Thursday, April 9, 2009

Tugas Tambahan

Memandangkan hari ni cuti good friday dapat la relax sikit memandangkan seminggu dua ni sibuk memanjang. Last week kena attend meeting di SPA KK berkaitan Program Pasukan Gerak SAGA BM, ingatkan meeting biasa2 jer rupa-rupanya ada tugas baru yang menanti. Pasni kena jumpa PPD dan bentangkan program SAGA daerah & lepas tu nak panggil KP BM setiap sek utk meeting peringkat daerah pula, aku juga kena pantau 51 buah sekolah dlm daerah ni. Everytime zon nak buat meeting, aku kena hadir sekali sebab secara automatiknya aku tim. pengerusi setiap zon tersebut. Isnin lepas pula meeting Pantaksiran & Penilaian di Tang Dynasty, dpt lg 1 tugas tambahan. Kali ni dilantik jd ketua pentaksir kawasan pula dan kena control 51 buah sek juga. Lagi satu, aku kena lantik 17 orang pentaksir kawasan. Memandangkan tugas yang semakin berat dan mencabar, aku minta GB kurangkan tugas di sekolah. Nasib baiklah GB memahami, akhirnya jawatan guru bimbingan & setiausaha sekolah diserahkan kepada orang lain. Terima kasih diucapkan kpd GB yang prihatin.

No comments:

Post a Comment