Friday, November 11, 2011

Lama tidak menjenguk dan menulis di ruanganku ini. Tuntutan tugas menyebabkan diri ini terasa lemas dan malas untuk menulis. Musim cuti akan bermula seminggu dari sekarang, perasaanku amat gembira sekali. Akhirnya aku dapat merehatkan mental dan fizikal walaupun buat seketika. Di kesempatan itu nanti, aku akan bercuti sepuas-puasnya memandangkan tahun ini agak mencabar bagiku. Sepanjang aku berada di sekolah ini, dapat ku rasakan tahun ini merupakan tahun yang amat melelahkan sehingga kesihatan turut terganggu. Syukur alhamdulillah, yang maha esa masih memberi peluang kepadaku untuk berbakti dan meraih seberapa banyak mungkin nikmat kurniaanNya.
Aku juga cuba membayangkan trip bersama kawan-kawan pada cuti sekolah nanti yang pastinya menyeronokkan dan penuh adventure, insyaAllah. Tidak sabar rasanya menunggu cuti persekolahan bermula untuk ku meluahkan segala-gala rasa yang ku alami sepanjang tahun ini. Namun, menunggu berakhirnya tempoh seminggu lagi seolah-olah masa itu lambat berlalu...

Tuesday, September 27, 2011










Selesai UPSR, kena merancang program pasca pula. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku telah menyediakan program untuk 5 minggu. Aktiviti pada tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana murid-murid pada tahun ini perlu diberi input yang banyak untuk menambah pengetahuan mereka. Justeru, aku telah cuba untuk merancang aktiviti yang melibatkan penerokaan maklumat sama ada dalam bidang akademi, kerjaya & lawatan yang bakal diadakan. Dua minggu awal ini murid-murid sibuk dengan projek buku skrap, latihan koir, menghias kelas supaya kelihatan patriotik, dan pameran kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat depan. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan pameran kelas yang julung-julung kali diadakan. Tanpa usaha kamu, aktiviti ini tidak akan berjalan dengan jayanya...

Wednesday, June 29, 2011

Hari-hari biasa yang dilalui dengan penuh kesibukan membawa murid menyertai beberapa pertandingan. Syukur alhamdulillah kami muncul sebagai johan dalam pertandingan model kerjaya & pidato BM. Segala penat lelah berbaloi dengan kemenangan ini. Satu lagi pencapaian yang membanggakan apabila sekolah meraih anugerah cemerlang kurikulum sempena sambutan hari guru baru-baru ini. 3-6 Julai ni terlibat dlm karnival bahasa peringkat negeri pula dan akan diadakan di Tawau.

Monday, June 20, 2011

Persiapan Model Kerjaya

Minggu ni sibuk menyiapkan model kerjaya untuk pertandingan kerjaya dan kaunseling yang akan diadakan esok d SMK Bongawan 2. Pada mulanya ingin menarik diri memandangkan masa yang suntuk untuk membuat persediaan tapi memikirkan yang aku sudahpun bersetuju dengan sukarelanya menyertai pertandingan ni, maka teruskan jugalah. Aku dan 3 orang murid yang terpilih tu pun mula merancang agenda yang perlu dibuat dalam menyiapkan model kerjaya kami. Walaupun terpaksa meredah hujan lebat semasa membuat temu bual namun semua itu bukanlah halangan. Risau juga di hati andai budak-budak tu demam, alih-alih cikgunya pula yang demam tapi itu bukanlah penghalang. Alhamdulilah, berkat pertolongan rakan-rakan guru yang lain semuanya berjalan lancar dan kami sudah bersedia untuk bertarung esok...InsyaAllah, segalanya dipermudahkan.

Sunday, June 5, 2011

Masuk minggu ke-2 bercuti, ternyata masa cepat berlalu...Kelmarin dan hari ni sibuk memenuhi undangan kahwin. Kelmarin juga aku sempat ke 1B bersama sister & kazen2, aku singgah ke Harris dan membeli buku untuk hadiah buat anak buah. Aku pun sebenarnya mahu membeli beberapa buah buku, tiba-tiba teringat yang buku baru ku beli pada bulan lepas pun belum dibaca. Jadi terpaksalah menahan keinginan dulu buat masa ni...

Tuesday, May 31, 2011

Kenangan Menggamit Memori..

Seharian keluar dengan kawan-kawan exmajakir, reunion diadakan di 1B. Walaupun aku hanya sempat bersekolah di sana selama 2 tahun tapi ia tidak membataskan aku untuk mengenali kawan-kawan yang lain (majakir senior citizen hehehe)...macam-macam gelagat dan cerita lucu yang menggamit semula memory lama ketika bersekolah di sana. Terasa seolah-olah kembali ke zaman itu, aah betapa segarnya memory indah zaman sekolahku dulu. Sesungguhnya mengenali mereka buat pertama kalinya membuatkan aku mengalami kejutan budaya (maklumlah suasana yg berbeza dr sekolahku sebelum ni). Lama-kelamaan, persahabatan kami semakin berkembang sehinggalah aku tidak menyedari bahawa rupa-rupanya aku adalah orang yang bertuah kerana dapat mengenali mereka yang mempunyai pelbagai karekter. Amat banyak kenangan ku bersama mereka sepecially (Yatie, Tom, Rosdi, A.Suhaini, Suzana, Naga), kenakalan semasa tinggal di asrama, escape ke pekan semata-mata ingin membeli roti canai, prep malam memakai kain sarung, bersembunyi sebab takut kena minta makanan (ternyata, kalau ku tuliskan di sini sehari semalam pun takkan habis)..harapanku mudah-mudahan kita akan tetap menjadi "Sahabat untuk Selamanya" & terima kasih kawan-kawanku kerana menerima aku seadanya :)

Wednesday, May 11, 2011

Yeahh...

Alhamdulillah, rezeki kemenangan pertandingan bercerita peringkat daerah masih memihak kepada sekolah kami. Syabas kepada Khairul Daniel & Khaireez Adib yang telah menjuarai kedua-dua kategori. Penat lelah berlatih siang dan malam selama 2 minggu akhirnya berbaloi. Semoga kamu berdua akan membuat persembahan terbaik di peringkat negeri nanti..