Tuesday, September 27, 2011










Selesai UPSR, kena merancang program pasca pula. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku telah menyediakan program untuk 5 minggu. Aktiviti pada tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana murid-murid pada tahun ini perlu diberi input yang banyak untuk menambah pengetahuan mereka. Justeru, aku telah cuba untuk merancang aktiviti yang melibatkan penerokaan maklumat sama ada dalam bidang akademi, kerjaya & lawatan yang bakal diadakan. Dua minggu awal ini murid-murid sibuk dengan projek buku skrap, latihan koir, menghias kelas supaya kelihatan patriotik, dan pameran kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat depan. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan pameran kelas yang julung-julung kali diadakan. Tanpa usaha kamu, aktiviti ini tidak akan berjalan dengan jayanya...