Friday, December 16, 2011

Te Anau

Menariknya di sini kedai ditutup agak lewat iaitu pada pukul 8.00pm. Kami juga mudah mencari guesthouse yang ditempah. Selesai check in kamipun melilau ke kedai-kedai yang ada dan harga barangan di sini agak murah berbanding Queenstown. Kami sempat membeli tiket Milford Sound Scenic Cruise di office Southerndiscoveries yang berharga $76.00. Pembelian melalui internet lagi murah sebenarnya sebab dapat diskaun 10%. Selepas tu, kami sempat membeli beberapa souvenir dan t.shirt. Dalam perjalanan balik, kami terjumpa Turkish Kebab sekali lagi tapi kali ini di Te Anau dan ia terletak dalam stesen minyak Shell. Syukur Alhamdulillah, dapat juga kami makan nasi malam tu. Habis makan aku bersiap tidur awal sebab esoknya nak menjelajah Milford Sound pulak, tak sabarrrr rasanya...

Saturday, December 10, 2011

Queenstown ke Te Anau (Day 3)



Dari Lake Tekapo kami menuju ke Queenstown sebelum bermalam di Te Anau. Perjalanan mengambil masa lebih daripada 6 jam namun pemanduan tidak terasa memenatkan kerana mata disajikan dengan panorama indah di kiri dan kanan jalan. Dalam perjalanan kami bertembung dengan sekumpulan biri-biri seperti yang selalu aku lihat dalam majalah.

Lake Tekapo (Day 2)



Alice telah menguruskan bab sewa kereta lebih awal so kami hanya perlu isi borang dan bayar. Sewa yang dikenakan $28 perday dan kami sewa untuk 4 hari. Memandangkan kereta yang disediakan auto maka Yatie mengambil tugas sebagai 1st pilot, aku pula co-pilot and navigator. Dengan bantuan map lukis tangan dari Alice maka kami dapat keluar dari bandar Christchurch dengan mudah, tqvm my dear friend. Memandu di NZ amat mudah kerana hanya terdapat 1 sahaja jalan utama dan kebarangkalian untuk sesat adalah amat2 kurang sekali, kecualilah kita tidak peka dengan signboard yang ada disepanjang jalan. Jarak perjalanan ke Lake Tekap mengambil masa le bih kurang 2 jam setengah. Kami melewati beberapa buah bandar antaranya Burnham, Rakaia, Ashburton, Geraldine, dan Fairlie. Di sepanjang perjalanan mata dijamu dengan keindahan alam yang memukau pandangan ditambah lagi dengan biri-biri dan lembu tenusu. Sampai di Lake Tekapo, kami terus check in..selepas itu tidak sabar-sabar untuk menikmati kesegaran udara & panorama yang indah.

Trip ke New Zealand (1st day)




Aku bersama Yatie & Vevian telah memulakan trip ke negara Kiwi pada 21-28 Nov. Sepanjang penerbangan KL-CHC melenguhkan kaki dan badan. Perasaan tidak sabar untuk tiba ke destinasi menyebabkan mata tidak lelap. Akhirnya setelah 10 jam berada dlm pesawat kami pun tiba di Christchurch International Airport. Umpama mimpi dalam mimpi kerana impian menjadi kenyataan. Sementara menunggu Alice (my bff) kami tidak sabar-sabar utk mengambil gambar, maklumlah perasaan begitu teruja sekali. Alice sempat membawa kami menjelajah beberapa shopping mall sebab c Vevian nak beli kasut. Kebanyakan mall di sini tutup jam 5pm, so masa kami agak terhad dan terpaksa la rushing.

Friday, November 11, 2011

Lama tidak menjenguk dan menulis di ruanganku ini. Tuntutan tugas menyebabkan diri ini terasa lemas dan malas untuk menulis. Musim cuti akan bermula seminggu dari sekarang, perasaanku amat gembira sekali. Akhirnya aku dapat merehatkan mental dan fizikal walaupun buat seketika. Di kesempatan itu nanti, aku akan bercuti sepuas-puasnya memandangkan tahun ini agak mencabar bagiku. Sepanjang aku berada di sekolah ini, dapat ku rasakan tahun ini merupakan tahun yang amat melelahkan sehingga kesihatan turut terganggu. Syukur alhamdulillah, yang maha esa masih memberi peluang kepadaku untuk berbakti dan meraih seberapa banyak mungkin nikmat kurniaanNya.
Aku juga cuba membayangkan trip bersama kawan-kawan pada cuti sekolah nanti yang pastinya menyeronokkan dan penuh adventure, insyaAllah. Tidak sabar rasanya menunggu cuti persekolahan bermula untuk ku meluahkan segala-gala rasa yang ku alami sepanjang tahun ini. Namun, menunggu berakhirnya tempoh seminggu lagi seolah-olah masa itu lambat berlalu...

Tuesday, September 27, 2011










Selesai UPSR, kena merancang program pasca pula. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku telah menyediakan program untuk 5 minggu. Aktiviti pada tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana murid-murid pada tahun ini perlu diberi input yang banyak untuk menambah pengetahuan mereka. Justeru, aku telah cuba untuk merancang aktiviti yang melibatkan penerokaan maklumat sama ada dalam bidang akademi, kerjaya & lawatan yang bakal diadakan. Dua minggu awal ini murid-murid sibuk dengan projek buku skrap, latihan koir, menghias kelas supaya kelihatan patriotik, dan pameran kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat depan. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan pameran kelas yang julung-julung kali diadakan. Tanpa usaha kamu, aktiviti ini tidak akan berjalan dengan jayanya...

Wednesday, June 29, 2011

Hari-hari biasa yang dilalui dengan penuh kesibukan membawa murid menyertai beberapa pertandingan. Syukur alhamdulillah kami muncul sebagai johan dalam pertandingan model kerjaya & pidato BM. Segala penat lelah berbaloi dengan kemenangan ini. Satu lagi pencapaian yang membanggakan apabila sekolah meraih anugerah cemerlang kurikulum sempena sambutan hari guru baru-baru ini. 3-6 Julai ni terlibat dlm karnival bahasa peringkat negeri pula dan akan diadakan di Tawau.