Thursday, February 24, 2011

Aktiviti sana sini...

Huh!!! sibuk memanjang dengan aktiviti sekolah & lepas sekolah...di sekolah, kursus kepimpinan pengawas masih berjalan & tamat hari ni (Jumaat). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna, lepas ni Unit Disiplin pula yang take over...Guru Disiplin berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus, aku?puas hati yang teramat...Lepas sekolah lain pula aktiviti, 'berjoli' dgn kawan2 hingga lewat pula balik padahal besoknya hari bekerja...next week punya plan, boling antara SKRP vs SKK...

Tuesday, February 22, 2011

Hipokrasi....

Naaah kedapatan suda d fb ada org menipu, pandai dia berlakon di depanku. Sungguh kesian org tu sebab dia fikir aku nda tau kehipokritannya tu. Kalaulah aku ni jenis pendendam, pasti aku sudah remove org tu, tp itu mcm perangai org yg takut berhadapan dgn realiti...Lagipun siok jg melayan org begitu & aku mau tengok sampai mana actingnya ni. Yang pastinya aku malas mahu mencari gaduh & musuh. Aku sentiasa ingat firman Allah "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim"...nauzubillahiminzalik..

Kursus Kepimpinan Pengawas (Hari 1)





Alhamdulillah, kursus berjalan seperti yang dirancang. Semua guru yang terlibat memberi kerjasama yang baik. Aktiviti pada hari ini:
1. Ice breaking
2. Ceramah ciri-ciri pengawas
3. Kajian kes 1
4. Penulisan skrip pengendalian perhimpunan
5. Doa

Mudahan-mudahan esok cuaca cerah dan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insyaAllah...

Friday, February 18, 2011

Hari ni sekolah ganti, jadi aku ambil keputusan untuk mengadakan Bengkel Bina Item utk guru. Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar dan tidak perlu disambung pada hari Isnin. Kerjasama semua guru BM amat membanggakan. Lepas ni bolehlah aku hantar laporan ke SPA :)

Thursday, February 17, 2011

Penatnya hari ni hanya Allah saja yang tahu, kena menghadiri 3 meeting sekali gus (SAGA Zon, SAGA Daerah & PLBS Negeri). Akhirnya aku terpaksa absent SAGA Zon dan hanya berkirim cadangan aktiviti saja. Nasib la meeting PLBS tu di Sembulan jadi tidak juga jauh sangat berbanding tahun lepas di SMK Perempuan Likas, jalan juga kurang jammed tadi, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Habis meeting PLBS bergegas lagi balik ke PPD utk meeting SAGA pula, nasib baik penyelia tolong handle. Aku? pukul 2.40 baru sampai....alhamdulillah, selesai pelantikan AJK & aktiviti di peringkat daerah. Apa yang ku harapkan pada tahun ni guru-guru BM di daerah ni akan lebih mantap terutama dlm aspek p&p. Mudaha-mudahan juga daerah kami akan terus mencatat pencapaian yang memberangsangkan spt 2010.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidur Rasul 1432H, sesungguhnya Rasulullah adalah contoh teladan sepanjang zaman...suka sangat mendengar nasyid Hijjaz 'Dia Kekasih Allah' sebab liriknya yang simple tapi menyentuh perasaan & menambah kerinduan kepadanya. Cadangan awal, konon mau menyambung hobi yg terbengkalai sejak last year tp nampaknya lain pla yang aku buat...nampak bilik yang agak serabut akupun terus kemas, dr semalam lg projek mengemas bilik ni & disambung pagi tadi...masa mengemas terbayang2 mau membaca sirah Nabi Muhammad yang dibeli tahun lepas tp baru dibaca sampai bab 2...dan yg satu lagi Kisah-kisah para Nabi & Rasul...hmmmm sudalah buku2 tu tebal, bilalah mau khatam ni hehe...

Tgh2 0n9 tiba2 d sapa oleh 'org tu' dgn pertanyaan ala2 sindiran (mau kawin?)...nda suka mencari musuh, jd aku jawab saja apa yg d tanya. Mudah2an dia bakal ketemu dgn wanita impiannya (yg gemuk berkrim d sukai ramai tu hehehe), amin...

Saturday, February 12, 2011

Dalam 2 hari ni kerja keras sikit menyiapkan cerita 'Maryam Puteri Imran' utk MTQ zon. Memangkan cerita yang diberikan tu kurang menarik dan kronologinya tidak jelas, maka aku pun edit la...mula2 tu edit sikit lama kelamaan terpaksa buat semula keseluruhan cerita. Syukur la Sucen bagi komen & tolong edit, rupa-rupanya tersilap konsep pula...nasib juga ada tafsir al-Quran, majalah Solusi & buku Kisah2 Para Nabi, senanglah buat rujukan...