Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap tahap dan kepada yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan. Aktiviti ini sememangnya memberi satu motivasi kepada murid-murid untuk saling bersaing di antara satu sama lain. Di samping itu, guru-guru juga berpeluang menunjukkan kreativiti dalam mencorak persembahan murid.

Dalam kemeriahan majlis, dapat diperhatikan kedaifan pakaian segelintir murid-murid yang mengikuti acara ini. Ada yang hanya memakai uniform sekolah agama, mungkin tidak mempunyai baju melayu yang sesuai. Ada pulak yang tidak memiliki kain sampin manakala baju melayu dan kurung mereka sudah lusuh. Namun, di sebalik semua itu mereka tetap menunjukkan semangat yang tinggi...sememangnya mengajar di sebuah sekolah kecil luar bandar amat banyak memerlukan pengorbanan sseeorang guru terutamanya aspek material dan mental.

Di sebalik semua ini aku bersyukur kerana berpeluang mengenali mereka iaitu sebahagian daripada anak bumi Sabah yang agak ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar. Sebagai pendidik, aku mahukan mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kemahiran. Tekadku hanya satu iaitu ingin memajukan anak bangsaku...semoga niat dan usahaku ini dipermudahkan Allah swt, insyallah..

Tuesday, March 9, 2010

Kelmarin, hari yang memenatkan...balik dari kelas tambahan, terus menghadap laptop menyiapkan laporan 2009 SAGA BM zon sebelum mesyuarat. Dalam kepala sedang mencari idea untuk sudut PPDa memandangkan sekolah kami dicadangkan menyertai pertandingan pada tahun ini. Rasa macam kepala hendak pecah apabila memikirkan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan, itu pun belum termasuk minggu akademik dan pertandingan bercerita dan pidato peringkat daerah. Pagi tadi mesyuarat berjalan dengan lancar dan beberapa cadangan telah dikemukakan oleh guru-guru untuk penambahbaikan program di peringkat zon. Apa yang aku harapkan ialah zon kami akan sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mampu bersaing dengan zon-zon yang lain di daerah ini. Aku turut berbangga apabila 4 buah sekolah dalam zon kami termasuklah sekolahku tersenarai dalam top 10 dalam % pencapaian tertinggi daerah, dan sekolahku menduduki rank#6 (70%)...syukur alhamdulillah. Kepada kawan2 esp guru subjek tahun 6 (Zahara, Linda, Nurli & Hasni) teruskan usaha & semangat pada utk mencapai visi 80% pada tahun ini..ingat motto "Dispilin Tonggak Kejayaan"..

Sunday, March 7, 2010

Sepanjang hari ni panas sampai ke malam . Kadang-kala awan kelihatan mendung tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda hujan nak turun. Ramai yang mengeluh apabila diuji dengan cuaca panas termasuklah aku tetapi kini aku sedar bahawa semua ini merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya. Ini kerana puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kita. Satu perkara yang sering tertanam dalam benakku ialah sepanas-panas cuaca di dunia, panas lagi api yang ada di SANA..pengajarannya kepada diriku ialah bersabarlah menerima ujian ini, kurangkan mengeluh dan sentiasa bersyukur...

Petang tadi membeli barang dapur di Servey Putatan. Dalam list barang yang patut dibeli sebenarnya sedikit saja, sampai di sana banyak pulak barang lain yang tidak masuk list yang turut terbeli...nilah yang dikatakan nafsu. Susah untuk mengawalnya tetapi dalam fikiran, aku menganggap apa yang dibeli sebagai rezeki untuk orang lain djuga dan utk dikongsi bersama-sama esp makanan la.

Besok pulak perlu menghadiri meeting PPDA daerah di PPD. Ada beberapa agenda yang akan dibincangkan & aku harap meeting ni tidak mengambil masa yang lama sebab aku 'mau masuk kelas' yang banyak suda tertinggal, 12.30 pulak ada kelas tambahan...cayok! cayok! motivasi utk diri sendiri :)

Saturday, March 6, 2010

Apa yang aku mau tulis ya? hmmm banyak sebenarnya hal yang berlaku sampai ke hari ni. Satu hari ni sibuk melatih anak buah bercerita bagi persiapan minggu akademik peringkat sekolah. harap2 boleh menang & mewakili sekolah ke peringkat daerah pulak. Lepas maghrib pergi rumah pakcik di Taman Sri Gaya, my cousin hantar tunang..malas rasanya mau jalan tapi pergi jugaklah sebab nanti nampak janggal kalau tidak nampak muka. Hari Khamis penutupan MSSM daerah, team perbarisan kami dapat no.2 dan aku berasa sangat bangga dengan budak2 yang sanggup berpanas & dimarah oleh gurunya yang 'garang' ni. Memandangkan inilah penyertaan pertama kami mewakili zon, target hanyalah untuk buat yang terbaik saja. Nampaknya rezeki menyebelahi kami dan kemenangan ni sungguh di luar dugaan. Apa yang pasti, semua warga sekolah amat berbangga dan gembira dengan pencapaian ini. Selaku 'juruletih' aku & Zahara sememangnya mempunyai perancangan untuk tahun depan & berharap agar sekolah kami akan disegani dan dikenali bukan sahaja dalam akademik tapi juga kokurikulum dan semestinya 'perbarisan.'