Wednesday, June 29, 2011

Hari-hari biasa yang dilalui dengan penuh kesibukan membawa murid menyertai beberapa pertandingan. Syukur alhamdulillah kami muncul sebagai johan dalam pertandingan model kerjaya & pidato BM. Segala penat lelah berbaloi dengan kemenangan ini. Satu lagi pencapaian yang membanggakan apabila sekolah meraih anugerah cemerlang kurikulum sempena sambutan hari guru baru-baru ini. 3-6 Julai ni terlibat dlm karnival bahasa peringkat negeri pula dan akan diadakan di Tawau.

Monday, June 20, 2011

Persiapan Model Kerjaya

Minggu ni sibuk menyiapkan model kerjaya untuk pertandingan kerjaya dan kaunseling yang akan diadakan esok d SMK Bongawan 2. Pada mulanya ingin menarik diri memandangkan masa yang suntuk untuk membuat persediaan tapi memikirkan yang aku sudahpun bersetuju dengan sukarelanya menyertai pertandingan ni, maka teruskan jugalah. Aku dan 3 orang murid yang terpilih tu pun mula merancang agenda yang perlu dibuat dalam menyiapkan model kerjaya kami. Walaupun terpaksa meredah hujan lebat semasa membuat temu bual namun semua itu bukanlah halangan. Risau juga di hati andai budak-budak tu demam, alih-alih cikgunya pula yang demam tapi itu bukanlah penghalang. Alhamdulilah, berkat pertolongan rakan-rakan guru yang lain semuanya berjalan lancar dan kami sudah bersedia untuk bertarung esok...InsyaAllah, segalanya dipermudahkan.

Sunday, June 5, 2011

Masuk minggu ke-2 bercuti, ternyata masa cepat berlalu...Kelmarin dan hari ni sibuk memenuhi undangan kahwin. Kelmarin juga aku sempat ke 1B bersama sister & kazen2, aku singgah ke Harris dan membeli buku untuk hadiah buat anak buah. Aku pun sebenarnya mahu membeli beberapa buah buku, tiba-tiba teringat yang buku baru ku beli pada bulan lepas pun belum dibaca. Jadi terpaksalah menahan keinginan dulu buat masa ni...