Thursday, April 30, 2009

Beli Buku

Memandangkan hari ni cuti so cadang nk cari buku di popular, sebelum tu ada kelas tuisyen 9.00 - 11.00am & janji nk jalan dgn Sal jm11...hmmm sempat lagi tu...selain buku ada lagi beberapa list barang yang perlu dibeli tp akan difikirkan keperluannya, kalu tk penting sgt mgkin next time jer beli.

Lega...

Selesai penataran PLBS baru aku rasa lega & dpt la tidur lena...tp next week kena bagi taklimat pasal SAGA pulok, pastu buat meeting perlantikan j/kuasa peringkat daerah & zon...kelmarin SK Benoni jemput buat penataran utk guru2 BM, Khamis dpn pegi SK Pekan pulak...harap2 lepas ni semua guru BM di daerah ni lebih faham pasal PLBS & dpt menjalankannya dgn baik...

Monday, April 27, 2009

Meeting trusss...

Esok meeting pentaksiran PLBS d PPD...surat jemputan utk semua pentaksir kwsan & ketua pentaksir sek dah antar last week, harapnya semua yg berkenaan dah dpt & boleh dtg. Hopefully lepas buat penataran ni semua guru lebih faham & dpt jalankan PLBS sebaik mungkin...sebab markah kena hantar ke LPM bulan Julai, kalau lambat buat alamat tkde la markah murid nnt...Pastu klu berdepan ngan PPD, apa nk jwb ye??? Awal2 lg PPD dh sound semua JU/GC & pemeriksa kertas tentang hala tuju daerah..beratnya tjwb aku tahun ni, tp i'll try my best...Target 2009 kualiti & kuantiti BM daerah semakin meningkat...insyaallah...

Tuesday, April 21, 2009

Pagi tadi ni pegi PPD tapi tk sempat jumpa PPD sebab beliau ada meeting dgn MGB. Hajat nak bentang program SAGA tp apa boleh buat...tkpe, next week pastinya dapat jumpa sebab ada mesyuarat pentaksiran daerah so pandai2 la aku curi masa. Harap2 la kertas kerja bengkel diluluskan...Petang ada tuisyen spt biasa... ari ni murah rezeki pula, kena bagi cheese cake... nyam..nyam...sedappp tq..

Friday, April 17, 2009

Hari ni buat apa ya?? Hmmm...memandangkan budak2 tuisyen ada sekolah ganti so aku nak ambik peluang ni utk rehat secukupnya. Rasa mcm nk tidur sepuas2 hati tp tak ngantuk pulok... Lebih baik aku habiskan membaca buku Alexander Bukan Zulkarnain yang tertangguh sejak 2 minggu lepas..Best pula baca buku nih, byk maklumat yang kita boleh dpt.

Thursday, April 9, 2009

Tugas Tambahan

Memandangkan hari ni cuti good friday dapat la relax sikit memandangkan seminggu dua ni sibuk memanjang. Last week kena attend meeting di SPA KK berkaitan Program Pasukan Gerak SAGA BM, ingatkan meeting biasa2 jer rupa-rupanya ada tugas baru yang menanti. Pasni kena jumpa PPD dan bentangkan program SAGA daerah & lepas tu nak panggil KP BM setiap sek utk meeting peringkat daerah pula, aku juga kena pantau 51 buah sekolah dlm daerah ni. Everytime zon nak buat meeting, aku kena hadir sekali sebab secara automatiknya aku tim. pengerusi setiap zon tersebut. Isnin lepas pula meeting Pantaksiran & Penilaian di Tang Dynasty, dpt lg 1 tugas tambahan. Kali ni dilantik jd ketua pentaksir kawasan pula dan kena control 51 buah sek juga. Lagi satu, aku kena lantik 17 orang pentaksir kawasan. Memandangkan tugas yang semakin berat dan mencabar, aku minta GB kurangkan tugas di sekolah. Nasib baiklah GB memahami, akhirnya jawatan guru bimbingan & setiausaha sekolah diserahkan kepada orang lain. Terima kasih diucapkan kpd GB yang prihatin.