Tuesday, September 29, 2009

Back to school

Mood ari ni mcm malas, maklum lah cuti dekat 2 minggu...sampai di sekolah aku dpt cek takaful, patutpun subuh tadi tapak tangan kanan aku rasa gatal, rupa2nya ada rezeki mau masyuuuuk hehe...teringat praujian protim yang perlu dibuat untuk budak2 tahun 6, nasib baiklah hanya seorang saja murid yang terlibat. Aku bertapa di bilik bimbingan dengan membawa budak tu sekali, huh punyalah bikin panas tu budak...suda la nda pandai membaca, malas lagi tu. Kalau bab bermain, bising2 hah dia la raja. Aku blasah abis dgn buat 2 ujian sekaligus membaca & menulis, dari pukul 7.10 - 10.10 aku tahan budak tu...baru dia rasa nda buli mbuat apa-apa selain membaca & menulis. Akupun hampir2 tension sebab hilang sabar dgn kelembapannya, nasib baiklah ada saki-baki kesabaran tapi sempat jugalah marah hehe. Time makan d kantin sempat juga chat dgn 'geng karas' Zahara & Linda, biasaklah kalau kami sudah duduk di kantin mcm2 crita dr politik, eko, sosial, agama, dlm & luar negara kami pulun, sampaikan kdg2 nda terasa masa berlalu...nasib baik aku mengajar tahun 6 ja so buli la rilek sikit lepas upsr ni. Sampai d staffroom pula, ada beberapa borang yang menunggu utk diisi, hmmm inda pandai abis2 mengisi borang nih. Linda yg br balik dr kl sempat bagi brooch utk kami 'ber2' main tapuk2 lagi tu, takut yg lain tenampak hehe...tqvm

Sunday, September 27, 2009

Beraya lagi...

Hmmmm.. penatnya, baru balik dari beraya di rumah pakcik d Tmn. Sri Gaya & rumah kazen yang buat open house d Tmn Bersatu Putatan. Nasib baiklah esok sekolah kami cuti, bolehlah berehat...Kelmarin aku menjemput sahabat2 datang ke rumah, bukan la buat open house sebenarnya tetapi hanya sekadar menjemput kawan2 terdekat sahaja...tidak disangka ramai pula yang sudi datang, terima kasih banyak2 diucapkan atas kehadiran kalian...memandangkan ramai tetamu yg dtg pada sebelah tengah hari, maka kawanku c Rozy@kot menolong membasuh piring di dapur...tqvm atas pertolongan yang dhulurkan. Kelmarin, sempat berbual dgn Suzana & Sofia tentang cerita terbaru dan kisah dolu2 semasa zaman di sekolah rendah...Zana & husband sempat juga bercerita pengalaman mereka yang bertugas di SK Tidung yang terletak di hutan simpan Tabin Sandakan. Agak menakutkan juga pengalaman yang ditempuhi tetapi aku tabik dengan mereka ni sebab sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman tersebut. Sebelah malam pula beraya ke rumah suhaini yang sudah 3 tahun tidak beraya bersama. Aku hanya menumpang manakala c kot yg drive, disebabkan gelap maka tayar depan telah termasuk ke dalam parit...nasib baiklah suhaini & beberapa org kampung menolong kami, alhamdulillah kreta pun tiada kerosakan memandangkan parit tu hanya ditumbuhi rumput sahaja. Suhaini mengajak berfoya2 ke KL tapi aku & kot hanya sengih2 saja sebab kami ada planning yang baek punya hehe...insyallah kalau ada rezeki & kesihatan yang mengizinkan...

Friday, September 25, 2009

Beraya lagi...

Memandangkan cuti hanya tinggal 2 hari saja lagi maka akupun mula beraya ke rumah kawan2 area ni. Hari ni sempat beraya 4 rumah sahabat baik & yang lama tidak bertemu (Zahara, Rozy a.k.a 'Kot', Zana & Sofia). Hari ni aku ditemani oleh anak2 saudara yang beria2 hendak ikut beraya, sesi beraya aku hari ni terbahagi 2 iaitu pagi & petang. Sesi pagi pergi rumah zahara & Kot manakala petang pula ke tempat sahabat karib zaman sekolah rendah lagi, siapa lagi kalau bukan suzana & sofia. Rindunya dengan kenangan lama zaman sekolah dulu, kalau aku flashback kisah dulu mesti tersenyum sendiri. Apakan tidak, zaman sekolah rendah dulu aku merupakan seorang ketua kelas yang garang dan ditakuti oleh rakan2 sekelasku. Walaupun berbadan kecil namun aku agak tegas terutamanya ketika guru tiada di dalam kelas, sambil memegang rotan aku akan memukul sesiapa sahaja yang membuat bising atau berjalan2 di dalam dan luar kelas. Nasib baiklah pada masa tu tidak ada seorang pun daripada rakan yang kena rotan tadi melaporkan kepada ibu bapa masing2...kalau tidak abislah akuuuuu...

