Thursday, January 29, 2009

Latihan Perbarisan

Menjelang sukan zon minggu depan aku ditugaskan melatih peserta untuk perbarisan. Aku minta bantuan geng kamceng, siapa lagi kalau bukan Zahara...thanx a lot yea my dear friend. Susahnyee melatih kawad ni sebab aku pun tak pandai sebenarnya, sikit-sikit tu boleh la tapi hentam sajalah... Lagipun di sekolah ni amat kekurangan tenaga guru lelaki maka kamilah yang kena membantu..Nasib baiklah budak-budak yang terlibat ni semuanya berdisiplin, walaupun kena marah dan denda tetap juga bersemangat meneruskan latihan...Sememangnya cikgu amat berterima kasih dengan kamu semua...

Sunday, January 25, 2009

Lina & Zoro


Kelmarin sempat jalan-jalan jumpa geng kamceng Lina & Zoro...Plan awal nak tengok wayang tapi cancelled. Banyak topik yang diborakkan sampai tak cukup masa pula rasanya tapi dah janji next cuti buat gathering lagi. Sempat juga Lina & Zoro shopping sandal yang sama, teringat cerita di college dulu time beli topi yang sama...Sebelum balik sempat tengok show akrobatik sempena tahun baru cina, kagum juga tengok show tersebut. Kalau aku la, mungkin habis patah riuk tulang belulang dibuatnya hehe...

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Panitia

Hari ni meeting panitia BM & tidak banyak agenda yg dibincangkan. Semua aktiviti yang dirancang pada tahun ni dipersetujui & ada juga cadangan yang membina diutarakan oleh guru-guru. Alhamdulillah, sememangnya guru-guru di sekolah ini begitu komited dalam melaksanakan tugas...Tahniah. Sebagai ketua aku juga bertanggungjawab menyediakan keperluan guru-guru khasnya dalam aspek p&p. Seboleh mungkin aku ingin melihat p&p berjalan dengan aktif & menarik...Satu lagi program yang dibincangkan tadi ialah minggu bahasa yang bakal kami adakan pada Mac nanti. Aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program tersebut diharap dapat menarik minat murid-murid untuk menyertainya. Kepada guru-guru pula, diharap dapat memilih wakil kelas yang mantap supaya boleh mewakili sekolah ke peringkat seterusnya...tapi sebelum itu, kita fight di sekolah dulu yea :)

Tuesday, January 20, 2009

Tiada Sukan Sekolah Tahun ni

Kecewa rasanya sebab sukan sekolah tidak dapat dibuat tahun ni sebab tarikh bertembung dengan sukan zon. Takpe la, lagipun cuaca hujan sejak kebelakangan ni...Cigu Adanan hanya membuat pemilihan atlit yang bakal mewakili sekolah ke peringkat zon. Anyway, harap-harap tahun ni boleh mengulangi kecemerlangan tahun lalu yang muncul sbg johan peringkat zon & daerah. Walaupun tidak terlibat sepenuhnya tetapi biasanya akan melibatkan diri juga (menyibuk hehe)...tak best rasanya kalau duduk diam-diam kn :)
Kelmarin bermulanya ujian excel utk murid-murid tahun 6. Ujian selama 4 hari sampai khamis ni & soalan disediakan oleh JPNS. Aku tidaklah mengharapkan pencapaian yang cemerlang pada ujian pertama ni. Apa yang aku harapkan murid-muridku dapat menjawab soalan dengan baik dan menepati kehendak soalan. Hasil daripada ujian ni bolehlah buat post mortem utk mengetahui kelemahan & kekuatan murid-murid tahun ni. Pastu senanglah buat program yang difikirkan boleh membantu dalam akademik budak-budak ni nanti.

Thursday, January 15, 2009

Hari Terakhir Kursus

Hari Ketiga (16 Jan 2009)

Aktiviti yang dijalankan ialah kajian kes, LDK & penutupan.



Kajian kes dikendalikan oleh guru disiplin yang sentiasa cool iaitu Pn. Zahara.






Setiap kumpulan dikehendaki mencipta logo & moto masing-masing. Akhirnya, inilah hasil perbincangan mereka...








Sesi bergambar bersama guru besar selepas penutupan kursus...senyuuuummmm :)



Aktiviti KKP

Hari Kedua (15 Jan 2009)

Antara aktiviti hari ni ialah bengkel penulisan skrip semasa perhimpunan dan pengendalian perhimpunan. Beberapa perubahan pada skrip telah saya buat supaya tidak sama dengan tahun-tahun lepas...boring beb.











Selepas rehat, aktiviti pengendalian perhimpunan dijalankan.


