Monday, March 28, 2011

Rilek, tapi nda juga...

Hari ni terasa lapang sedikit duniaku, masuk kelas macam biasa. Aku terlupa yang esok ada ujian jadi terpaksalah aku memfotostat soalan, nasib baik sempat aku siapkan semuanya sebelum 12.20 tadi. Tengah aku klip soalan, dapat pula sms dari nombor yang tidak familiar yang meminta aku buka emel dan download apa yang ada. Aku agak mungkin kawan send soalan-soalan ramalan atau plan strategik, rupa-rupanya dapat lagu daripada seseorang yang agak lama menghilangkan dirinya. Kalau setakat untuk berterima kasih, tidak perlulah sampai menggubah lagu. Aku ikhlas menolong, bukan saja untuk dia tapi juga sesiapa yang memerlukan pertolonganku selagi aku terdaya. Lepas aku dengar lagu tu, jujur ku katakan yang aku tidak faham apa yang cuba disampaikan sebab liriknya berulang-ulang mengatakan perkara yang sama. Tq anyway sebab bersusah payah compose lagu tu walaupun objektif sebenar nda tercapai...

Thursday, March 24, 2011

Kesibukan melanda diriku sejak buka sekolah sampailah hari ni. Beberapa program sama ada di sekolah, zon atau daerah yang aku kena handle. Hari ni alhamdulillah, selesai sudah bengkel pembinaan item untuk semua guru BM. Daripada feedback yang aku dapat tadi, ramai yang mengatakan yang mereka faham apa yang diterangkan + dibengkelkan tadi, alhamdulillah. Itulah yang ku harap-harapkan daripada program ini. Fokus utamaku sebagai ketua PGSD BM ialah untuk memantapkan guru-guru dengan ilmu khusunya BM1 & BM2. Kalau gurunya sudah mantap, barulah dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang :)

Wednesday, March 9, 2011

Sehari Suntuk di Sekolah

Hampir seharian di sekolah, nasib la juga murid-murid tahun 6 sedang ujian. Habis saja aktiviti kokum, semua guru menghadiri (LDP) ceramah motivasi yang disampaikan oleh PPD Sipitang. Tajuknya ESQ dalam Pendidikan. Ceramah tadi memberi banyak input yang berguna untuk kami semua sebagai seorang pendidik. Memang betul, setiap apa yang kita lakukan itu hendaklah bersistem supaya tidak menimbulkan kecelaruan khusunya dalam menjalankan tugas. IQ, EQ, dan SQ perlulah seimbang supaya kita mampu menjadi seorang pendidik yang berkesan dan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Namun, apa yang lebih penting daripada kesemua itu ialah visi kita. Persoalannya tadi, apakah visi utama kita? Agak sukar juga untuk aku memikirkan apakah sebenarnya kehendak soalan ni. Selepas semua guru memberikan jawapan masing-masing, barulah kami faham apakah visi utama itu. Ya, memang tepat sekali visi yang telah disebutkan oleh penceramah. Walaupun kami balik lewat tetapi ceramah tadi tidak membosankan dan mengantuk juga tidak datang bertandang hehe...

Tuesday, March 8, 2011

MC

2 hari berturut-turut menjalani medical check up, alhamdulillah semuanya in good condition. Kelmarin buat ultrasound manakala hari ni pula chest xray dan blood test. Kata doktor, semuanya normal, blood test result pula kena ambil selepas 3 hari. Mudah-mudahan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Thursday, March 3, 2011

post mortem

Kulit muka rasa panas & terbakar, walaupun cuaca di padang tadi redup tapi bahangnya tetap ada. Tahun ni team perbarisan kami tidak tersenarai dalam top 3 MSSD. Apa tidaknya, pasukan lain yang bertanding semuanya mantap-mantap berbanding tahun lepas. Walau apa pun, aku amat berbangga dengan prestasi pasukan kami yang berkawad dengan baik berbanding beberapa pasukan yang menang...bukanlah menyalahkan judges, mungkin kekurangan kami dari segi bilangan ahli pasukan dan uniform. Tahun depan kami akan menambah jumlah ahli, mencari uniform baru dan mencari maskot pasukan...yeahhh!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Baru menerima berita yg mengejutkan & menyedihkan, apabila diberitahu my eldest sis kena diagnosis cancer level 4. Mendengar saja berita ni degupan jantungku seolah-oleh terhenti seketika. Ya Allah, berilah dia dan kami kekuatan utk menghadapi ujianMu ini ya Allah...sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu sedangkan kami tidak mengetahui satu apa pun. Ya Allah tabahkanlah hatinya menempuhi musibahMu ini...Amin
Kalau ikutkan hati, boleh stress hari ni...nasib baiklah aku melatih budak2 perbarisan so ambiklah kesempatan utk berteriak, dpt juga release sikit...Awal pagi masuk kelas, lepas tu incharge perbarisan sampilah waktu balik sekolah...Lepas tu kelas tambahan pula....Petangnya pergi PPD, cadang ambil modul saja tapi penyelia mencadangkan supaya aku datang next week utk disscus program BM daerah...memandangkan aku sudah terpacul di sana, kamipun berbincanglaah beberapa aktiviti yang sudah dirancang. Kesemua aktiviti akan dijalankan pada Mac dan April ni....