Rasanya sikap tegas aku bawa hingga ke hari ni kerana murid2 di sekolah juga selalu mengatakan yang aku seorang guru yang tegas. Pada pendapat aku, seorang guru yang baik perlu memiliki sikap tegas di samping toleransi kepada para pelajarnya. Selain itu, sikap mesra dan prihatin kepada murid juga penting supaya murid berasa selesa dengan kita...tegas tetapi bertempat dan untuk mendidik murid menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja aspek akademik bahkan juga sahsiah mereka.

Thursday, September 24, 2009

Beraya ke KB

Jauh perjalanan raya tahun ni, apa tidaknya beraya sampai ke Kota Belud iaitu rumah sepupu. Hajat hendak pergi 2 buah rumah tetapi sepupu yang sorang lagi balik kampung, nampaknya tiada rezeki. Sepanjang jalan ke KB ramai pula gerai menjual durian dan harga pun agak murah berbanding Papar. My mom & sis sempat membeli 3 ikat durian dengan harga RM40.00 sahaja, dengan menggunakan bahasa isyarat sebab penjual tu pekak & bisu serta tidak pandai mengira. Pada mulanya dia hanya meminta bayaran sebanyak RM24.00 sahaja, bayangkan sekiranya pembeli bersikap tidak jujur...alangkah ruginya si penjual tu. Dalam perjalanan balik sempat singgah di 1B & membeli bekas biskut yang tidak sempat dibeli semalam (terlupa la pulok)..

Wednesday, September 23, 2009

Beraya bersama Yatie

Awalnya cadangan hendak beraya dalam 4 buah rumah tapi nampaknya tiada rezeki, so hanya dapat pergi beraya rumah Sal sahaja. Pastu kami pun beraya di 1B sekadar untuk cuci-cuci mata maklumlah lama tidak berjumpa. Banyak juga kedai yang tutup, mungkin cuti raya kot...Tiada apa sebenarnya yang hendak dibeli tetapi sempat juga membeli beberapa benda. Memandangkan muka aku ni sudah 2 bulan tidak facial jadi akupun membeli scrub simple. Nampaknya harga produk tu di antara guardian & watson tidak sama. Nasib baik aku membelinya di watson, dapatlah less 15%. Dalam berfoya2 tu sempat juga aku membelikan buku cerita utk Adib (anak buah yg agak brutal tapi manja) yang suka membaca & sangat meminati Ben10. Hampir jam 8pm kami beredar balik memandangkan abang Yatie buat open house malam ni. Aku hanya menghantar Yatie di depan rumah sahaja & tidak singgah sebab takut pula lewat balik ke rumah (drive sorang2, serammm). Kalau ada masa & open house lg tahun depan, insyaallah aku singgah :)

Tuesday, September 22, 2009

Makan, makan & makan...

Pagi ni aku terasa sakit perut, mungkin sebab makan banyak masa beraya semalam. Jauh perjalanan raya aku kelmarin, tapi hanya 3 buah rumah sahaja yg dapat dikunjungi. Mula-mula pergi open house pakcik Daud di Membakut, lepas tu beraya ke Beaufort tpt Lis & Nuria. Sahabatku Lis, telah menghidangkan kami seraga rambutan yang masak ranum maklumlah musim buah-buahan dan tanpa dipelawa kami terus ngap hehe. Sempat juga yg lain2 menjengok2 rumahnya yang baru siap tu...anyway congrats, sempat juga beraya d rumah baru. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah ke rumah Nuria si pakar masak, puji ikhlas ok..kami dihidangkan dengan aneka kek yg sedap (coklat, cheese & carrot). Tqvm sebab menapaukan aku kek2 yg very the lazat tu :) next year aku akan oder.