Aktiviti KKP


Hari Pertama (14 Jan 2009)




Latihan stamina dan kawad dikendalikan oleh jurulatih jemputan iaitu Cikgu Halim Abd. Rahman dari SMK St Mary.







Lepas penat dengan latihan fizikal, ceramah pula menyusul dengan tajuk Tugas Pengawas.





Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK St Mary &
Cikgu Halim atas kerjasama & komitmen dalam membantu kami menjayakan kursus ini.

Kursus Kepimpinan Pengawas

Sepanjang 3 hari ni (14-16hb) telah diadakan kursus untuk pengawas sekolah. Sebagai guru bimbingan aku juga terlibat secara langsung dalam mengendalikan beberapa aktiviti. Aku agak berpuas hati dengan prestasi calon2 pengawas tahun ni. Beberapa perubahan telah dilakukan untuk memantapkan lagi badan pengawas (idea guru disiplin ler). Tahniah juga diucapkan kpd Pn. Zahara kerana berjaya melaksanakan kursus sebegini pada setiap tahun..teruskan usahamu geng :)

Thursday, January 8, 2009

Sukan Sekolah

Next week bermula meeting sukan sekolah & rumah sukan. Buat pertama kalinya sekolah kami akan mengadakan pertandingan merentas desa tahun ni. Aku telah dilantik sebagai ketua guru rumah kuning, hmm... kena fikir strategi nak menang nih. Memandangkan guru-guru rumah kuning yang lain pun nampak mantap-mantap belaka jadi rasanya ada harapan kot.. kalau tak menang acara, menang sorak pun ok juga tu...Chaiyok guys :)

Selamat Jalan...

Hari ni anak sedara aku (Faerma Sofea) akan berangkat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di SMKA Miri. Belajar rajin-rajin untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Jangan sedih-sedih & nangis2 ingatkan keluarga di kampung. BuNoey sentiasa mendoakan yang terbaik di dunia & akhirat..Amin...

Tuesday, January 6, 2009

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)




  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

10 Muharam

Alhamdulillah...aku diberi lagi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menyambut 10 Muharam. Aku dapat menyambut ulang tahun kelahiranku mengikut kalendar hijrah. Teringat zaman kanak-kanak dulu, tiba sahaja 10 Muharam emak akan sibuk menyediakan bubur kacang hijau. Selesai solat Isyak & mengaji, kami pun makan bubur tu bersama-sama sepupu & kawan2 sebab ramai kanak-kanak di kg turut belajar mengaji di rumah. Memori dulu memang indah untuk dikenang..

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.





Monday, January 5, 2009

Bilik Bimbingan

Dalam minggu ni aku agak sibuk menyediakan bilik bimbingan yang belum siap sepenuhnya. Aku berharap bilik ini dapat digunakan sepenuhnya pada minggu hadapan. Walaupun agak kecil & mempunyai ruangan yang terhad tetapi aku bersyukur kerana disediakan sebuah bilik untuk menjalankan tugas sebagai guru bimbingan. Memandangkan sekolah ini mempunyai bilangan bilik & kelas yang agak terhad namun komitmen tinggi pihak pentadbir untuk mewujudkan bilik ini amat aku hargai. Banyak bahan yang perlu aku tambah khususnya buku2 motivasi & majalah2 yang berinformasi supaya dapat menarik minat para pelajar datang ke bilik ini, dan itu akan aku usahakan secara perlahan-lahan. Harapanku semoga aku mampu menjalankan tugas ini sebaik mungkin dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada...insyallah..

Program Mentor-Mentee

Hari ni bagi kertas kerja program mentor-mentee kpd gb, alhamdulillah...nampaknya beliau bersetuju & mahukan program itu dijalankan spt yang dirancang. Gb mencadangkan supaya satu taklimat dibuat berkaitan program tersebut sebab ia melibatkan semua guru & murid tahun 6. Aku bersetuju dengan idea tersebut & insyallah perjumpaan akan diadakan pada minggu hadapan. Untuk melancarkan lagi perjalanan program, aku telah menyediakan panduan aktiviti dengan harapan rakan-rakan guru dapat memahami aktiviti yang bakal dijalankan kelak. Panduan itu juga diharap dapat membantu meringankan tugas rakan2 guru yang bertindak sebagai mentor. Harapanku semoga aktiviti yang aku rancang ni berjalan lancar dengan adanya sokongan & komitmen rakan2 di SKRP. Kerjasama kalian amat aku hargai. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lah lagi ya...

Sunday, January 4, 2009

Hari pertama persekolahan bermakna semua guru hendaklah bersedia dengan rancangan pengajaran harian dan mengajar seperti biasa. Tidak ada istilah pengurusan kelas kerana semua itu dilakukan sebelum sekolah dibuka. Begitu juga dengan kami warga SKRP, p&p perlu berjalan mengikut jadual walaupun terdapat ibu bapa yang datang untuk membayar yuran. Sesi p&p hendaklah didahulukan maka terpaksalah ibu bapa menunggu sehingga tamat sesi pengajaran untuk berurusan dengan guru. Kami amat menghargai sikap ibu bapa yang menghormati dan memahami komitmen guru serta sabar menunggu walaupun agak lama untuk berurusan dengan guru kelas terutamanya.

Tahun 1 2009


Alhamdulillah... hari ni semuanya berjalan lancar. Seperti biasa, awal pagi ramai ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka khususnya yang baru masuk ke tahun 1. Pada awalnya ramai yang menunggu di luar kelas untuk mengikuti situasi orientasi anak-anak mereka. Melihatkan reaksi anak-anak mereka yang positif di dalam kelas maka ramai yang beredar dan membiarkan guru menjalankan tugas mereka. Agak membanggakan, budak-budak tahun 1 ni bersemangat mengikuti sesi pembelajaran yang dijalankan...mudah-mudahan sikap positif sebegini akan berterusan. Walaupun aku tidak mengajar tahun 1 tetapi sebagai guru bimbingan kena lah mengambil tahu tentang semua murid.

Friday, January 2, 2009

Tugas 2009

Pada tahun ini tugas aku sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu ketua panitia, guru bimbingan & kaunseling, guru kelas tahun 6, guru subjek BM & KT tahun 6 , setiausaha guru, guru penasihat kelab seni & kebudayaan, penasihat pandu puteri tunas & penasihat kelab bola sepak walaupun tak pandai main hehe (kedua-dua ni tugas baru). KT merupakan subjek baru bagiku kerana sebelum ini aku mengajar Pend. Muzik. Walaupun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana setiap guru harus sentiasa bersedia dengan setiap perubahan. Sebagai ketua panitia aku hanya meneruskan program seperti tahun2 sudah dan hanya menambah beberapa program sahaja untuk memantapkan lagi panitia BM. Tugas sebagai guru bimbingan adalah yang paling sukar bagiku kerana tidak mempunyai sebarang latihan khusus dalam bidang ini, namun itu bukanlah alasan untuk tidak menjalankan amanah tersebut. Aku berharap pada tahun ini segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Sokongan pihak pentadbir sekolah sangat aku hargai dalam menjayakan setiap program yang aku rancang. Setiap kali aku mengemukakan kertas kerja bagi sesuatu program kepada guru besar, beliau sentiasa memberi sokongan dan komen yang positif. Ini telah memberi motivasi kepadaku untuk lebih meningkatkan prestasi kerja. Diharap tahun 2009 akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya..amin...

Thursday, January 1, 2009

Fail Meja

Baru-baru ni sekolah-sekolah di zon kami telah mengadakan kursus berkaitan fail meja dan pengurusan panitia. Slot fail meja telah disampaikan oleh salah seorang penolong pengarah dari JPS, ramai guru yang telah menghadirinya namun amat menyedihkan hanya beberapa orang pentadbir sahaja yang hadir. Disebabkan ketidakhadiran tersebut, terdapat pentadbir yang tidak memahami tentang fail meja. Ada seorang pentadbir ni yang menganggap fail meja sebagai 'penyerahan tugas'...aku berasa geli hati apabila mendengarnya. Apa yang hendak aku perkatakan di sini ialah, terdapat segelintir orang yang berlagak serba tahu tetapi sebenarnya tidak tahu dan sering kali menganggap dirinya sahaja yang betul...

Cuti Sudah Sampai ke Penghujung..

Macam tak terasa yang cuti sekolah hampir nak ke penghujung...Time2 mcm ni biasanya aku tengah prepare untuk minggu pertama persekolahan. Selain persiapan mental dan fizikal, aku kena sediakan juga rancangan pengajaran harian sebab p&p akan bermula pada hari pertama. Pada tahun ni aku bercadang untuk mengekalkan teknik seperti sebelumnya dan akan mengubah sedikit agar p&p agar lbh menarik dan mudah difahami oleh murid2ku. Aku mahu mereka lebih aktif di dalam kelas dan boleh menggunakan kemahiran berfikir dalam membincangkan setiap topik yang dipelajari. Bagi aku, budaya berfikir perlu dipupuk lebih awal supaya murid2 ini mampu menggunakan minda mereka untuk berfikir sama ada secara kreatif mahupun kritis. Walaupun mengajar di sekolah kecil dan luar bandar tetapi aku amat berpuas hati dengan pencapaian murid2ku setakat ini.