Thursday, March 19, 2009

Meeting lagi...

Cuti2 pun terpaksa attend meeting di PPD...Agenda membincangkan pertandingan bercerita peringkat daerah...Dalam usaha memperkasa SK, masih ada lagi dalam kalangan pendidik yang berfikiran negatif serta tidak yakin dengan kemampuan guru sendiri. Ada di antara guru yang hadir mencadangkan supaya hakim pertandingan terdiri daripada guru2 sek. men. dengan alasan tidak berpengalaman dan mengelak bias. Namun begitu, aku dan beberapa guru yang lain berpendirian sebaliknya. Bagi aku guru-guru sek ren juga memiliki kualiti yang setanding dan tidak ada salahnya pertandingan ini diadili oleh kami sendiri. Lagipun aktiviti ini bukanlah baru bagi guru2, yang sememangnya terlibat secara langsung dalam melatih dan mengendalikan aktiviti seperti ini di peringkat sek ren. Apa yang perlu ialah sikap profesional hakim yang dilantik supaya pelajar yang akan mewakili daerah nanti adalah seorang yang berkualiti serta mampu memberi cabaran kepada peserta2 lain. Kepada tuan rumah Sek. Keb. Pantai Manis, semoga pertandingan ini akan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment