Saturday, March 28, 2009

week end

Hari ni pegi CP, hajat beli buku kerja coz selasa ni ada budak2 baru nak tuisyen...Nasib baik ada my member kamceng 'Sal' yang temankan, kalau tidak alamat jalan sorang2 la...sampai CP ada plak promosi broadband clcm, Sal yang mmg bercadang nak beli broadband ni tak lepas peluang punya & terus beli. Sementara menunggu Sal settle apa2 yang patut, aku ambik kesempatan ol & sempat juga update blog hehehe...Plan nak jalan kejap tp nampknya balik mcm biasa la, actually takde masalah pun kalau lambat balik skit :)

Thursday, March 26, 2009

Lega..

Penutupan minggu bahasa Melayu sudah selesai, nampaknya boleh la relax sikit..Next week ada ujian tahun 6. Nak buat taklimat utk semua guru tentang Kursus Dalam Perkhidmatan, harapnya minggu depan benda ni boleh settle..Bulan April ni banyak perkara nak dibuat especially yang membabitkan program Bimbingan. Alhamdulillah, interview spp berjalan lancar dan syukur sebab dapat menjawab semua soalan yang ditanya walaupun ada jawapan main 'goreng habis' hehehe...

Sunday, March 22, 2009

Minggu Serabut

Hari Pertama balik sekolah rasa malas pula...hmmm nasib baik la English Panel buat saringan hari ni. Dalam malas2 pun lepas ni nak melatih budak2 nasyid pula, Rabu dah sambutan Maulidur Rasul. Tak best pula kalau persembahan sekadar 'ala-ala' jer, bukan bermaksud nak yang grand tapi sekurang-kurangnya biarlah 'yang baek punya'...Besok pula final Minggu Bahasa Melayu, selagi aktiviti ni tak selesai selagi tu lah kepala berserabut memikirkannya. Khamis pula interview spp, kenalah prepare apa-apa yang patut..harap2 dapat jawab apa yang ditanya...Jumaat baru lah dapat rehat sikit tu pun kena latih budak utk pertandingan bercerita peringkat daerah pula...Hadoiyaiiii...banyaknyeee aku nak buat minggu ni..apa yang aku perlukan sekrang ni tarik nafas panjang2 & relax supaya tidak stress :)

Thursday, March 19, 2009

Meeting lagi...

Cuti2 pun terpaksa attend meeting di PPD...Agenda membincangkan pertandingan bercerita peringkat daerah...Dalam usaha memperkasa SK, masih ada lagi dalam kalangan pendidik yang berfikiran negatif serta tidak yakin dengan kemampuan guru sendiri. Ada di antara guru yang hadir mencadangkan supaya hakim pertandingan terdiri daripada guru2 sek. men. dengan alasan tidak berpengalaman dan mengelak bias. Namun begitu, aku dan beberapa guru yang lain berpendirian sebaliknya. Bagi aku guru-guru sek ren juga memiliki kualiti yang setanding dan tidak ada salahnya pertandingan ini diadili oleh kami sendiri. Lagipun aktiviti ini bukanlah baru bagi guru2, yang sememangnya terlibat secara langsung dalam melatih dan mengendalikan aktiviti seperti ini di peringkat sek ren. Apa yang perlu ialah sikap profesional hakim yang dilantik supaya pelajar yang akan mewakili daerah nanti adalah seorang yang berkualiti serta mampu memberi cabaran kepada peserta2 lain. Kepada tuan rumah Sek. Keb. Pantai Manis, semoga pertandingan ini akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 17, 2009

Kepada kawan2 yang ambik PTK ari ni gud luck yea...

Cuti Sekolah?

Hmmm...cuti seminggu bukan bermaksud cuti utk guru. Banyak jg keja nak kena settle time cuti ni...Selain buat kelas tambahan utk budak2 tahun 6, kena juga bertugas menjaga sekolah. Next week pula final Minggu Bahasa Melayu & Inggeris dan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon yang dibuat kat sekolah. Saya pula ditugaskan melatih budak2 utk persembahan nasyid, dalam masa yang singkat ni banyak benda kena cope, harap2 semuanya berjalan lancar. Sapa kata keje guru ni senang??? :)

Sunday, March 8, 2009

Sunday

Memandangkan Isnin cuti so aku & my sis bercadang pegi jalan-jalan survery kain di gulatis & jakel. Tengok2 harga sama jer ngan KL, next time beli kat sini jer...kebetulan pula stacy launching 1st album di 1 Borneo sempat jugak tengok kejap..Time nk balik ujan lebat pulak daaa...rugi aku cuci kereta awal pagi...On the way balik rumah sempat singgah d Kaison Putatan, ada crazy sale tapi tak dapat beli barang2 yang dijual harga crazy sebab dah abisss...

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul...

Tuesday, March 3, 2009

Rose'




Sabtu lepas sempat jumpa Rose & family di KL, punyalah happy...banyak betul cerita terkumpul selama ni (1989-2009... ayangkanla 20 tahun)...Sempat juga flash back memory dulu2 time 'geng2 burtuqol' hehe...Aku masih ingat lagi kenakalan kami masa di sekolah menengah dulu, pernah kena denda dek guru disiplin sebab curi-curi tengok video konsert Search di bilik APD...Esoknya kami didenda pungut sampah di sekitar kawasan sekolah hehe...Duduk sekolah asrama ni tak lepas dengan cerita hantu, pastinya kami pun punya kenangan yang sama. Bab cerita hantu + histeria memang banyak hingga tak terkata hehe...kadang2 tu kami berkumpul ramai2 di bilik mendengar cerita seram, habis jer cerita masing2 tidur berdua sebab takottttt hehe...