Cara terbaru menyebar kuman HIV


Oleh: Dr Yasmin Anum Mohd Yusof

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.
telatah.ning.com

Raya Ketiga



Semalam dapat sms daripada ex-student di SM St Mary yang mengatakan hendak datang beraya. Aku berasa gembira kerana sudah lama tidak berjumpa dengan budak-budak tu (hmmm budak? hehe) semakn meningkat dewasa semuanya nampak cantik dan bergaya, mengalahkan cikgunya hehe..anyway, aku rasa happy sebab dapat jumpa dgn mereka setelah hampir 7 tahun meninggalkan sekolah tersebut. Ada juga di kalangan mereka yang marah kerana aku berpindah sekolah dan tidak memberitahu kepada mereka. Bukan bersembunyi tetapi tidak sampai hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada student yang sangat berdisiplin & baik seperti mereka..teringat banyak kenangan manis semasa bertugas di sekolah tu & menjadi guru kelas ting. 2 D iaitu kelas yang bijak. Paling tidak dapat aku lupakan apabila mereka membuat surprise birthday party untukku sedangkan pada masa itu aku hanya main2 sahaja dengan mengatakan 16 September adalah tarikh lahirku, namun mereka bersungguh-sungguh mengadakannya...thank u very much cikgu ucapkan kerana bersusah payah menyiapkannya untuk cikgu. Berbalik kepada reunion hari ni, banyak sangat cerita terkini & perubahan imej mereka tapi apa yang pasti aku berbangga kerana kesemua mereka kini sedang menuntut di ipta/s...tahniah cikgu ucapkan dan teruskan usaha untuk mencapai cita-cita. Sememangnya cikgu berbangga dengan kamu & sayang kamu semua...

Monday, September 21, 2009

Rezeki jangan ditolak

Alhamdulillah, banyak rezeki masuk dalam perut hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah menjadi tradisi kami sekeluarga akan menziarahi saudara-mara sebelah arwah ayah pada raya kedua. Pada tahun ni kami hanya sempat menziarahi rumah makcik di Kg Pandan & Kg Peringatan Petagas sahaja, pakcik yang tinggal di Taman Sri Gaya pula beraya di Labuan maka tak dapat la beraya ke sana hari ni. Sebelum balik sempat singgah sekejap di Survey, tiba-tiba teringat janji membeli toys untuk Afiq tdan Adib..so akupun ambik jer la robot transformer yang color kuning, sebab aku tahu yang dia memang minat warna tu. Belum sempat bagi, dia sudah kata yang mainan tu untuk dia..hmmm mcm tau2 jer hehe..sepanjang perjalanan, Afiq tersenyum lebar dan happy sebab dapat hadiah..akupun tumpang gembira. Teringat zaman kanak-kanakku yang agak susah kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan betapa beruntungnya anak-anak pada hari ini yang dapat hidup lebih mewah dan boleh meminta apa sahaja yang diingini daripada ibu bapa. Tapi, semua itu mengajar aku untuk lebih memahami erti kehidupan...

Saturday, September 19, 2009

Kelebihan Bulan Syawal

Sementara menanti tetamu datang, sempat juga aku mencoret rasa hati untuk dikongsi bersama..bukan tujuan untuk mendabik dada apatah lagi bermegah-megah, namun ia sekadar peringatan untuk diriku dan juga sahabat yang membaca ruangan ini. Berakhir sudah bulan Ramadhan 1430H, kini Syawal menjelma pula...untuk itu marilah kita bersama-sama menghayati kelebihan bulan yang mulia ini. Di samping bergembira bersama sanak saudara & rakan taulan marilah kita renungkan sejenak kemuliaan yang Allah berikan dalam bulan Syawal.

Kelebihan Beribadat Di Bulan Syawal


Oleh Syamsoul [2007/3/28] (838 bacaan)

\"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya Aidil Fitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.\"

Nabi s.a.w. bersabda :
\"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan).\"
Riwayat Atthabarani

Antara fadilat puasa sunat 6 Syawal :

Hari Pertama
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

Hari Kedua
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

Hari Ketiga
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

Hari Keempat
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

Hari Kelima
-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
-menyamai berpuasa sepanjang tahun

Hari Keenam
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

Dipetik dari http://sedaka.net.tripod.com/linkfad-ramadhan.htm[/size][/i]

Semoga Syawal pada tahun ini memberi makna dalam kehidupan kita di dunia mahupun akhirat...Insyaallah...

Salam Aidilfitri 1430H

1 Syawal menjelang tiba, walaupun hati terasa sedih hendak meninggalkan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran namun tetap terselit perasaan gembira tatkala mendengar kumandang Takbir...entah mengapa aku merasakan Ramadhan pada tahun ini amat berbeza sekali dengan tahun-tahun lepas. Apa yang aku rasakan pada kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah aku alami sebelum ini, walhal rukun yang sama aku jalani pada setiap tahun. Mungkin inilah rahmat kurniaan-Nya kepada hamba yang lemah ini.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Sepanjang bulan Ramadhan juga banyak menyedarkan aku akan kealpaan selama ini sama ada yang disengajakan ataupun tidak. Dikesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai yang mengenali diri ini. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Ku harapkan juga kita akan bersua pada Ramadhan yang akan datang..Insyaallah..

Thursday, September 17, 2009

Borang claim

Hari ni sekolah sekejap jer, lepas penyampaian bantuan KWAPM semua dibenarkan balik..yahooo.. aku terus singgah ke ppd untuk menghantar borang claim semua pkw, ramai pulak orang yang datang ke bilik penyelia hari ni. Lepas hantar & bagi sedikit info kepada Suhaimi aku terus balik & sampai di rumah Tony call bgtau yg borang aku silap isi..hmmm ni yg aku malas dengar..bukan apa, malas mau buat semula. Kalau gitu, terpaksalah aku hantar selepas raya sebab besok sekolah start cuti.

Wednesday, September 16, 2009

Solat Terapi Fizikal

best kalau selalu dpt makan sama2...


budak kecik ni Airin...2yrs old..



Awal pagi my sis dtg rumah ajak pegi shopping d kk...rasanya malas jalan hari ni sebabnya mesti jammed, maklumlah cuti 16 September tentu ramai orang yg ambil kesempatan buat persiapan raya. Selepas berbincang tempat2 yang hendak dituju, akhirnya aku membuat keputusan pergi ke survey putatan saja sebab lebih dekat dan yg paling penting utk mengelak jammed..nasib baik la my sis setuju lagipun hanya shopping barang2 dapur jer..petangnya pula kitorang sambut bday my nephew & niece Khairul Daniel, Khaireez Adib & Khaireen Najeeha di Beringis..lepas makan perut terasa sebu sebab terlalu kenyang, biasanya aku makan sedikit sahaja sewaktu berbuka & hari ini lain dari kebiasaan. Nasib baiklah solat banyak membantu & terapi fizikal yg paling mujarab...syukur alhamdulillah, kalau tidak pastinya aku akan sakit perut..

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Antaranya:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Tuesday, September 15, 2009

Bunga

Petang pula planning hendak beli bunga utk deko rumah. Banyak kedai deko yang dimasuki tetapi tiada yang berkenan...aku lebih meminati bunga2 yang kecil dan simple supaya rumah tidak nampak semak...maklumlah ruang pun terhad. Jalan punya jalan, akhirnya terjumpa juga kedai florist yg menurut aku menjual dgn harga berpatutan sesuai dgn kualiti. Aku lebih suka sesuatu yg simple sebab rasanya ia menggambarkan diriku yg sebenar...akhirnya aku telah membeli 2 jenis bunga iaitu ros & lavender...sampai di rumah aku masukkan lavender dalam vase & letakkan di atas meja, hmmm nmpak chantek hehe..

Kerja yang tidak habis-habis...

Hari ni agak penat...Awal pagi check borang claim pkw sebelum dihantar ke ppd lepas tu settle borang SKT, memandangkan contoh tahun lepas aku ada simpan so hanya perlu ubah beberapa perkara saja. Belum siap borang SKT, Sarimah pula call tanya tentang borang soal selidik..Hampir terlupa mengambil kehadiran murid & mencatat laporan hari ni..Budak2 tahun6 pula masih lagi dgn aktiviti menyiapkan buku skrap dan aku perlu memantau perkembangan setiap kumpulan. Maklumlah, budak2 ni kalau dibiarkan alamat tuasan tidak akan siap.. Dalam sibuk2 menyiapkan kerja2 ni sempat juga menonton final tennis usopen di antara Roger Federer (my fav player) vs Del Potro...& resultnya Mr. Fed kalah dlm perlawanan 5set..thanx Za sebab mendangani aku meliat tv td hehe..wpun kita menyokong dgn bersemangat tp kali ni nasib nda menyebelahi, try next year ok :)



Monday, September 14, 2009

Sibuk? biasa la..

Hari ni terasa malas pula mau p sek tapi mengingatkan beberapa perkara yang perlu dibuat so kena la pergi juga...sampai di sek, ada beberapa tugas yg menanti rupanya...atas meja tersedia ujian protim utk th6, nasib baik lah calon sorang kalau ramai mau pengsan rasanya...time assembly aku duduk di staffroom menyiapkan kertas kerja program pascaupsr, manalah tau tiba2 dtg pula penyelia ppd buat checking...siap sahaja kertas kerja terus jumpa gb utk minta tandatangan, nasib baik la gb tidak banyak tanya...sepanjang persekolahan yg tinggal 3 hari saja lagi sblm cuti raya, aktiviti th6 hanya menyiapkan buku skrap, pertandingan melukis & latihan koir sempena sambutan bulan kemerdekaan..kelas aku 6Bijak sempat practise koir tapi punyalah hancus & sumbang mambang...budak2 kata bulan posa tekak jadi kering, aku pun nda terkata...minggu ni juga aku adalah guru yg bertugas, awal pagi lagi ada seorang budak yg mengadu pening & diberi rawatan sbg pesakit luar hehehe...mcm doktor la pulak...selepas rehat, pk1 bagi borang skt & perlu dihantar khamis ni..aku tulis tangan jer la, lagipun tulisan aku kira lawa la juga hehe..

Saturday, September 12, 2009

Jatuh Cinta pada Asma'u Allah

First time mendengar ost Jejak Rasul lantas jatuh cinta...agak lama juga mencari tajuk dan tuan yang empunya lagu, akhirnya ketemu juga dan barulah saya tahu lagu ni ciptaan Sami Yusuf seorang penyanyi kelahiran Iran yang membesar di London...saya sgt tertarik dgn lagu2 berunsur dakwah yang beliau nyanyikan kerana lirik & melodinya amat menyentuh perasaan dan menambah kecintaan terhadap Allah s.w.t.

Tuesday, September 8, 2009

upsr 2009

Walaupun upsr kami kena dtg juga ke sekolah spt biasa...sblm exam bermula sempat jumpa budak2 & bg sedikit tips terakhir...selesai paper bm, budak2 kata soalan senang maklumlah tajuk2 yg pernah dibincangkan keluar sebab tu dorang gembira...syukur alhamdulillah. Td hanya siapkan program pascaupsr 2009 jer, pastu borak dgn kawan2 mcm2 topik esp soal2 keagamaan lagipun masing2 masi kekurangan ilmu dlm hal ni..ntah, tanpa disedari topik kami beralih ke cerita yg menyeramkan pula, nasib baik la di siang hari...kalau malam takut juga hehe...

Friday, September 4, 2009

Kerajinan melanda...

Baru selesai mop lantai ruang tamu, aduhhhh sakit pinggang...tp puas hati sebab nampak bersih, lepas ni cdg mau kemas apa2 yg patut tp mcm nda larat pulak...walaupun masi guna perabot lama tp rasanya mau ubah suai kedudukan sbb udah boring tengok, asyik2 d tempat yg sama...tp yg ni kena fikir dulu d mana mau taruk spy ruang tidak jadi sempit...hmmmm rasanya aku ada idea utk susun perabot2 ni...insyaallah malam krg aku kerja keras :)

Tuesday, September 1, 2009

Happy Bday Zoro

To my beloved friend Zoro...
Semoga sentiasa diberkati & murah rezeki...aminnnnn..

Manusia yang tidak bertanggungjawab..

Hari ni aku agak frust sebab ruangan PPDa yang aku sediakan diganggu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Orang tu dah ambik 3 keping gambar yang aku sediakan dgn bersusah-payah. Hampa & kecewa yang teramat sangat sebab kita penat2 bertungkus-lumus menyediakan maklumat utk murid, tiba2 dicuri pula...sepatutnya dlm bulan Ramadhan ni kejadian mcm ni tidak berlaku, mungkin org tu tak puasa kot...anyway, aku doakan dia mendapat kebaikan di sebalik gambar dadah jenis psikotrapik & akta dadah tu..lepas ni nak letak amaran pada ruangan tu harap2 org tu faham bahasa...